o Jaga akidah – berhati-hati dgn fahaman pluralisme, liberalisme, khurafat/bomoh serta pertikaian terhadap ketetapan hukum dan qada’/qadar Allah. Contoh: kaum perempuan yang berlebihan dalam menuntut kesamarataan sehingga mahukan kuasa talak, dan tidak mempersetujui hukum faraid
Cinta, atau ‘hubb’ dalam bahasa arab, adalah suatu perasaan yang letaknya jauh di dalam hati. Allah swt dan Nabi saw ada menyebut tentang rasa cinta:o Dijadikan pada manusia rasa suka kepada wanita & anak2
o Hadis nabi: tidak beriman jika tidak mencintai orang lain seperti diri sendiri
o Tidak mencintai seseorang/sesuatu lebih dari mencintai Rasulullah saw.
o Mencintai seseorang kerana agamanya
FENOMENA `PERIGI CARI TIMBA'
Sesi diskusi yang hangat diteruskan dengan sesi soal jawab bersama peserta.
Soalan 1 – Bagaimana menangani cinta pudar di hari tua?
-Wujudkan aktiviti-aktiviti bersama yang memupuk cinta sebagai tradisi dari awal perkahwinan. Kalau dah lama kahwin baru nak buat memanglah akan rasa janggal.

Soalan 2 – Ada perempuan yang gembira hidup membujang, adakah suatu kesalahan jika tidak berkahwin?
- Sabda nabi, bagi yang mampu berkahwin, berkahwinlah. Yang tidak mampu, berpuasalah
- Jadi yang lebih baik adalah tidak berputus asa mencari pasangan. Siti Khadijah berkahwin dan bercerai 2 kali dengan lelaki yang tidak baik sebelum dijodohkan dengan Rasulullah saw.
Soalan 3 - Nikah gantung- Nikah gantung adalah istilah melayu, di mana selalunya hanya dilakukan akad nikah, tetapi suami isteri tidak menjalani hidup seperti suami isteri sepenuhnya
- Dibuat kerana kenduri tidak dapat dibuat lagi atas sebab-sebab tertentu, atau untuk elakkan maksiat ketika berjauhan dari wali/penjaga (e.g. ibu bapa pergi umrah/haji)
Soalan 4 – Masalah suami yang tidak mencari nafkah menyebabkan isteri terpaksa bekerja dan menyebabkan isteri memukul suami
-Mencari nafkah adalah tanggungjawab suami dan merupakan suatu jihad.
-Dalam kes ini isteri boleh menuntut fasakh
Soalan 5 – Hubungan semasa tunang
- Semua yang diharamkan sebelum bertunang, tetap haram selepas bertunang
- Yang dibolehkan semasa bertunang hanyalah berkenalan.
- Sebaik-baiknya berkenalan melalui orang lain. Kalau berkenalan secara terus, perlu berusaha menjaga hati supaya tiada maksiat hati.
Akhir kata, sekalung terima kasih kepada para panelis dan para peserta yang hadir, serta ajk Nisa' se-Wilayah dan Masjid Asy-Syakirin, KLCC yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga halaqah ilmu seperti ini terus mendapat sambutan di masa akan datang. Nantikan siri Talkshow Nisa' Wp seterusnya ya! - nisa' titiwangsa.








3 comments:
Mesej jelas. Syukran. InsyaAllah...
Alhamdulillah...
Syukur ya Allah...
Post a Comment