Pages

Friday, July 23, 2010

All One - Arah



Ku sendirian di himpit sepi
Mencari arah di alam mimpi
Adakah masih ku kesampaian
Atau terputus di tengah jalan
Mendamba kasihMu Tuhan

Sanggupkah aku menahan siksa
Menanggung dosa yang ku lalui
Ku serah diri padaMu Tuhan
Terima segala taubatku
Dengarlah rintihan hatiku

Ke mana arah yang harus aku lalui
Adakah masih di sini
Perit tak terhingga

Aku mengharap padaMu Tuhan
Bawalah jalan menuju cahaya
Sesal tak terkata
Kerdilnya diriku di sisiMu

Thursday, July 22, 2010

(K.K 10) Warkah Amalanku Didalam Nisfu Syaaban


Sekiranyan dipanjangkan umur usia, insyaAllah kita akan dapat bertemu suatu detik barangkali ramai masyarakat tidak menyedari dimana buku catatan amalan seseorang anak adam ditutup, diangkat ke langit dan buku catatan amalan yang baru di buka. 

" apabila tiba bulan Syaaban, berniatlah untuk memperbanyakkan amal ibadat" 

Detik yang dinamakan nisfu syaaban untuk tahun 2010 ini bermula sebaik sahaja masuk waktu solat fardhu maghrib pada hari Isnin ini; 26 Julai 2010 (14 Syaaban 1431H) dimana buku catatan amalan selama setahun diangkat kelangit dan digantikan dengan buku catatan amalan yang baru bermula sebaik sahaja masuk waktu solat fardhu maghrib.

"Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk minta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan pada bulan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa".

Ada sesetengah pihak memandang cara-cara sebahagian besar umat manusia di Malaysia menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca yassin sebanyak 3 kali adalah bid'ah dan taksub. Pandangan K pula, amalan membaca surah Yassin sebanyak 3 kali adalah baik (bid'ah hassanah) dan bukannya melakukan perkara-perkara yang lagha (sia-sia). Perkara yang mendekatkan diri kepada Allah sepatutnya perlu di perhebatkan bukan di litupi dengan percanggahan yang tidak tepat.

Kelazimannya, menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan amalan membaca surahYaasin sebanyak tiga kali selepas sembahyang fardu maghrib dan setiap kali lepas membaca Surah Yaasin,disertakan bacaan doa.


Pada bacaan surah Yaasin pertama diniatkan dengan memohon di panjang umur dalam mengerjakan taat kepada perintah dan tegahan Allah,  pada bacaan kali kedua diniatkan agar di murah rezeki yang halal dan berkat dan pada bacaan kali ketiga diniatkan dengan memohon agar ditetapkan iman dan islam didalam diri dan meninggalkan dunia didalam keadaan beriman.

Terdapat 6 golongan dimana Allah tidak akan menghiraukan permohonan ampunan dosa mereka pada malam Nisfu Sya'aban. Semoga kita dijauhi daripada 6 golongan tersebut. Antaranya:-

1. Orang yang kekal meminum arak.
2. Orang yangmenderhakai kedua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam berzina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan penjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Mudah-mudahan, bersama-sama lah mengambil kesempatan waktu yang ada untuk membaiki serta mempertingkatkan amal buat kita semoga terpancar nur pahala didalam warkah amalan bersama...

Tuesday, July 20, 2010

Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan

Rasulullah saw bersabda : "Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah ."(HR Muslim)

Bagaimana agar sentiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain:


- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yang bagus untuk kesihatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa rapi; bersih. Setiap hari Khamis atau Jumaat baginda mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan memakai minyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN.

Sabda Rasulullah saw : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

GEMAR BERJALAN KAKI.

Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.


TIDAK PEMARAH.

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah semata-mata, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :

- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
- Membaca Ta'awwuz, kerana marah itu dari Syaitan.
- Segeralah berwudhu'.
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA.

Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

TAK PERNAH IRI HATI.

Untuk menjaga kestabilan hati, kesihatan jiwa serta menjaga mentaliti, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Sunday, July 18, 2010

FarEast - Saat Lafaz Sakinah


Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

sudahkah diriku dan dirimu bersedia?  besarnya tanggungjawab menanti diriku dan dirimu. adakah hubungan yang bakal dibina kekal hingga ke syurga? lafaz yang bakal diucapkan bukan sekadar lafaz biasa tetapi lafaz yang akan dipikul bersama hingga ke syurga. semoga dirimu dapat mengenali sifat dan tingkah laku ku agar dapat bersama melayari bahtera hidup sehingga ke syurga...


Saturday, July 17, 2010

(K. K 9) masihkah ada ruang untukku???

"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarlah mengenainya perumpamaan itu. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya.  amat lemahlah yang menyembah dan amatlah lemah (pulalah) yang disembah." (al-hajj: 73)

 K K bangun bangun, subuh doh. K K bangun, subuh doh. suara pok jieb mengejutkan ku di pagi jumaat. syukur, Allah masih beri peluang untuk ku meneruskan kehidupan. dapat menghirup udara, suatu nikmat yang tiada tandingan masih diberi hidup dalam keadaan iman dan islam. K bergegas ke bilik air dengan harapan dapat mengerjakan solat subuh berjemaah di mussala seberang jalan.

ternyata Allah masih sayang kan K, walaupun penuh dosa-dosa semalam, K masih diberi Allah kesempatan sujud sajaddah bersama Cikgu Lah (imam). bacaan surah sajjadah oleh Cikgu Lah amat terasa. dahulu K hafal surah ni, tetapi sekarang perlukan bimbingan. Ya Allah, adakah ini balasan kepada dosa-dosa semalam???

Seperti biasa, selepas solat subuh di mussala an-naim Berek 12, akan diadakan sedikit bacaan risalah taalim oleh Cikgu Lah. Pagi jumaat selalunya diisi dengan amalan-amalan sunat seperti ziarahi pusara tok ayah, che, tok aki dan saudara yang lain di kubur tanjong bersama opah. tetapi hajat kami terbatas. pusara di kubuir tanjong dipenuhi rumput, lalang yang tebal. agak sukar untuk kami masuk. begitu cepat sekali rumput-rumput ni tumbuh, bisik hati K...

Selepas menziarahi perkuburan, kami pulang ke rumah untuk bersiap-siap ke medan ilmu. disana seperti biasa, medan ilmu dipenuhi oleh segenap lapisan rakyat kelantan mendengar pengisian daripada ahli-ahli agama anataranya tok guru. alhamdulillah, tok guru masih sihat.

"wahai tuhan, ajarkan kami ilmu yang berguna. Ingatkan kami apa yang kami lupa"

itulah doa yang dimulakan oleh tok guru, sebelum memulakan kuliah. antara yang disebut di dalam kuliah tersebut, tok guru menyentuh mengenai kelebihan bulan syaaban. menurut tok guru, Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadah puasa sunat lebih kerap daripada berpuasa pada bulan-bulan lain. ada seorang sahabat bertanyakan mengapa Baginda berpuasa lebih? Nabi menjawab, pada bulan syaaban, malaikat silih berganti menaikkan buku amalan kita. harapan, Allah dapat menghapuskan dosa-dosa K dengan amalan-amalan sunat yang dikerjakan.

Nabi juga mengandakan amalan puasa sunat didalam bulan syaaban adalah bagi menghidupkan amalan-amalan sunat yang dikerjakan didalam bulan isra' mikraj (Rejab) dan sebagai persiapan menyambut bulan puasa (Ramadhan). Kesimpulan dari kuliah pagi, tok guru berpesana agar menitik beratkan kepada tiga perkara.

i) menunaikan solat fardhu dengan cermat. berusaha untuk mengetahui maksud bacaan agar memperoleh kekusyukan,

ii) beriman kepada benda ghaib. yakini bahawa malaikat sentiasa mencatit amal perbuatan kita. menyakini bahawasanya akan ada dhari pengadilan dan

iii) menyalurkan harta yang diperoleh secara halal dengan kaedah yang betul seperti menafkah kan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan.

nikmat Allah berikan kepada K terlalu luas. tetapi adakah ada secebis rasa syukur dihati? terbayang dosa-dosa semalam. masihkah ada ruang untukku? dosa dilakukan tiada bertepi. adakah cukup bekalan untuk hari mendatang?

"wahai Allah, berilah kekuatan iman kepada kami melawan hasutan syaitan dan nafsu yang membunuh. jauhilah diri kami dari sifat munafik. sesungguhnya hanya engkau tempat memohon pertolongan"

"...... maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu kepada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-bik penolong." (al-hajj: 78)

Wednesday, July 14, 2010

Melayu : Marilah bersatu dengan tali Allah

http://episodeperjuangan.blogspot.com/  

1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Ali Imran ayat 103 - 105 .

dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .

dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .

dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .

2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .

3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]

4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :

dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .

5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .

6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau waddah yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :

Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .

7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .

8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .

9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .

10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia .

Tuesday, July 13, 2010

Castury - Sandaran Harapan


Aku putus harapan
Keliru memikirkan pada siapa harus kusandarkan
Bicara hati ini yang sangat merunsingkan
Pada-Mu oh Tuhan ku mohon pimpinan

Telah sekian lama kusemaikan
Cinta dan kesetiaan hanya pada insan
Namun kini yang ku tuai hanyalah kesedihan
Dilukai oleh cinta yang memeritkan

Aku diburu kenangan silam
Di kala leka dibuai percintaan
Tiada ku sedar apa yang aku lakukan
Semuanya tersasar dari landasan

Ya Allah telah kumungkiri janji-janji pada-Mu
Ya Allah telah kukhianati segala amanah-Mu
Bagaimanakah untuk ku kembali kembali pada-Mu
Mendapatkan kepercayaan Mu oh Tuhan


Sunday, July 11, 2010

(K.K 8) meriah di tanjong mas

Pada 10 Julai 2010 yang lalu, bertempat di Padang Sekolah Maahad Muhammadi Lilbani, Kota Bharu, K bersama-sama sahabat PAPISMA Kelantan di jemput bersama bagi menjayakan program Cakna Rakyat di Dun Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan.

Seperti biasa, PAPISMA diberi tugasan mengendalikan khidmat kesihatan percuma dan khidmat nasihat mengenai gaya hidup yang sihat kepada pengunjung yang menghadiri program tersebut.

Program dimulakan dengan perarakan masuk motosikal klasik mengiringi YB Kak Ani, Adun Tanjong Mas ke tapak program. Diantara program Cakna yang telah K hadiri, inilah merupakan antara satu-satunya program Cakna yang paling meriah.

Pelbagai aktiviti disusun oleh urusetia penganjur dan diantaranya ialah persembahan disetiap UPU seprti pertandingan gerai tercantik, pertunjukan rebana ubi, silat cekak, pertandingan tarik tali, pertandingan melukis, sukaneka rakyat, pameran gerai jualan, jamuan rakyat, pertandingan pakaian beragam, pertandingan bayi sihat, dikir barat, ceramah agama, khidmat kesihatan dan banyak lagi.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan (Dr. Hasme Zam. Dr. Husnaida, Dr. Nik Rosmawati, Dr. Anuar Ramadhan dan Dr. Norida) dan sahabat-sahabat USM kerana bersama-sama turun kepadang bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.

Seperti biasa, ruangan khemah khidmat kesihatan sentiasa dipenuhi oleh para pengunjung untuk memeriksa tahap kesihatan dan menerima khidmat nasihat daripada para pegawai kesihatan.

"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". (QS. Al-Kahfi: 110)".

Segala jasa sumbangan tenaga yang dikerahkan didahului ucapan terima kasih. Hanya Allah swt yang mampu membalasnya. InsyaAllah, kita berjumpa didalam program akan datang. Semoga ukhwah diantara kita tetap utuh... amin.

Thursday, July 8, 2010

(K.K 7) berkatilah rezekiku


zerufffff...... zerufffff. bunyi pusingan roda...

"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (al-Baqarah ayat: 261)

Itulah ayat yang sering K perhatikan selepas selesai mengerjakan solat isyak di Masjid An-Naim, Sri Cemerlang. Kota Bharu. Ayat itu dilekatkan bersama-sama tabung masjid bergerak. K mula terlintas sesuatu dan perasaan yakin pada Allah semakin menebal. Maha Suci Allah, yang ayat-ayat yang diturunkan adalah amat betul. ia betul-betu terjadi pada diri K sendiri.

Alhamdulillah, rezeki K di sini agak murah. Walaupun gaji yang diperoleh tidak terlalu tinggi, tetapi ia dapat menampung kehidupan K disini. Amalan bersedekah walaupun dengan nilai yang sedikit tetapi ikhlas membawa kepada keberkatan.

Percaya dan yakin dengan kata-kata Allah, K cuba meletakkan diri dalam keadaan beristiqamah, bersedekah seikhlas mungkin. walaupun dengan wang kertas seringgit yang agak konyot. dengan harapan bahawa sedekah yang dikeluarkan diterima Allah. teringat pesan Mak, ape-ape yang kita sedekahkan, niatkan juga untuk ahli keluarga yang masih hidup dan yang telah meninggalkan kita.

Terlintas hadis Rasulullah yang diriwayatkan daripada Muslim bermaksud : “Daripada Abi Zar r.a, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat Rasulullah s.a.w berkata kepada baginda: Ya Rasulullah! Orang-orang yang mempunyai harta (kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami). Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang dan mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka.

Berkata Rasulullah: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan setiap tahlil itu sedekah, dan menyuruh dengan makruf itu sedekah, dan melarang dari yang mungkar itu sedekah, dan pada kemaluan daripada kamu itu sedekahke akhir hadis…” (dipetik dari kitab Hadis 40: Hadis ke 25) 

Rupa-rupanya, banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk bersedekah. senyum itu juga merupakan satu sedekah. Mengamalkan solat sunat dhuha 2 rakaat juga dapat melapangkan rezeki kita. SubhanAllah, Maha Suci Allah. Betapa besarnya nikmat Allah kepada hamba-hambanya...

