Pages

Sunday, February 12, 2012

Hijjaz - Dia Kekasih Allah


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah



Moga dapat bersamaMu disyurga nanti. Ya Rasulullah s.a.w, syafaat kami di akhirat sana...

Saturday, February 11, 2012

Keluarga Islam Idaman Ku



Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada AllahSubhanahu wa Taala, yang mana pemahaman asas anggotanya adalah hanya mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Taala, dan yang di atur oleh peraturan-Nya. Setiap anggota keluarga Islam ini menjalankan hak dan kewajiban masing-masing sesuai dengan peraturan Allah Subhanahu wa Taala. Ketaatan ini dimulakan dari sejak awal, iaitu dari sejak menentukan kriteria pasangan hidup, proses memilih, khitbah(meminang), pernikahan, serta proses menjalani kehidupan rumahtangga, iaitu sentiasa berada di jalan kebenaran, jalan Allah Subhanahu wa Taala

Motivasi awal yang benar merupakan asas untuk membangun kehidupan rumahtangga yang kukuh. Dalam hal ini, Islam menetapkan bahwa motivasi seseorang melangsungkan kehidupan suami-isteri adalah untuk melaksanakan salah satu dari bentuk ibadah kepada Allah Subhanahu wa Taala. Kehidupan pernikahan adalah kehidupan persahabatan antara seorang suami dan isterinya. Suami menjadi sahabat kepada isterinya dan isteri menjadi sahabat kepada suaminya secara sempurna dalam seluruh aspek kehidupan. Allah telah menjadikan pernikahan sebagai tempat ketenangan bagi pasangan suami isteri, sebagaimana firman-Nya:

Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [TQS Surah ar-Rum [30]: 21]. 

Bagaimana kita dapat membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah Subhanahu wa Taala, iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam? 
 
Pertama
, asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan.  Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.  

Kedua, adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.  

Ketiga, memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. 

Keempat,  menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu. 

Kelima, mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan Islam.

Keenam, menghiasi  rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan sunnah, seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunnah, dan sebagainya. 

Ketujuh, sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi.


http://www.mykhilafah.com/fokus-muslimah/1216

Tuesday, January 24, 2012

Andainya Kematian Kau Tangisi

Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Tuhan

Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar. 

- As-Syahid Syed Qutb

Sempatkah aku melihat Malaysia ditadbir menggunakan sistem perundangan Islam? Ya Allah, sampaikanlah aku pada saat kemenangan Agama Mu di Tanah Air ku sendiri... Amin.

Sunday, January 22, 2012

Resah Seorang Gadis


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. 

                         

Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" 

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. 

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. 
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." 

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. 

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. 

Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia. 

                                 

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." 

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. 

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. 

Friday, December 9, 2011

Lau Kana Bainana Habib


Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب 
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب 
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب 
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب 
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب 
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب 
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب 
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين

Englsih Subtitle / Translation

If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets 
Desiring to be near to Him (saw) 
In this company the soul feels great 
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist 
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw) 
I am willing to sacrifice my life for you 
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
 Oh mercy to all the worlds (saw)
sumber: http://www.lizarazak.com/

Thursday, December 8, 2011

Allah Lebih Baik Untuk Kamu Takuti


Sering terjadi, para pendakwah merasa berat untuk berbicara di tempat-tempat yang seharusnya dia berbicara. Sebenarnya, sepatah kata yang benar sangat-sangat diperlukan di saat itu. Mungkin kerana khuatir, kalau kata-katanya itu menyebabkan dia dibenci atau dimarahi orang. Tindakan tersebut jelas merupakan salah satu buah dari sifat takut dan pengecut, yang sepatutnya tiada dalam kamus kehidupan pendakwah.
 
Sebenarnya, hanya Allah sahaja selayaknya kita takuti dan segani. Seharusnya kita sentiasa berusaha keras untuk mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci manusia keseluruhannya. 

Renungkanlah bait-bait doa Rasulullah SAW tatkala diusir dari Thaif:            

    “…Ya Allah, jika dalam hal ini (risalah dakwah Islam) tidak ada kemarahan-Mu kepadaku, maka aku tidak peduli.”

Pendakwah adalah penerima warisan kenabian. Warisan kenabian yang peling utama ialah berhadapan dengan jahiliyyah yang pebagai bentuknya dan berusaha mengubah jahiliyyah tersebut. 

Jadi seharusnya pendakwah perlu berhati-hati, jangan bertindak pengecut di tempat yang seharusnya mereka menunjukkan keberanian dan member nasihat. 

Hendaklah kita merenung Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dari Abdullah ibn Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

“Sesungguhnya kekurangan (kerosakan) pertama yang meresap masuk ke dalam bani Israel ialah bahawa seorang antara mereka bertemu temannya yang sedang melakukan dosa, lalu dia berkata: ‘wahai teman, bertaqwalah kepada Allah, dan tinggalkanlah perbuatan ini. Sesungguhnya perbuatan ini adalah dosa.’ Kemudian mereka bertemu lagi keesokan harinya dalam suasana yang sama, lalu rang yang pertama tadi tidak merasa janggal untuk makan, minum dan duduk bersama orang yang ditegurnya semalam. Maka setelah begitu, Allah memukul hati-hati mereka sehingga berlaku perengkaran dan kerosakan di kalangan mereka” 


Kemudian, Rasulullah SAW membacakan ayat Al-Quran dari Surah Al-Maaidah ayat 78-79:

“Telah dilaknat orang-orang kafir dari kalangan Bani Israel dengan ucapan Nabi Daud dan Nabi Isa putera Maryam. Yang demikian itu kerana mereka derhaka dan melampaui batas. Mereka saling tidak melarang perbuatan mungkar di antara mereka. Sungguh amat buruk sekali apa yang mereka kerjakan”
                                                           
Petikan dan rujukan buku: Strategi Hidup Secara Islam karangan Fathi Yakan

Wednesday, October 19, 2011

Devotees - Setiap Kali


Setiap kali mendapat nikmat
Jarang kusedari itu pemberian-Mu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja
 
Setiap kali ditimpa musibah
Ku mengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada-Mu Allah
Tempat kembali segala masalah

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang 
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran 
Ditambah dengan hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan 
Singkapkanku hikmah segala ketentuan 
Moga sinar-Mu berikanku pedoman 
Hanya pada-Mu segala ketetapan

Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta keredhaan-Mu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku

Wahai Allah, kami hambaMu yang lemah sentiasa mendambakan petunjuk bimbingan Mu, sentiasa sedar akan segala nikmat yang diperoleh adalah semuanya pemberian dari Mu. Jadikanlah kami hamba Mu yang bersyukur. 

Maafakan kesalahan kami yang dilakukan dengan kami sedar atau tidak. Sesungguhnya Engkau lah Tuhan, tempat bergantung harap. Amin.

Thursday, October 6, 2011

Renew Insurans dan Roadtax Kenderaan Anda Bersama Saya (TAAM)

assalamualaikum wrbt.

Semoga sahabat semua sentiasa sihat dan dirahmati Allah.

Ada x dikalangan sahabat yang masih belum menyertai Takaful Amal Medic? Sebelum ini renew insurans dengan syarikat mana??? Bertukarlah kepada Takaful Amal Medic.


Sedikit pemakluman kembali mengenai Takaful Amal Medic, Takaful Amal Medic merupakan agensi dibawah Takaful Ikhlas ditubuhkan bagi membantu menjana kewangan didalam PAPISMA / Koperasi Amal Medik. Diantara keistimewaan yang ditawarkan oleh Takaful Amal Medic adalah:

Takaful Insurans Kenderaan
(Pelan Berlandaskan Syariah')

i. Bantuan Ikhlas 24 Jam di talian 1800 88 1186
- Untuk Ikhlas Comprehensive Motor, sekiranya berlaku kemalangan, perkhidmatan ini akan menunda kenderaan anda ke bengkel penal yang terdekat (sehingga rm200)

ii. e-Nota Lindungan @ e-Cover Note segera
- Perkhidmatan secara online tanpa bersusah payah ke Pejabat Pos, JPJ atau ke Pejabat Takaful.

iii. Renew Roadtax
- Sistem pembaharuan cukai jalan dengan kemudahan MYEG secara ekspress ke alamat kediaman anda.

iv. Kemudahan memeriksa harga Pasaran, saman, NCD dan bengkel panel.

v. Prinsip berlandaskan hukum syara'

vi. Cabutan bertuah untuk pelanggan bertuah 2011

sahabat semua tidak perlu bersusah payah beratur menunggu giliran di mana2 tempat untuk renew insurans. juga tidak perlu terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. jadi, bersama2 renew takaful insurans kenderaan anda melalui Takaful Amal Medic, Saluran Takaful Anda.

justeru itu, hubungi saya, syakir: 019-9009321 untuk renew insurans n roadtax kereta anda.

cuma berikan maklumat kenderaan anda:

1.nama:
2. no. K/P:
3. no. Tel:
4. alamat rumah:
5. no. plat kenderaan
6. no. enjin
7. no. chasis
8. model
9. cc
10. tahun dibuat
11. harga pasaran
atau send softcopy geran,

juga boleh isi online di : 

 
kami akan hantar quotation kepada anda. insyaAllah siap segera.

jimat MASA, TENAGA, MINYAK melalui Takaful Amal Medic.

sebarang pertanyaan, boleh maklum pada ana t.kasih.

ahmad syakir mohamad pic takaful amal medic (kenderaan).

hidup beerti dengan memberi,

ahmad syakir mohamad
suk papisma kelantan
019-9009321
http://www.papisma-kelantan.blogspot.com/
http://kaersalahuddin.blogspot.com/

__._,_._

Friday, September 23, 2011

Iktibar daripada Sebatang Pensel

Artikel didalam Solusi 35  ini menarik minat Kir untuk dikongsikan dengan teman-teman seperjuangan. 

Hidup yang dilalui diatas muka bumi Allah ini tidak terlepas daripada ujian Sesuai dengan firman Allah s.w.t didalam surah al-mulk ayat 2 yang bermaksud:  

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)


 Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis. 
"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentag siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu, iaitu pensel ini."

"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?""Ya, ibu."

Pertama
Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel,ada tangan yang memegangnya. Makan, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua
Ketika menulis pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia akan menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasa memperbaiki kesalahan dalam hidup.
Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat
Tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima
Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan.Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti sahaja meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Pengajaran berguna buat kita yang bergelar manusia mukmin.

Wednesday, September 21, 2011

Saujana - Nota Cinta


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu, Kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan, menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Thursday, August 4, 2011

Bentuk Peribadi Islam Melalui Tadarus Al-Quran

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya:

Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda." (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah - mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka - melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya." (Hadis riwayat Abi Daud).

Menurut Mohd Shamsul Haqqil 'Azim, penulis kitab Aunul Ma'bud, maksud tadarus dalam hadis di atas ialah berkongsi membaca al-Quran di antara satu sama lain.

Jelasnya, tadarus al-Quran adalah merupakan syiar yang diamalkan semenjak zaman awal Islam. Hasil daripada syiar inilah terbentuknya keperibadian Islam yang sebenarnya. Antara ciri-ciri keperibadian Islam adalah mempunyai akidah yang benar, ibadat yang betul, akhlak yang mulia, teratur dalam setiap urusannya, disiplin menggunakan waktu dan bermanfaat kepada orang lain.

Justeru, seseorang yang mempunyai keperibadian Islam tidak akan meninggalkan syiar tadarus ini. Ia adalah merupakan amalan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bahkan diberikan kelebihan yang banyak oleh Allah SWT. Ketenangan dan limpahan rahmat daripada Allah hasil daripada tadarus ini menjadikan seseorang itu mempunyai keperibadian yang istimewa dan tersendiri berbanding dengan mereka yang tidak bertadarus.

Dengan bertadarus, seseorang akan lebih rapat dengan al-Quran. Ia menjadi temannya yang akrab, menunjukkan jalan yang lurus dan menegurnya jika melakukan kesalahan. Generasi para sabahat r.a. lahir daripada keakraban ini. Bermula dengan keruntuhan akhlak dan moral sehingga digelar hidup dalam masyarakat jahiliyyah akhirnya menjadi peribadi insan yang mulia yang digelar sebagai generasi al-Quran yang unik.

Pun begitu, bertadarus tanpa beramal dengan isi kandungan al-Quran merupakan satu penyakit yang wujud di kalangan umat Islam yang merosakkan keperibadian muslim. Mereka tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Firman Allah yang maksudnya: Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai". (Al-Furqan: 30).


Sebagai contoh kesan daripada bertadarus al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t  di dalam surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud: “Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,menyucikan ( jiwa ) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah ( sunnah ),meskipun sebelumnya,mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”

Ayat ini menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. dalam keadaan ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis akhirnya apabila alQuran diturunkan nabi membaca dan mengajar kepada sahabat-sahabatnya maka kesan daripada tindakan itu lahir satu generasi seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan, Ali bin Abi Talib dan AbdurRahman bin Auf. Walaupun mereka itu pada zaman jahiliyah tergolong dalam golongan yang sesat.

Oleh kerana itulah tadarus al-Quran merupakan satu amalan yang dituntut untuk diamalkan oleh seluruh umat Islam khususnya para pendokong pejuang Islam supaya memahami tuntutan Islam itu melalui al-Quran itu sendiri.

Ustaz Harun Taib

Tuesday, July 26, 2011

Riak, Orang Pertama di Campak ke Dalam Neraka Allah

Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin 'Umar bin Khahtab r.a., ia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya.  "

Tersentuh apabila membaca satu riwayat hadis mengenai amalan-amalan yang dikerjakan diatas muka bumi Allah s.w.t ini disangkakan menggunung tinggi pahalanya tetapi alangkah ruginya, tidak mendapat apa-apa balasan pahala pun daripada Allah s.w.t.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia yang pertama diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan dihadapan Allah, lalu diingatkan akan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya dan orang tersebut mengakui akan nikmat tersebut. 

Allah bertanya: " Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini? ". Orang itu menjawab: " Aku berjuang dijalanMu sehingga terbunuh syahid."  

Allah berfirman: " Engkau berdusta! Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani. dan sememangnya orang ramai telah menyebutnya." Orang itu lalu diseret diatas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang itu dihadirkan dihadapan Allah, lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah bertanya: " Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini? ".Orang itu menjawab: " Aku mempelajari ilmu, lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."  

Allah berfirman: " Engkau berdusta! Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz). Dan sememangnya orang ramai telah menyebutnya. Orang itu lalu diseret diatas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka. 

Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah.  Orang itu dihadirkan dihadapan Allah, lalu disebutkan kepadanya nikamt-nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.
 
Allah bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini? " Dia menjawab: "Aku membelanjakannya ditempat-tempat yang engkau kehendaki." 

Allah berfirman: "Engkau dusta! Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan. Dan sememangnya orang ramai telah menyebutnya. Orang itu lalu diseret diatas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Hadis diatas menyebut mengenai orang yang pertama dicampakkan kedalam neraka Allah adalah mereka yang suka menipu agama Allah. 

Mereka beribadah adalah semata-mata untuk menujuk-nujuk kepada manusia, si fulan seorang yang rajin beribadah dan bukan diniatkan kerana Allah. Semoga Allah memberikan keikhlasan didalam hati-hati kita dan dijauhkan daripada sifat riyak yang terkeji ini.

Friday, July 15, 2011

Kasih Allah & Kasih Sesama Manusia

Permulaan di pagi jumaat ini diharapakan lebih mendatangkan kebaikan daripada jumaat-jumaat yang sebelumnya. Amalan-amalan sunat yang dituntut dimulai dengan solat subuh berjemaah, sujud sajadah, solat dhuha, ibadah bersedekah, pergi awal ke masjid untuk bersolat jumaat..... dan diakhiri solat dengan solat witir insyaAllah akan di usahakan.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat:

Allah : Wahai manusia, Aku sakit tetapi kamu tidak menjenguk - Ku.

Manusia : Bagaimana aku dapat menjenguk -Mu sedangkan Engkau Tuhan Semesta Alam?

Allah : Tahukah kamu bahawa hamba - Ku, fulan bin fulan sakit tetapi kamu tidak menjenguknya. Padahal seandainya kamu menjenguknya, nescaya kamu mendapati -Ku di sisinya. 

Wahai manusia, Aku minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberi makan kepada ku.

Manusia : Bagaimana aku dapat memberi makan kepada -Mu sedangkan Engkau Tuhan Semesta Alam?

Allah : Tidakkah kamu tahu bahawa hamba - Ku, fulan bin fulan meminta makan kepadamu, tetapi kamu tidak memberi makan kepadanya. Tahukah kamu, sekiranya kamu memberi makan kepadanya, nescaya kamu mendapat pahala di sisi - Ku.

Wahai manusia, Aku meminta minum daripadamu tetapi kamu tidak memberi minum kepadaku.

Manusia : Bagaimana aku boleh memberi minum -Mu sedangkan Engkau Tuhan Semesta Alam?

Allah : Tahukah kamu bahawa hamba - Ku, fulan bin fulan meminta minum daripadamu tetapi kamu tidak memberinya minum. Padahal seandainya kamu memberi minum kepadanya, nescaya kamu mendapati pahala di sisi -Ku." (Riwayat Muslim)

Sudahkah kita meng infaq' nikmat yang Allah berikan kepada kita pada hari ini?

Monday, June 27, 2011

Unggun Bersih


Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

http://samadsaid.wordpress.com./
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Sunday, June 26, 2011

Mirwana- Kembali PadaMu

Terpanggilku ke sini suatu tika
Kutiba di kota bersama cita-cita
Lantas hati terpaut pada maya pesona
Percaya segalanya indah sempurna

Masa berlalu menduga kesetiaan
Kealpaan diri menuju kehancuran

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Inginku kembali padaMu oh Kekasih
Tak ingin kutempuh hidup sebegini
Resah keliru mengaburi mata hatiku
Tiada ketenangan ku rasakan di jiwa ini

Tanpa cahayaMu aku terus terjatuh
Kurayu redhaMu
Sambutlah tanganku

Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Kekasih kupohon kemaafanMu
Kekasih kudamba keampunanMu

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase