Pages

Wednesday, March 16, 2011

Selamat Hari Lahir Mak Yang Ke-51


16 Mac 1960, lahirlah seorang insan istimewa, menemaniku dikala duka, memberi semangat dikala ku kelemahan, mengajarku 'spelling' dari markah ku 10/20 terus ke 20/20,  memberi 'layanan' first class kepada kami sekeluarga, yang menyayangi diriku, ayahku, kak tia, kak sa, pik, ming dan ajim, masakan mu sangat istimewa buat kami semua. Dialah emak ku, Siti Mariam Binti Ariffin. Banyak lagi jasamu tiada tandingan...

 Jauh telah langkahku jelajah
Dakapmu lama yang kurindu
Luas sudah kulihat dunia
Senyum mu ukiran terindah

Tiap perilaku dan budimu
Tiap airmata tumpah darah
Menjadi perlambangan sejati
Kasih tak bersyarat

Ibu redup matamu
Memayungi bahagiaku
Hanya di tapak kakimu
Terletaknya syurga buatku


semoga dirimu sentiasa kuat menghadapi mehnah dunia yang penuh cabaran dan dugaan. Semoga Allah memanjangkan umurmu didalam amal kebajikan, memurahkan rezekimu dan memelihara dirimu didunia dan akhirat.

Wahai Allah, peliharalah hidup kami sekeluarga...

anakmu yang mengasihimu

1 comments:

hakima said...

salam'alaik..
ibu..mak..ummi..insan yg sungguh bermakna, kan! the only one in da world! selamat hari lahir, semoga usianya diberkati.. (^^,) barakallahu lakum!

Post a Comment

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase