Didalam surah al furqan ayat yang ke - 68, Allah swt turut melarang manusia membunuh jiwa yang tidak berdosa hatta orang kafir sekalipun yang memiliki ikatan perjanjian keamanan dengan kaum muslimin.
Membunuh tanpa hak beerti merampas hak Allah swt. Manusia diberi peluang oleh Allah swt untuk menjalani kehidupan diatas muka bumi ini bagi mencari bekalan di akhirat sana disamping tujuan utamanya mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa.
Di dalam ayat yang ke 70-71 surah al-furqan, Allah swt berjanji akan menukarkan kejahatan yang dilakukan dengan kebaikan asalkan hambanya bertaubat dengan sebenar-benarnya memohon keampuan dari segala dosa yang dilakukannya, beriman dan mengejarkan amalan soleh.
Juga disebut didalam surah Az-Zumar ayat 53 yang bermaksud: "Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah swt mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Allah swt menunjukkan ciri-ciri hambaNya yang mendapat kemuliaanya iaitu hamba yang menjauhi diri daripada memberi persaksian palsu dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Firman Allah swt didalam surah al-furqan ayat ke 72 yang bermaksud: Dan mereka yang tidak melakukan saksi palsu , dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah mereka lalui sahaja dengan menjaga kehormatan dirinya. Dewasa kini, sumpah laknat mudah dilafazkan dengan harapan memperoleh keuntungan dunia yang sementara dan penuh dengan penipuan.
Hamba Allah yang sentiasa berfikir akan kejadian alam yang dipenuhi pelbagai hikmah dan tidak mudah menerima sesuatu perkara atau berita tanpa usul periksa dijamin akan peliharaan Allah swt didunia dan juga akhirat kelak. Sebagaimana firman Allah swt di dalam surah al-Furqan ayat 73 yang bermaksud: Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.
Dan sifat hamba Allah swt yang terakhir yang dijamin kemuliaannya di dalam surah al-furqan ini adalah hamba yang berdoa memohon dikurniakan isteri dan anak-anak yang soleh iaitu sebagai peneman, penguat semangat dalam menempuh hidup di dunia ini yang penuh dengan ujian. Juga berusaha menjadi imam sebagai tauladan kepada orang-orang yang bertakwa. (semoga memperoleh isteri dan anak-anak yang soleh, penyejuk dimata penenang dihati).
0 comments:
Post a Comment