Pages

Saturday, July 17, 2010

(K. K 9) masihkah ada ruang untukku???

"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarlah mengenainya perumpamaan itu. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya.  amat lemahlah yang menyembah dan amatlah lemah (pulalah) yang disembah." (al-hajj: 73)

 K K bangun bangun, subuh doh. K K bangun, subuh doh. suara pok jieb mengejutkan ku di pagi jumaat. syukur, Allah masih beri peluang untuk ku meneruskan kehidupan. dapat menghirup udara, suatu nikmat yang tiada tandingan masih diberi hidup dalam keadaan iman dan islam. K bergegas ke bilik air dengan harapan dapat mengerjakan solat subuh berjemaah di mussala seberang jalan.

ternyata Allah masih sayang kan K, walaupun penuh dosa-dosa semalam, K masih diberi Allah kesempatan sujud sajaddah bersama Cikgu Lah (imam). bacaan surah sajjadah oleh Cikgu Lah amat terasa. dahulu K hafal surah ni, tetapi sekarang perlukan bimbingan. Ya Allah, adakah ini balasan kepada dosa-dosa semalam???

Seperti biasa, selepas solat subuh di mussala an-naim Berek 12, akan diadakan sedikit bacaan risalah taalim oleh Cikgu Lah. Pagi jumaat selalunya diisi dengan amalan-amalan sunat seperti ziarahi pusara tok ayah, che, tok aki dan saudara yang lain di kubur tanjong bersama opah. tetapi hajat kami terbatas. pusara di kubuir tanjong dipenuhi rumput, lalang yang tebal. agak sukar untuk kami masuk. begitu cepat sekali rumput-rumput ni tumbuh, bisik hati K...

Selepas menziarahi perkuburan, kami pulang ke rumah untuk bersiap-siap ke medan ilmu. disana seperti biasa, medan ilmu dipenuhi oleh segenap lapisan rakyat kelantan mendengar pengisian daripada ahli-ahli agama anataranya tok guru. alhamdulillah, tok guru masih sihat.

"wahai tuhan, ajarkan kami ilmu yang berguna. Ingatkan kami apa yang kami lupa"

itulah doa yang dimulakan oleh tok guru, sebelum memulakan kuliah. antara yang disebut di dalam kuliah tersebut, tok guru menyentuh mengenai kelebihan bulan syaaban. menurut tok guru, Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadah puasa sunat lebih kerap daripada berpuasa pada bulan-bulan lain. ada seorang sahabat bertanyakan mengapa Baginda berpuasa lebih? Nabi menjawab, pada bulan syaaban, malaikat silih berganti menaikkan buku amalan kita. harapan, Allah dapat menghapuskan dosa-dosa K dengan amalan-amalan sunat yang dikerjakan.

Nabi juga mengandakan amalan puasa sunat didalam bulan syaaban adalah bagi menghidupkan amalan-amalan sunat yang dikerjakan didalam bulan isra' mikraj (Rejab) dan sebagai persiapan menyambut bulan puasa (Ramadhan). Kesimpulan dari kuliah pagi, tok guru berpesana agar menitik beratkan kepada tiga perkara.

i) menunaikan solat fardhu dengan cermat. berusaha untuk mengetahui maksud bacaan agar memperoleh kekusyukan,

ii) beriman kepada benda ghaib. yakini bahawa malaikat sentiasa mencatit amal perbuatan kita. menyakini bahawasanya akan ada dhari pengadilan dan

iii) menyalurkan harta yang diperoleh secara halal dengan kaedah yang betul seperti menafkah kan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan.

nikmat Allah berikan kepada K terlalu luas. tetapi adakah ada secebis rasa syukur dihati? terbayang dosa-dosa semalam. masihkah ada ruang untukku? dosa dilakukan tiada bertepi. adakah cukup bekalan untuk hari mendatang?

"wahai Allah, berilah kekuatan iman kepada kami melawan hasutan syaitan dan nafsu yang membunuh. jauhilah diri kami dari sifat munafik. sesungguhnya hanya engkau tempat memohon pertolongan"

"...... maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu kepada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-bik penolong." (al-hajj: 78)

0 comments:

Post a Comment

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase