Pages

Friday, September 23, 2011

Iktibar daripada Sebatang Pensel

Artikel didalam Solusi 35  ini menarik minat Kir untuk dikongsikan dengan teman-teman seperjuangan. 

Hidup yang dilalui diatas muka bumi Allah ini tidak terlepas daripada ujian Sesuai dengan firman Allah s.w.t didalam surah al-mulk ayat 2 yang bermaksud:  

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)


 Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis. 
"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentag siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu, iaitu pensel ini."

"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?""Ya, ibu."

Pertama
Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel,ada tangan yang memegangnya. Makan, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua
Ketika menulis pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia akan menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasa memperbaiki kesalahan dalam hidup.
Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat
Tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima
Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan.Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti sahaja meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Pengajaran berguna buat kita yang bergelar manusia mukmin.

1 comments:

Habib AlWafiy said...

Salam..a.syakir. best!!!! trma kasih share dlm blog...

Post a Comment

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase