Perbincangan mengenai mataawang syariah iaitu dinar dan dirham kembali hangat diperkatakan. Masyarakat mula menunjuk minat terhadap sistem dan konsep matawang Islam. Perbincangan Antarabangsa; Langkawi Islamic Financial Economics (LIFE 2010) yang berlangsung kini turut menyentuh mengenai kepentingan penggunaan dan penyimpanan matawang dinar dan dirham menggantikan penggunaan wang kertas pada masa akan datang.
Ada kemungkinan suatu hari nanti matawang dollar Amerika jatuh menjunam dan matawang syariah kembali menguasai dunia. Apakata kita mempersiapkan diri dengan kemungkinan-kemungkinan ini.
Terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W berkaitan dinar.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
"Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)
Sedikit penerangan ringkas yang boleh dikongsi bagi memudahkan kefahaman sahabat semua mengenai kelebihan penggunaan matawang syariah ini:
1.Sahabat cuba ambil sekeping wang kertas dan potong wang kertas itu beberapa keping. Bawa salah satu kepingan wang kertas tersebut ke pasar untuk beli barang. Laku tak? tak kan? Sekiranya emas dinar di potong-potong, tetap ada nilainya!
2. Baru-baru ini berlakunya inflasi yang hebat di negara Vietnam. Cetakan wang kertas dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh Kerajaan Junta , namun rakyat lebih arif dan mereka telah bersedia dengan simpanan emas!
3.Jika perang berlaku , duit kertas x de harga! emas dan perak juga menjadi urusan jual beli.
4. Negara mana yang paling banyak mengumpul emas ? Jawabnya Israel dan US. Mereka giat mengumpul emas dan menjual wang kertas kepada negara-negara lain..amacam bijak tak?
5. Kalau simpan duit dalam bank dapat apa? nilaian dinar dikatakan setiap hari ada kenaikkannya. http://www.publicdinar.com/.
Tahukah sahabat semua koin dinar dan dirham “nilainya” berada ada sukatan berat timbangan logamnya? Ini bermakna bahawa “nilai” koin-koin ini berada pada zatnya. Berbeza dengan wang-wang kertas dimana “nilainya” hanyalah pada angka tulisan yang dicetak atas kertas tersebut semata!
Ini juga bermakna koin dinar dan dirham “nilainya” ditentukan oleh Allah SWT pada salah satu namaNya yang Maha Agung- Allah adalah Ar Razak ( Allah SWT Pemberi Rezeki). Allah SWT sendirilah yang menentukan banyak manakah emas dan perak mampu digali oleh manusia. Sebaliknya wang-wang kertas; “nilainya” ditentukan oleh pihak berkuasa atau pemerintah! Ini bererti pihak berkuasa menandingi kuasa Allah SWT dalam memberi rezeki?
Piawaian dinar dan dirham Kelantan adalah dipantau oleh World Islamic Mint (WIM) dan piawaian yang ditetapkan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a iaitu : setiap keping 1 dinar ialah keberatan mithqal yang bersamaan dengan 4.25 gram emas berketulenan 22 karat (97.66% emas). Piawaian ini menetapkan hubungan antara dinar dan dirham sebagai berat 7 dinar bersamaan dengan berat 10 dirham. Ini bererti 1 keping dirham ialah 2.975 gram atau (7/10) daripada 1 mithqal emas.
Sama-sama kita fikirkan...
0 comments:
Post a Comment