Daripada Aisyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidak ada hijrah selepas pembukaan (Mekah), tetapi jihad dan niat (yang baik). Apabila kamu disuruh bersiapsedia, maka bersedialah." [Hadis Riwayat Muslim].
Imam Nawawi berkata didalam kitabnya Riyadus Solihin dengan maknanya; "Tidak ada hijrah dari Makkah(selepas pembukaan Makkah), kerana telah wujudnya negara Islam.
Hijrah adalah sunnah para anbiya'. Hijrah bukan sahaja berlaku keatas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja malah telah terdahulu daripadanya para anbiya' seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa dan Yusuf a.s. Ia berlaku kerana penentangan yang amat keras dikalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.
Perkara Sunat yang boleh dilakukan pada bulan Muharam
1. Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharam.
2. Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharam.
Pengajaran daripada Peristiwa Hijrah
1. Hijrah pada waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai dikalangan kita sedang seronok tidur.
2. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi penunjuk jalan ke Madinah.
3. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.
4. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada golongan belia dan beliawanis dalam kerja-kerja dakwah. Contohnya, baginda mengarahkan Saidina Ali Abi Talib menggantikan tempat tidurnya.
Sesugguhnya setiap daripada individu Muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jemaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar termampu. Ini tidak lain adalah bagi memastikan Islam sentiasa berada ditempat yang paling tinggi dalam kehidupan mereka.
1 comments:
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".[]
*asal sunat puasa pd 10 muharram je tp oleh sebb org2 yahudi n nasrani juga berpuasa pd 10 muharram (ats kepercyaan mrka) so umat islam xleh sama, sebb tuh kite juga sunat puasa samada 9 or 11 bersama 10 muharram tuh...
Post a Comment