Pages

Wednesday, January 26, 2011

Nilai Persahabatan


Ketahuilah bahawa bukan tanda setia kepada kawan dengan menyetujui perkara yang menyalahi kebenaran Islam, bahkan wajib kamu tentang kebatilannya dan nasihatilah kerana Allah swt, agar dia tidak meneruskan tindakannya yang bercanggah dengan agama.

Sebahagian daripada tanda ikhlas dan benar dalam bersahabat ialah amat gelisah hati, apabila tidak sehaluan dalam perkara yang boleh menyebabkan perbalahan (mufarqah) antara kedua-dua pihak yang bersahabat.

Sempurna kesetiaan dalam persahabatan iaitu tunjukkan rasa dukacita sangat andainya terpaksa mufaraqah dengannya. Sedaya mungkin elakkan putus hubungan dengan sahabat.

Ini seperti dinytakan dalam syair Arab yang bermaksud; "Didapati segala bala yang menimpa di sepanjang masa semuanya ringan untuk ditanggung, kecuali apabila terpaksa putus hubungan dengan sahabat yang rapat".

Seorang alim bergelar Ibnu Uyainah apabila membaca syair tersebut lalu berkata: "Sesungguhnya aku mempunyai sahabat setia yang telah 30 tahun tidak bersua dengannya. Meskipun telah begitu lama namun hasrat dan keluhannya belum hilang daripada hatiku, jangankan tutur kata dan budi bahasanya yang manis dan indah makin sukar dilupakan".

Imam Syafie r.a berkata: “Apabila sahabatmu taat dan percaya kepada kata-kata seterumu, beerti kedua-duanya berkongsi untuk bermusuh denganmu”

Justeru itu dalam persahabatan hendaklah berwaspada terhadap anasir yang boleh meluaskan lagi medan permusuhan andainya terjadi perkara negative akan hancurlah nilai persahabatan yang dibina selama ini.
Erti kasih kerana Allah swt ialah meminta tolong sahabat agar dapat memperbaiki agama kita dan begitu juga sebaliknya, saling ingat mengingati kearah kebaikan.

Petikan: mauidzah TGNAANM Fikrah Safar 1432H

2 comments:

Unknown said...

sahabat...

Anonymous said...

Sahabat,

"Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya"

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sebenarnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan

Post a Comment

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase