solusi 27
Tuesday, March 1, 2011
Analogi Taqwa
Para sahabat utama Rasulullah s.a.w juga ada memberikan pengertian taqwa dengan pelbagai pendekatan:
" Ubay bin Ka’ab memberi satu analogi yang sangat jelas apabila beliau ditanya oleh Sayidina Umar r.a tentang taqwa. Ubay menjawab: “Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?” Umar menjawab “Ya pernah.” Ubay menyambung: “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab: “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata: “Maka demikian juga taqwa.
" Abu al-Darda r.a perrnah berkata: “Kesempurnaan taqwa itu adalah apabila seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah (suruhan dan larangan) walaupun dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekali pun kerana takut jatuh dalam perkara yang haram"
Kata-kata sahabat Rasulullah s.a.w ini selaras dengan hadis Baginda yang bermaksud : " Tidak akan sampai seorang hamba kepada darjat orang yang bertaqwa sehingga dia meninggalkan hal kecil yang mugkin tidak mengapa kerana bimbang takut jatuh dalam perkara yang ditegah oleh Allah." (Riwayat al-Bukhari, Ahmad)
solusi 27
solusi 27
2 comments:
bismillah..
alhamdulillah, suatu perkongsian yg menarik.. adakalanya kita terlupa pada satu indikator penting yg dengannya Allah menilai kita, iaitu TAQWA..taqwa adalah satu tingkat yg mesti menjadi matlamat kita dalam apa jua yg kita lakukan, kerana ia menjadi roh dan jiwa dalam ibadah kita.. ;) thanks, bro!
[so now, let me share my words..;) ]
Seterusnya, bagaimana mahu merelisasikan tuntutan taqwa ini? Banyak je, saya ambil satu contoh yg paling dekat dgn kita (ye ke kita, saya je kot..hihi) adalah masa. Org bertaqwa (muttaqin) itu amat berhati-hati dengan masa agar tidak terbuang dengan sia-sia. Kdg2 tanpa sedar kita melakukan perkara yang sia-sia, atau yang tidak sepatutnya...jauhnya kita dr tingkat taqwa, kan..astaghfirullah..
Azam baru:: maksimumkan penggunaan masa!! A small effort towards TAQWA.. peace!!
tulisan ustaz Pahrol di [ http://genta-rasa.com/2011/01/03/pesan-taqwa/ ] juga amat bagus..mari tingkatkan ilmu ;)
terimakasih atas perkongsian yang baik. semoga Allah pelihara kita.
Post a Comment