Xpdc TaMRiN '2010 anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berjaya diadakan pada 27-29Mei 2010. Lokasi ini dipilih adalah kerana terdapat masyarakatnya yang beragama Islam dan sentiasa ramah apabila bertemu tetamu. K mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibn Sina Malaysia, PAPISMA Kelantan mula berkumpul seawal jam 4.00pagi di Masjid Kota Darul Naim. Kami bertolak ke tempat program pada pukul 5.30pagi dengan menaiki Hilux Jabatan Hutan. PAPISMA turut diwakili Dr. Zakuan Zainy dari USM, Dr Nik Azrizie dari HRPZ II, Sdr Tengku Ahmad Damitri pegawai sains dari USM dan Tengku Ahmad Akram, pelajar USM.
Wahai umat manusia sesungguhnya Kami tela menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)(surah al hujuraat ayat 13)
Perjalanan ke perkampungan orang asli Kg. Dakoh sejauh 90km dari bandar Gua Musang memakan masa selama 3 jam. K diberi peluang menaiki Hilux extream. Satu pengalaman yang baru. Sebelum itu, kami berkumpul di Masjid Gua Musang untuk sarapan pagi. Sebelum itu, K sempat menjamah roti yang Opah bekalkan. Kami dihidangkan nasi 'tangga' (nasi berlauk) special di Gua Musang oleh pihak penganjur.

Menurut Abg X, majoriti masyarakat orang asli di kg. Dakoh adalah beragama Kristian. Terdapat dua buah gereja yang terletak disitu. mubaligh-mubaligh kristian acap kali memasuki perkampungan Dakoh (setiap minggu pada hari jumaat). mereka hadir membawa makanan dan juga sejumlah wang disamping menyampaikan ajaran kristian. Rombongan TaMRin '2010 bermalam di sebuah surau yang dibina di kg. Dakoh sumbangan daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
PAPISMA diberi kepecayaan oleh pihak penganjur bagi mengadakan khidmat kesihatan secara percuma kepada masyarakat orang asli di Kg. Dakoh ini. K sempat bersama membantu pegawai kesihatan memberi rawatan dan ubat-ubatan kepada maysarakat orang asli di Kg. Dakoh ini. hasil pemerhatian mendapati, kebanyakan masyarakat disini mengalami cirit-birit. ini mungkin disebabkan oleh keracunan makanan. disamping itu, K membantu pegawai perubatan memberi ubat 'cacing' kepada kanak-kanak orang asli di Kg. Dakoh tersebut. Kami juga sempat mengadakan home visit bagi memeriksa tahap kesihatan masyarakat asli di kampung tersebut.
Moga-moga saudara K di Kg. Dakoh sentiasa istiqamah dan diberikan kekuatan oleh Allah dalam mengerjakan ibadah kepada Nya. InsyaAllah...
0 comments:
Post a Comment