Saturday, July 3, 2010

(K.K 6) tanda Nabi SAW tidak akan lama di Mekah


Semalam bertempat di Medan Ilmu Jalan Dato Pati, K bersama Opah dan Abe Hanif berkesempatan mendengar kuliah mingguan yang disampaikan oleh Tok Guru.  Kami tiba di perkarangan Medan Ilmu seawal jam 8.30pagi. Alhamdulillah, Tok Guru masih kuat, boleh berjalan dan memberi peringatan yang berkesan kepada para pengunjung.

Tok Guru semalam memperingatkan kami mengenai peristiwa agung, Israk dan Mikraj yang dilalui oleh Nabi tercinta Muhammad Bin Abdullah. 

Isra' dapat diertikan perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekkah ke Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis di Palestin, sementara Mikraj pula dapat diertikan perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid Aqsa di Baitulmaqdis merentasi tujuh lapisan langit hingga ke Sidratul Muntaha dimana perjalanan ini tidak mampu tercapai oleh akal fikiran manusia apatah lagi ianya hanya berlaku pada satu malam.

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1)

Peristiwa agung ini berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita selepas kehilangan dua insan yang amat dikasihi iaitu isterinya, Saidatina Khadijah Binti Khuwailid dan bapa saudaranya, Abu Talib. Kedua-dua insan ini amat membantu baginda dalam permulaan proses menyebarkan agama Allah kepada seluruh manusia. Baginda dicerca, ditindas dan dipulau oleh seluruh masyarakat kafir quraisy. ugutan bunuh dikeluarkan kepada baginda oleh pemimpin kafir quraisy. 

Disaat kesedihan yang amat sangat, Jibril mendatangi baginda membawa khabar gembira untuk di isra' dan mikraj bertemu Maha Pencipta. Disini dapat diambil beberapa pengajaran yang berguna sempena peristiwa agung tersebut. Antaranya:

i) Kewajipan umat Nabi Muhammad SAW melaksanakan solat lima waktu sehari semalam.

 - Begitu kasihnya Nabi kepada umatnya yang mana baginda memberanikan diri memohon kepada Allah swt agar diringankan bilangan waktu solat daripada 50 waktu kepada 5 waktu. 

Kewajiban ibadah solat ini adalah disampaikan Allah terus kepada Nabi saw tidak seperti ibadah-ibadah yang lain seperti puasa dan zakat yang diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril. Ini menunjukan betapa penting dan istimewanya ibadah solat yang merupakan tiang agama. 

Walaupun bilangan waktunya dikurangkan kepada 5 waktu tetapi pahalanya menyamai 50 waktu solat. Beza antara orang Islam dan orang kafir adalah menunaikan solat. Cuba kita lihat pada zaman sekarang, ramai orang yang bergelar diri mereka Islam tetapi meringan-ringankan ibadah solat. 

Tidakah mereka meyakini bahawa solat dapat mencegah diri daripada perkara keji dan mungkar? Tidakah mereka mengetahui bahawa solat dapat melapangkan rezeki seseorang? Alangkah kufurnya mereka terhadap nikmat yang Allah kurniakan??? Semoga Allah melindungi kita dari ujian-ujian yang tak mampu kita tempuhi.

ii) Menguji tahap keimanan kepada Allah dan RasulNya.

-Perjalanan Rasulullah SAW dalam peristiwa itu mencabar pemikiran manusia secara keseluruhannya. Hanya manusia yang beriman dan meyakini kekuasaan Allah saja yang dapat menerima kejadian itu sebagai kebenaran dan lambang kekuasaan Allah. 

Bayangkan kita berada di zaman tersebut, kuatkah hati kita sebagaimana kuatnya hati para sahabat Nabi yang tiada secebis pun perasaan syak curiga keatas kata-kata yang disampaikan oleh Rasul Allah yang tidak tercapai akalnya? masihkan kita curiga mengenai kehadiran hari berbangkit? apakah kita tahu bahawa setiap amal perbuatan kita dicatit oleh malaikat dan diperhatikan oleh yang Maha Pencipta?

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya dapat dijadikan benteng diri daripada hasutan syaitan dan nafsu disamping dapat meningkatkan keimanam terhadap perkara ghaib dan meyakini bahawa Al-Qur’an dan Hadith sebagai petunjuk, panduan dan penyelesai kepada setiap masalah hidup manusia.

"Ya Allah, tetapkan iman kami kejalan yang Engkau redhai. Wahai Allah, peliharalah diri kami, peliharalah ihsan kami agar kami meyakini setiap gerak geri kami diperhatikan oleh Mu. Wahai Allah, maafkanlah segala dosa-dosa kami, sesungguhnya kami telah banyak melampaui batas... amin."

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase