Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
Tuesday, September 7, 2010
(K.K 14) Adab Menyambut Hari Raya
Sedar tak sedar, malam ini merupakan malam yang ke-28 di dalam bulan Ramadhan. Hujan turun renyai-renyai membasahi bumi Kelantan. Apakah malam lailatul qadar sudah berlalu atau masih belum kunjung tiba? JANGAN putus asa mencarinya kerana kita masih berbekalkan 3 hari lagi untuk melipatgandakan amalan masing-masing.
Bandar Kota Bharu kini dibanjiri dengan ribuan kenderaan. Mengikut jangkauan JPJ Kelantan, anggaran kenderaan yang akan memasuki negeri Kelantan mencecah hampir 600,000 buah. Anak perantau sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan aidilfitri bersama keluarga tersayang.
Di dalam kita sibuk membuat persiapan menyambut hari raya, disini ingin dikongsikan beberapa amalan-amalan sunat yang di galakan semasa menyambut hari lebaran. Antaranya:-
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidil-Fitri.
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya AidilFitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."
3) Memperbanyakkan takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidil-Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
5) Memakai pakaian terbaik yang ada
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Disini juga disenaraikan beberapa kesilapan yang sering dilakukan semasa merayakan hari lebaran.
1) Sentuhan - Berjabat tangan diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram ketika menziarahi sanak-saudara sering dilakukan.
2) Aurat - Aurat diantara saudara mara, ipar duai. Contohnya; kebanyakan kaum hawa melepaskan rambut ketika berada di rumah tanpa menghiraukan tetamu lelaki yang datang berkunjung ke rumah. tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita - Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita - Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur - Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
7) Dosa Bertempoh - Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain.
semoga dapat diambil pengajaran atas perkongsian yang diberi. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
petikan: http://www.zaharuddin.net/
0 comments:
Post a Comment