Pemergian arwah sukar diterima kerana arwah merupakan insan yang pemurah, senang berurusan dan ceria. Arwah merupakan anak bongsu. Hati ku mula berbisik, arwah meninggalkan dunia pada bulan yang mulia, pada hari yang baik (khamis malam jumaat). apakah sewaktu malaikat izrail menjemputku, adakah aku akan mati dalam keadaan beriman aau sebaliknya? Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Suatu janji yang pasti buat semua makhluk yang bernyawa. Kita milik-Nya, apabila tiba saat dan detik yang dijanjikan kita pasti pulang kepada yang Maha Pencipta. Tarikh kematian setiap makhluk tidak dapat diketahui oleh sesiapa pun termasuk para malaikat kerana ianya termasuk salah satu daripada lima perkara yang menjadi rahsia dan hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja. 1. sedekah jariah
2. ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain
3. anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
Justeru itu, marilah bersama-sama mengambil kesempatan sisa-sisa masa yang masih ada untuk beramal dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Semoga Allah swt menerima amal buat kita dan menempatkan kita kedalam syurga yang telah dijanjikan untuk hamba-hambaNya yang soleh dan solehah.semoga dirimu sahabat sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah...





0 comments:
Post a Comment