Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi
suci bersih mata K bila melihat ramai jemaah memenuhi ruangan solat di masjid an-naim; subuh yang pertama didalam bulan Ramadhan. bisik hatiku, diharapkan K dan seluruh jemaah yang menunaikkan solat subuh disini sentiasa diberi Allah istiqamah untuk bersama-sama mengimarahkan rumah-rumah Allah sepanjang Ramadhan dan selepas Ramadhan.
Alhamdulillah, syukur K kehadrat Allah swt, dapat dipertemukan lagi dengan bulan yang amat dinantikan oleh orang-orang yang mendambakan kasih sayang Mu, Allah. disini lah peluang untuk kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt dengan melaksanakan suruhan Nya serta dalam masa yang sama menjauhi segala laranganNya.
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” [ al-baqarah ayat 183].
Saidina Umar R.A pernah bertanya kepada sahabatnya Abdullah Bin Ka’ab tentang taqwa. Lalu Abdullah bin Ka’ab menjawab dengan memberikan persoalan kepada Saidina Umar dengan bertanyakan: “Pernahkah anda melalui satu jalan yang dipenuhi duri? Bagaimanakah anda melaluinya?” Maka dijawab oleh Saidina Umar “Ya, tentu sekali. Apabila aku melaui jalan yang dipenuhi duri, maka aku akan mengangkat sedikit pakaianku lalu aku berjalan dengan berhati-hati supaya tidak terpijak duri-duri itu”. “Maka, itulah taqwa.” Jawab Abdullah Bin Kaab.
Sifat berhati-hati serta teliti semasa menjalani ibadah puasa merupakan prasyarat yang diutamakan untuk kita memperoleh darjah ketaqwaan Allah. Bukan hanya setakat menahan lapar dan dahaga, malah kita juga dituntut untuk menahan segala perkara yang tidak membawa faedah serta perkara yang membawa kepada kemaksiatan.
Kita digalakkan memperhebatkan lagi amalan-amalan sunat seperti mengejarkan solat sunat, berzikir, membaca al-Quran; bersesuaian dengan hadith yang diriwayatkan Daripada Salman r.a. ia berkata:
Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat.
Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.
Allah mewajibkan keatas kita berpuasa pada bulan Ramadhan, mudah-mudahan, kita termasuk di dalam golongan orang yang bertaqwa. doa K, semoga bersama diberi kekuatan oleh Allah swt untuk terus istiqamah mengambil kesempatan terhadap ruang yang diberikan ini dengan menggandakan amalan-amalan yang melayakkan kita memperoleh redha dari Allah swt...
0 comments:
Post a Comment