Pages

Wednesday, December 15, 2010

Ayuh Bertukar Kepada Dinar & Dirham

Syukur masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah; masih diberi kesempatan menghirup oksigen didalam fitrah Islam dan Iman. Syukur di rafa' kan kepada Allah memberi hidayah, menggerakkan hati  dengan berlandaskan  dua mukjizat teragung, al-Quran dan Hadith sebagai pembimbing hati di sepanjang jalan menuju ke negeri yang kekal abadi. InsyaAllah...

Perbincangan mengenai mataawang syariah iaitu dinar dan dirham kembali hangat diperkatakan. Masyarakat mula menunjuk minat terhadap sistem dan konsep matawang Islam. Perbincangan Antarabangsa; Langkawi Islamic  Financial Economics (LIFE 2010) yang berlangsung kini turut menyentuh mengenai kepentingan penggunaan dan penyimpanan matawang dinar dan dirham menggantikan penggunaan wang kertas pada masa akan datang. 

Ada kemungkinan suatu hari nanti matawang dollar Amerika jatuh menjunam dan matawang syariah kembali menguasai dunia. Apakata kita mempersiapkan diri dengan kemungkinan-kemungkinan ini.

Terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W berkaitan dinar.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. "(Hadis)

"Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)

Sedikit penerangan ringkas yang boleh dikongsi bagi memudahkan kefahaman sahabat semua mengenai kelebihan penggunaan matawang syariah ini:

1.Sahabat cuba ambil sekeping wang kertas dan potong wang kertas itu beberapa keping. Bawa salah satu kepingan wang kertas tersebut ke pasar untuk beli barang. Laku tak? tak kan? Sekiranya emas dinar di potong-potong, tetap ada nilainya!

2. Baru-baru ini berlakunya inflasi yang hebat di negara Vietnam. Cetakan wang kertas dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh Kerajaan Junta , namun rakyat lebih arif  dan mereka telah bersedia dengan simpanan emas!

3.Jika perang berlaku , duit kertas x de harga! emas dan perak juga menjadi urusan jual beli.

4. Negara mana yang paling banyak mengumpul emas ? Jawabnya Israel dan US. Mereka giat mengumpul emas dan menjual wang kertas kepada negara-negara lain..amacam bijak tak?

5. Kalau simpan duit dalam bank dapat apa? nilaian dinar dikatakan setiap hari ada kenaikkannya. http://www.publicdinar.com/.
 
Tahukah sahabat semua koin dinar dan dirham “nilainya” berada ada sukatan berat timbangan logamnya? Ini bermakna bahawa “nilai” koin-koin ini berada pada zatnya. Berbeza dengan wang-wang kertas dimana “nilainya” hanyalah pada angka tulisan yang dicetak atas kertas tersebut semata!


Ini juga bermakna koin dinar dan dirham “nilainya” ditentukan oleh Allah SWT pada salah satu namaNya yang Maha Agung- Allah adalah Ar Razak ( Allah SWT Pemberi Rezeki). Allah SWT sendirilah yang menentukan banyak manakah emas dan perak mampu digali oleh manusia. Sebaliknya wang-wang kertas; “nilainya” ditentukan oleh pihak berkuasa atau pemerintah! Ini bererti pihak berkuasa menandingi kuasa Allah SWT dalam memberi rezeki?

Spesifikasi dinar emas Kelantan

Piawaian dinar dan dirham Kelantan adalah dipantau oleh World Islamic Mint (WIM) dan piawaian yang ditetapkan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a iaitu : setiap keping 1 dinar ialah keberatan mithqal yang bersamaan dengan 4.25 gram emas berketulenan 22 karat (97.66% emas). Piawaian ini menetapkan hubungan antara dinar dan dirham sebagai berat 7 dinar bersamaan dengan berat 10 dirham. Ini bererti 1 keping dirham ialah 2.975 gram atau (7/10) daripada 1 mithqal emas. 

Sama-sama kita fikirkan...

Monday, December 13, 2010

Luasnya Neraka Allah

Yazid Ar-Raqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya.

"Maka ditanya oleh Nabi S.A.W.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka? "Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api Neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahwa Neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
 
Lalu Nabi S.A.W. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat Jahannam. "Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya seperti pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: yaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibril:

1. "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

2. Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
 
3. Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

4. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

5. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

6. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya:

7. "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi S.A.W. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi S.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar Nabi S.A.W bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi S.A.W menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi S.A.W. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadits Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKu itu:
  1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
  2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
  9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandung lautan racun yang hitam pekat.
  10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
  11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Monday, December 6, 2010

Are Buddy - Faqirnya Aku




Ya Allah aku hamba yang maha faqir
Sentiasa mengharap akan kekayaanMu
Aku hamba yang maha lemah
Sentiasa mengharap kepada bantuanMu

Ya Allah bagaimana ku ingin ku mengadu padaMu
Sedangkan ia tidak pernah tersembunyi dari Mu
Bagaimana ku ingin jelaskan segala urusanku
Sedangkan segala-galanya dariMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau Tuhan yang Maha Perkasa
Yang menguasai isi alam semesta
Segala pujian hanyalah untukMu
Rahmatilah diriku ini

Oh Tuhanku alangkah dekatnya Engakau kepadaku
Tetapi jauhnya aku daripadaMu
Oh Tuhanku alangkah kasihnya Engkau kepadaku
Tetapi sering ku lupa segala kurniaanMu

Engkau yang telah menjadikan diriku
Aku hambaMu berada digengamanMu
Ku berlidung dari kejahatan
Yang telah ku lakukan
HanyaMu Tuhan pengampun segala dosa

Kau Maha Pengasih... 

Ampunilah dosa-dosa kami wahai Allah. Tak terkira dosa-dosa yang telah kami lakukan. Hanya padaMu diri ini berserah diri...

Sunday, December 5, 2010

Ibnu Abbas Bersedekah Dengan Matanya

Ibnu Abbas penterjemah Al-Quran serta lautan dan dakwat umat, dia menangis takutkan Allah sehingga buta kedua-dua matanya lalu salah seorang mengatakan agar bersabar atas apa yang menimpanya, lalu Ibnu Abbas melaungkan:

Jika Allah mengambil cahaya kedua-dua mataku;
Maka dalam hatiku ada cahaya dari keduanya.
Hatiku cerdik dan akalku tidak bengkok;
Dan mulutku tajam bagaikan pedang yang terhunus.

Dalam hadith Qudsi: Sesiapa yang Aku uji dengan dua kekasihnya (dua matanya) lalu bersabar, Aku menggantikan keduanya dengan syurga! Sa'id bin Al-Musayyab Iman tabi'in menangis dengan cinta yang benar sehingga hilang penglihatannya untuk mencari keredhaan Allah, demikian juga Yazid bin Harun muhaddis terkenal buta kerana terlalu banyak menangis, lalu dikatakan kepadanya di mana dua mata yang indah itu? Katanya: keduanya telah dihilangkan - demi Allah - oleh tangisan diwaktu sahur!

Adapun salah seorang penyair maka dia menangisi kekasihnya lalu buta matanya, maka dia berkata:

Adakah dua mataku buta dari hatiku maka sesungguhnya ia;
Termasuk kezaliman dua orang berusha membunuh seseorang.
Sungguh mataku telah buta dari banyaknya tangisan
Kerana perpisahan kekasih atau mengingati yang hilang.

Maka Ibnu Abbas hilang penglihatanya kerana mencari keredhaan Allah maka balasannya syurga, sedang mereka ini hilang penglihatannya kerana fulanah maka balasannya ialah kemuflisan, penyelesaian dan kerugian.

Dr. Aidh Abdullah al-Qarni - Penyinaran

Saturday, December 4, 2010

Ayuh Berhijrah, Perbaiki Diri

26 Zulhijjah, tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita melabuhkan tirai tahun 1431 Hijrah. Banyak yang telah dilalui dalam tempoh tahun tersebut. Ada yang baik dan sebaliknya, tetapi apa yang penting masa yang berlalu itu sebenarnya menandakan bahawa umur kita semakin meningkat dewasa dan semakin tua. Sedar atau tidak, kita semakin hampir dijemput Allah disisi-Nya sebagai hamba yang diamanahkan segenap tanggungjawab semasa hidup didunia.

Hijrah adalah satu peristiwa yang besar dan agung didalam sejarah Islam. Semua orang Islam wajib mengetahuinya. Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat ke Madinah al-Munawarrah telah menjadikan dakwah Islam berpindah ke satu tahap yang baru dan lebih mencabar. Muslimin juga boleh beribadah dengan lebih selamat dan terbuka kerana akhirnya mereka meiliki negara tersendiri.

Daripada Aisyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidak ada hijrah selepas pembukaan (Mekah), tetapi jihad dan niat (yang baik). Apabila kamu disuruh bersiapsedia, maka bersedialah." [Hadis Riwayat Muslim].

Imam Nawawi berkata didalam kitabnya Riyadus Solihin dengan maknanya; "Tidak ada hijrah dari Makkah(selepas pembukaan Makkah), kerana telah wujudnya negara Islam.

