Pages

Friday, January 28, 2011

Wajib Bersama Jemaah Islam

Jemaaah Islamiyah yang wajib kita bersama-sama dengannya itu mempunyai dua matlamat yang besar iaitu matlamat yang khusus dan matlamat yang umum.

Matlamat Yang Khusus

a. Melahirkan individu muslim dan mengembalikan keperibadian Islam yang tulen kepadanya.

b. Membina keluarga Islam yang benar-benar memberi saham didalam pembentukan individu Muslim dan masyarakat Islam.

c. Membina masyarakat Islam yang mencerminkan Islam kepada masyarakat yang belum menerima Islam.

d. Mendirikan Negara Islam.

e. Menyatukan semula umat Islam yang berpecah belah sebagaimana yang ada pada hari ini.

Matlamat Yang Umum

a. Manusia mengabdikan dirinya kepada Allah SWT yang esa. Sebagaimana al-Quran menerangkan didalam surah az-Zaariyat ayat 56 yang bermaksud: " Dan (ingatlah), Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Aku" - (az-Zaariyat : 56)

b. Mempelopori kerja-kerja amal maakruf dan nahi mungkar. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kamu (Wahai umat Muhammda) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh  berbuat segala perkara yang baik dan melarang dari segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman),

Dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dn Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi lebih baik bagi mereka. (Tetapi) diantara mereka ada yang beriman dan kebanyakan merek orang-orang yang fasik"-(ali-imran : 110)

c. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia seluruhnya, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan yang adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberikan keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada keturunanya),

Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang diberikan hidayah petunjuk oleh Allah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu.Sesungguhnya Allh SWT amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman)". (al-Baqarah: 143).


d. Menghapuskan fitnah dan kekufuran dari berkusa di bumi ini, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadikan agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah SWT semata-mata. Kemudian jika merek berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan" (al-Anfal: 39)

Petkan: dato' harun taib, kdupp 

0 comments:

Post a Comment

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase