Thursday, July 8, 2010
(K.K 7) berkatilah rezekiku
zerufffff...... zerufffff. bunyi pusingan roda...
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (al-Baqarah ayat: 261)
Itulah ayat yang sering K perhatikan selepas selesai mengerjakan solat isyak di Masjid An-Naim, Sri Cemerlang. Kota Bharu. Ayat itu dilekatkan bersama-sama tabung masjid bergerak. K mula terlintas sesuatu dan perasaan yakin pada Allah semakin menebal. Maha Suci Allah, yang ayat-ayat yang diturunkan adalah amat betul. ia betul-betu terjadi pada diri K sendiri.
Alhamdulillah, rezeki K di sini agak murah. Walaupun gaji yang diperoleh tidak terlalu tinggi, tetapi ia dapat menampung kehidupan K disini. Amalan bersedekah walaupun dengan nilai yang sedikit tetapi ikhlas membawa kepada keberkatan.
Percaya dan yakin dengan kata-kata Allah, K cuba meletakkan diri dalam keadaan beristiqamah, bersedekah seikhlas mungkin. walaupun dengan wang kertas seringgit yang agak konyot. dengan harapan bahawa sedekah yang dikeluarkan diterima Allah. teringat pesan Mak, ape-ape yang kita sedekahkan, niatkan juga untuk ahli keluarga yang masih hidup dan yang telah meninggalkan kita.
Terlintas hadis Rasulullah yang diriwayatkan daripada Muslim bermaksud : “Daripada Abi Zar r.a, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat Rasulullah s.a.w berkata kepada baginda: Ya Rasulullah! Orang-orang yang mempunyai harta (kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami). Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang dan mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka.
Rupa-rupanya, banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk bersedekah. senyum itu juga merupakan satu sedekah. Mengamalkan solat sunat dhuha 2 rakaat juga dapat melapangkan rezeki kita. SubhanAllah, Maha Suci Allah. Betapa besarnya nikmat Allah kepada hamba-hambanya...
1 comments:
assalamualaikum ... mohon untuk share blog di facebook Masjid An-Naim Sri Cermelang. Terima kasih.
Post a Comment