Sekiranyan dipanjangkan umur usia, insyaAllah kita akan dapat bertemu suatu detik barangkali ramai masyarakat tidak menyedari dimana buku catatan amalan seseorang anak adam ditutup, diangkat ke langit dan buku catatan amalan yang baru di buka.
" apabila tiba bulan Syaaban, berniatlah untuk memperbanyakkan amal ibadat"
Detik yang dinamakan nisfu syaaban untuk tahun 2010 ini bermula sebaik sahaja masuk waktu solat fardhu maghrib pada hari Isnin ini; 26 Julai 2010 (14 Syaaban 1431H) dimana buku catatan amalan selama setahun diangkat kelangit dan digantikan dengan buku catatan amalan yang baru bermula sebaik sahaja masuk waktu solat fardhu maghrib.
"Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk minta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan pada bulan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa".
Ada sesetengah pihak memandang cara-cara sebahagian besar umat manusia di Malaysia menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca yassin sebanyak 3 kali adalah bid'ah dan taksub. Pandangan K pula, amalan membaca surah Yassin sebanyak 3 kali adalah baik (bid'ah hassanah) dan bukannya melakukan perkara-perkara yang lagha (sia-sia). Perkara yang mendekatkan diri kepada Allah sepatutnya perlu di perhebatkan bukan di litupi dengan percanggahan yang tidak tepat.
Kelazimannya, menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan amalan membaca surahYaasin sebanyak tiga kali selepas sembahyang fardu maghrib dan setiap kali lepas membaca Surah Yaasin,disertakan bacaan doa.
Pada bacaan surah Yaasin pertama diniatkan dengan memohon di panjang umur dalam mengerjakan taat kepada perintah dan tegahan Allah, pada bacaan kali kedua diniatkan agar di murah rezeki yang halal dan berkat dan pada bacaan kali ketiga diniatkan dengan memohon agar ditetapkan iman dan islam didalam diri dan meninggalkan dunia didalam keadaan beriman.
Terdapat 6 golongan dimana Allah tidak akan menghiraukan permohonan ampunan dosa mereka pada malam Nisfu Sya'aban. Semoga kita dijauhi daripada 6 golongan tersebut. Antaranya:-
1. Orang yang kekal meminum arak.
2. Orang yangmenderhakai kedua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam berzina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan penjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
Mudah-mudahan, bersama-sama lah mengambil kesempatan waktu yang ada untuk membaiki serta mempertingkatkan amal buat kita semoga terpancar nur pahala didalam warkah amalan bersama...
0 comments:
Post a Comment