Hijrah adalah sunnah para anbiya'. Hijrah bukan sahaja berlaku keatas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja malah telah terdahulu daripadanya para anbiya' seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa dan Yusuf a.s. Ia berlaku kerana penentangan yang amat keras dikalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.

Perkara Sunat yang boleh dilakukan pada bulan Muharam

1. Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharam.
2. Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharam.

Pengajaran daripada Peristiwa Hijrah

1. Hijrah pada waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai dikalangan kita sedang seronok tidur.

2. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi penunjuk jalan ke Madinah.

3. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.

4. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada golongan belia dan beliawanis dalam kerja-kerja dakwah. Contohnya, baginda mengarahkan Saidina Ali Abi Talib menggantikan tempat tidurnya.

Sesugguhnya setiap daripada individu Muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jemaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar termampu. Ini tidak lain adalah bagi memastikan Islam sentiasa berada ditempat yang paling tinggi dalam kehidupan mereka.

Friday, December 3, 2010

Apabila Bumi Bergegar


AL-ZALZALAH

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

PADA HARI BERBANGKIT, MANUSIA MELIHAT BALASAN PERBUATAN BIARPUN SEBESAR ZARAH

1. apabila bumi digegarkan dengan gegarannya yang dahsyat.
2. dan bumi mengeluarkan beban-beban berat yang dikandunginya,
3. dan manusia bertanya, “Mengapa bumi (menjadi begini)?”
4.Pada hari itu, bumi menceritakan beritanya,
5. kerana sesungguhnta Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu kepadanya.
6. Pada hari itu, manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.
7. Sesiapan yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya
8. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

Adakah kita bersedia menghadapinya? Cukupkah bekalan yang hendak dibawa bagi menyelamatkan kita dihari yang dashat itu? Ayuh manfaatkan masa yang ada dengan amal soleh. Moga Allah pelihara kita.

Friday, November 26, 2010

InsyaAllah - Maher Zain


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Wednesday, November 24, 2010

Bila Pula Giliran Kita?

Jika kita mengaku kita adalah orang yang memperjuangkan Islam sebenar, kita tidak akan duduk diam, berkerja sambil lewa, mengeluh, kerana orang yang mengingati mati, hatinya sentiasa berkata, tiada masa berlengah-lengah kerana bila-bila sahaja ajalku akan tiba. Rasa rugi andai ajal menjelma, tetapi masih tidak ada apa-apa yang boleh dipersembahkan pada Allah apa pengorbanan kita kepada Islam. 
 
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka  keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:


"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat  orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."


"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."


Dari  sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. LaluAllah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." 


Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa  mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." 



Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari  jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi  dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

 al-fatihah buat sahabat yang amat dikasihi, akhi sobri hussin yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 zuhijjah 1431H. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh... 

Thursday, November 11, 2010

Amalan Di Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah adalah bulan yang terakhir daripada bulan-bulan Hijriah. Ia adalah bulan di mana para jemaah haji akan menziarahi Madinah dan Mekkah bagi melakukan ibadat haji dan umrah sebagai menyempurnakan rukun islam yang kelima serta menghidupkan syiar -syiar agama Islam seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a bahawa Baginda s.a.w bersabda, "Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkan padanya tahlil (La Ila ha IllaAllah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)"

Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya meriwayatkan daripada Jabir r.a bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Seutama-utama hari adalah hari "Arafah" pada 9 Zulhijjah dan bagi yang tidak menunaikan haji pada hari itu, adalah digalakkan untuk berpuasa sunat wukuf Arafah"

Antara amalan-amalan yang dianjurkan  untuk diamalakan didalam bulan Zulhijjah adalah:

Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Sabda Rasulullah s.a.w " Umrah ke umrah yang lain menghapuskan dosa yang dilakukan diantara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga."

Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakkan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Ibrahim a.s setelah Allah Ta'ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya haji secara berjemaah, mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Perbanyakkan berpuasa sunat terutama pada hari Arafah. Dalam sebuah hadis qudsi: "Puasa itu adalah bagi-Ku dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minuman semata-mata kerana-Ku."

Bertaubat dan meninggalkan segala kemaksiatan dan dosa kepada Allah s.w.t. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Baginda s.a.w bersabda bermaksud " Sesungguhnya Allah mencemuh (tidak suka) apabila seseorang hambanya melakukan perkara yang di tegahNya (muttafaq' alaihi)".

Memperbanyakkan amalan salih (baik) terutama amalan-amalan sunat seperti bertakbir (Allahu Akbar), berzikir dan berselawat keatas Rasulullah s.a.w, solat sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada kebaikkan dan mencegah dari kemungkaran.

Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang dan malam terutama selepas menunaikan solat fardhu lima waktu yangg dikejarkan secara berjemaah.Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke (13 Zulhijjah).

Zulhijjah ini menghimpunkan pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang disediakan oleh Allah bagi muslim yang mengharapkan keredhaan dan pengampunan dari Nya.

Sunday, October 17, 2010

Are Buddy - Lukisan Rindu

 

Pada tangisan atau jua pada air mata,
Hadir rasa yang tak bisa ku lari dari nya,
Lukisan rindu yang terlakar di wajah ku,
Hadir dari hati yang di himpit perasaan,
Dirimu ku rindu, oh kekasih Allah,
Walau kita tak pernah bersua,

Mengalir mutiara suci di pipi ku,
Sambil di bibirku berselawat mengingati mu,
Kerinduan bertamu tak bisa lagi ku bendung,
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah,

Ku harapkan rahmat Allah,
Ku harapkan syafaat mu,
Agar bisaku bersama mu,
Oh Rasulullah...

Ku baca sirah mu,
Ku hayati kata-kata mu,
Betapa indah akhlak mu,
Betapa erat ukhuwwah mu dan sahabat,

Ku andaikan diriku,
Berada disisi mu,
Namun ku langsung terpana,
Betapa hinanya aku disamping mu,

Aku yang banyak berdosa,
Mengharap maghfirah Allah,
Aku malu pada mu,
Duhai Rasulullah,

Lukisan rindu pada mu,
Penuh berwarna.

diri ini mendambakan syafaat dan kasih sayangmu wahai kekasih Allah. syafaatkan kami di hari dimana umat sibuk dengan diri masing-masing. semoga dapat bertemu mu ya Rasulullah di akhir sana...
 

Tuesday, October 12, 2010

Memotong Kuku, Amalan Sunnah

Dari Saidatina Aisyah bermaksud: Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur. (Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud: Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam. (Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid. 
 
Daripada Rasulullah saw: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya. (Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud: Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya:-
 
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; 


Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut. 

Kerat kuku bukan sebarang kerat tetapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah.

Mulakan mengerat kuku tangan mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mula kerat  kuku jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian kuku jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan yang terakhir ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

rujukan: http://ahmadzaki.wordpress.com/2008/06/11/potong-kuku-cara-islam-sunnah/

Monday, October 11, 2010

(JSM 1) Janji Seorang Muslim

Kepada Siapa Aku Berjanji? Bilakah Aku Berjanji? Apakah Janjiku? Adakah Aku Mentaati atau Memungkiri Janji-janji Tesebut?

Kerana tidak peduli siapa pun manusia itu, orang kaya atau miskin, orang senang atau susah, orang berpangkat atau jelata. pemimpin atau yang dipimpin, raja atau rakyat tanpa kecuali; harus mengakui bahawa pada dasarnya semua umat manusia yang lahir kedunia dengan izin Allah itu selalu ingi selamat didunia dan di akhirat kelak. Dan satu hal yang pasti, manusia akan kembali ke tempat asal dari mana manusia itu datang. Cepat atau lambat. Manusia pasti akan pulang.

Kerana itu alangkah baiknya jika kita, manusia memiliki bekalan yang cukup, bekal yang menghantar manusia kearah keselamatan didunia dan akhirat, kerana pada waktunya kelak tiap-tiap diri manusia itu akan diminta pertanggungjawabkan atas seluruh perbuatannya didunia dimana tanggungjawab itu tidak boleh ditimpakan kepada orang lain.

Dan satu hal yang mesti di ingat bagi Allah yang Maha Pencipta dan Maha Menguasai itu, semua manusia adalah sama. Yang membezakan tiap-tiap diri manusia adalah amal ibadahnya, yang jika memenuhi syarat, akan membawanya kepada kebahagiaan didunia mahupun di akhirat kelak.

Buku Janji Seorang Muslim karangan Naseer Ahmad, K perolehi di kedai Buku Jaffar Rawas, Kota Bharu. MasyaAllah, isi kandungannya amat baik untuk hamba yang ingin mendekatkan diri kepada Khalid nya.

Jangan terkejut dengan harganya iaitu RM2.00 sahaja. Mungkin kita tidak sedar akan kesalahan yang telah dilakukan, dengan harapanan Allah ampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.

Kandungannya membincangkan method bagi memenuhi janji pada Allah, amal perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah dan kisah nasihat nabi Muhammad s.aw kepada umatnya tidak kira lelaki mahupun perempuan.

" sesungguhnya, kami ciptakan manusia dengan setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (perintah dan larangan) kerana itu kami jadikan ia mendengar dan melihat"(al-insan ayat:2)

Alangkah cemerlangnya kita sekiranya mendapat redha dan kasih sayang Allah. teguran dan nasihat amat ku dambakan agar menjadi insan yang taat akan perintahnya. semoga Allah memberi bimbingan kepada insan yang mengharapkan syurgaMu Allah...

Monday, October 4, 2010

Point Ijtima' Pemuda

satu point menarik nak kongsi dari ustaz nik zawawi dalam forum tarbawi....

katanya : jangan ingat lepas kita dah kalahkan musuh kita iaitu **NO dalam pru-13 kita dah berjaya dan boleh bergembira, kerana bila kita memegang Malaysia, kita  akan berhadapan dengan musuh yang lebih besar seperti Amerika dan sekutu-sekutunya... maka persiapkanlah diri kita dengan tarbiyah untuk menghadapi musuh2 kita ini

point dari dato' bentara setia tuan guru haji nik abdul aziz nik mat

Tok Guru meninggalkan pesanan untuk pemuda supaya mengamalkan 3 perkara ini iaitu

1. baca quran setiap hari 
2. qiamulaill
3. solat dhuha

point dari ustaz yahya othman, murabbi parti Islam pusat

tarbiyah adalah usaha yang dilakukan oleh murabbi kepada murid-muridnya

pengisian tarbiyah adalah usrah, mukhayyam, qiamulaill, durus khususi

pemuda hendaklah
1. memastikan boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat
2. naqib memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, **NO akan terus memerintah

pesanan kepada pemuda 
1. mesti berilmu
2. mesti mengamalkan ilmu
3. bercakap benar
4. bermaaf-maafan
5. baca quran

point dari ustaz nasharuddin mat isa , timbalan presiden parti Islam

kita hendaklah bangga menjadi orang mukmin yang duduk di dalam parti Islam

pemuda hendaklah memastikan tidak ada satu hari berlalu tanpa membaca Al-Quran!

kunci beramal dengan quran
1) membaca al-quran
2) melihat terjemah al-quran
3) melihat tafsir quran
4) beramal dengan al-Quran
5) istiqamah dengan Al-Quran

Khalid Mesyal (hamas, palestin) kata akan belajar dengan Parti Islam atas penubuhan DHPP , jadi , berbanggalah menjadi ahli Parti Islam!

point dari ustaz nasrudin hasan at-tantawi, ketua pemuda parti Islam pusat

berintima' dalam parti Islam ini ada kerana beberapa perkara, antaranya kerana

1. syakhsi (peribadi) : kerana peribadi tokoh2 tertentu
2. gharawi ( kecenderungan) : kerana minat pada kopiah orang2 pas
3. istijali ( kebetulan ) : lahir dalam keluarga pas

tetapi yang perlu ialah kita mestilah intima kerana aqidi  (aqidah)

point dari ustaz ahmad yahya, ketua pemuda parti Islam kedah

tarbiyah adalah jantung, dan perlu diletakkan di tempat utama dalam organisasi

rahsia utama bagaimana kedah boleh menang dalam pru12 kerana kita buat post mortem pada 2004 dan mendapati bahawa tarbiyahlah kunci utama untuk menang

soalan untuk semua? apa yang dirasai selepas solat?
jika kata rasa lega kerana telah menunaikan kewajipan, ianya masih tidak mencukupi ....

point dari ustaz zulkifli ismail, ketua dewan ulama pas melaka

pemuda parti Islam hendaklah menguasai 

1.fiqh marhali
2. fiqh aulawiyay
3. takzim al waqt (memuliakan waktu)
4. membelakangkan keuntungan peribadi , mazhab dan aliran serta pandangan peribadai untuk memastikan kepentingan jemaah diutamakan

point dari ustazah nuridah salleh, ketua dewan muslimat pas pusat

pemuda hendaklah memastikan isteri-isteri mereka tidak dibiarkan di rumah sahaja, hendaklah memastikan isteri turut serta mengambil bahagian dan memegang jawatan dalam parti Islam

point dari tuan guru dato seri hj hadi, presiden parti Islam

abdullah b mubarak menulis surat kepada fudhail b iyad, meminta supaya meninggalkan tempat beribadatannya  dan pergi ke medan jihad

berjihad ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sanggup menghadapi dugaan/cubaan/dugaan

 rujukan: Hakim; Bandar Sri Iskandar, Perak

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase