Sering terjadi, para pendakwah
merasa berat untuk berbicara di tempat-tempat yang seharusnya dia berbicara.
Sebenarnya, sepatah kata yang benar sangat-sangat diperlukan di saat itu.
Mungkin kerana khuatir, kalau kata-katanya itu menyebabkan dia dibenci atau
dimarahi orang. Tindakan tersebut jelas merupakan salah satu buah dari sifat
takut dan pengecut, yang sepatutnya tiada dalam kamus kehidupan pendakwah.
Sebenarnya, hanya Allah sahaja
selayaknya kita takuti dan segani. Seharusnya kita sentiasa berusaha keras
untuk mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci manusia keseluruhannya. Renungkanlah bait-bait doa Rasulullah SAW tatkala diusir dari Thaif:
Pendakwah adalah penerima warisan
kenabian. Warisan kenabian yang peling utama ialah berhadapan dengan jahiliyyah
yang pebagai bentuknya dan berusaha mengubah jahiliyyah tersebut.
Jadi
seharusnya pendakwah perlu berhati-hati, jangan bertindak pengecut di tempat
yang seharusnya mereka menunjukkan keberanian dan member nasihat. Hendaklah kita merenung Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dari Abdullah ibn Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya kekurangan
(kerosakan) pertama yang meresap masuk ke dalam bani Israel ialah bahawa
seorang antara mereka bertemu temannya yang sedang melakukan dosa, lalu dia
berkata: ‘wahai teman, bertaqwalah kepada Allah, dan tinggalkanlah perbuatan
ini. Sesungguhnya perbuatan ini adalah dosa.’ Kemudian mereka bertemu lagi
keesokan harinya dalam suasana yang sama, lalu rang yang pertama tadi tidak
merasa janggal untuk makan, minum dan duduk bersama orang yang ditegurnya
semalam. Maka setelah begitu, Allah memukul hati-hati mereka sehingga berlaku
perengkaran dan kerosakan di kalangan mereka” Petikan dan rujukan buku: Strategi Hidup Secara Islam karangan Fathi Yakan





0 comments:
Post a Comment