Tuesday, January 24, 2012
Andainya Kematian Kau Tangisi
Andainya
kematian kau tangisi
Pusara
kau siram dengan air matamu
Maka
di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Kematianku
hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi
panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Puaka
kegelapan pastikan lebur
Fajarkan
menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Sempatkah aku melihat Malaysia ditadbir menggunakan sistem
perundangan Islam? Ya Allah, sampaikanlah aku pada saat kemenangan Agama Mu di
Tanah Air ku sendiri... Amin.
Sunday, January 22, 2012
Resah Seorang Gadis
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke
dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung
kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah
menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang
ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah,
sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan
mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis
tadi.
"Jika tidak jadi
keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula
tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam
neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia
amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar
kerana kekeringan sekelip mata."
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya
dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai
tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk
bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus
mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni
syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang
amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai
ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin
membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut
perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua
penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada
isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika
didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima
oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu
dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka
telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan
mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa
engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil
airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan
tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon
petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka
disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut
sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan
segala dosanya terampun.
Friday, December 9, 2011
Lau Kana Bainana Habib
Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريبDari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين
If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)
In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)
sumber: http://www.lizarazak.com/
Thursday, December 8, 2011
Allah Lebih Baik Untuk Kamu Takuti
Sering terjadi, para pendakwah
merasa berat untuk berbicara di tempat-tempat yang seharusnya dia berbicara.
Sebenarnya, sepatah kata yang benar sangat-sangat diperlukan di saat itu.
Mungkin kerana khuatir, kalau kata-katanya itu menyebabkan dia dibenci atau
dimarahi orang. Tindakan tersebut jelas merupakan salah satu buah dari sifat
takut dan pengecut, yang sepatutnya tiada dalam kamus kehidupan pendakwah.
Sebenarnya, hanya Allah sahaja
selayaknya kita takuti dan segani. Seharusnya kita sentiasa berusaha keras
untuk mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci manusia keseluruhannya. Renungkanlah bait-bait doa Rasulullah SAW tatkala diusir dari Thaif:
“…Ya Allah, jika dalam hal ini (risalah dakwah Islam)
tidak ada kemarahan-Mu kepadaku, maka aku tidak peduli.”
Pendakwah adalah penerima warisan
kenabian. Warisan kenabian yang peling utama ialah berhadapan dengan jahiliyyah
yang pebagai bentuknya dan berusaha mengubah jahiliyyah tersebut.
Jadi
seharusnya pendakwah perlu berhati-hati, jangan bertindak pengecut di tempat
yang seharusnya mereka menunjukkan keberanian dan member nasihat. Hendaklah kita merenung Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dari Abdullah ibn Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya kekurangan
(kerosakan) pertama yang meresap masuk ke dalam bani Israel ialah bahawa
seorang antara mereka bertemu temannya yang sedang melakukan dosa, lalu dia
berkata: ‘wahai teman, bertaqwalah kepada Allah, dan tinggalkanlah perbuatan
ini. Sesungguhnya perbuatan ini adalah dosa.’ Kemudian mereka bertemu lagi
keesokan harinya dalam suasana yang sama, lalu rang yang pertama tadi tidak
merasa janggal untuk makan, minum dan duduk bersama orang yang ditegurnya
semalam. Maka setelah begitu, Allah memukul hati-hati mereka sehingga berlaku
perengkaran dan kerosakan di kalangan mereka”
“Telah dilaknat
orang-orang kafir dari kalangan Bani Israel dengan ucapan Nabi Daud dan Nabi
Isa putera Maryam. Yang demikian itu kerana mereka derhaka dan melampaui batas.
Mereka saling tidak melarang perbuatan mungkar di antara mereka. Sungguh amat
buruk sekali apa yang mereka kerjakan”
Petikan dan rujukan buku: Strategi Hidup Secara Islam karangan Fathi Yakan
Wednesday, October 19, 2011
Devotees - Setiap Kali
Setiap kali mendapat nikmat
Jarang kusedari itu pemberian-Mu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah
Ku mengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada-Mu Allah
Tempat kembali segala masalah
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta keredhaan-Mu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku
Wahai Allah, kami hambaMu yang lemah sentiasa mendambakan petunjuk bimbingan Mu, sentiasa sedar akan segala nikmat yang diperoleh adalah semuanya pemberian dari Mu. Jadikanlah kami hamba Mu yang bersyukur.
Maafakan kesalahan kami yang dilakukan dengan kami sedar atau tidak. Sesungguhnya Engkau lah Tuhan, tempat bergantung harap. Amin.
Maafakan kesalahan kami yang dilakukan dengan kami sedar atau tidak. Sesungguhnya Engkau lah Tuhan, tempat bergantung harap. Amin.
Thursday, October 6, 2011
Renew Insurans dan Roadtax Kenderaan Anda Bersama Saya (TAAM)
assalamualaikum wrbt.
Semoga sahabat semua sentiasa sihat dan dirahmati Allah.
Ada x dikalangan sahabat yang masih belum menyertai Takaful
Amal Medic? Sebelum ini renew insurans dengan syarikat mana??? Bertukarlah
kepada Takaful Amal Medic.
Sedikit pemakluman kembali mengenai Takaful Amal Medic, Takaful Amal Medic merupakan agensi dibawah Takaful Ikhlas ditubuhkan bagi membantu menjana kewangan didalam PAPISMA / Koperasi Amal Medik. Diantara keistimewaan yang ditawarkan oleh Takaful Amal Medic adalah:
Takaful Insurans Kenderaan
(Pelan Berlandaskan Syariah')
i. Bantuan Ikhlas 24 Jam di talian 1800 88 1186
- Untuk Ikhlas Comprehensive Motor, sekiranya berlaku
kemalangan, perkhidmatan ini akan menunda kenderaan anda ke bengkel penal yang
terdekat (sehingga rm200)
ii. e-Nota Lindungan @ e-Cover Note segera
- Perkhidmatan secara online tanpa bersusah payah ke
Pejabat Pos, JPJ atau ke Pejabat Takaful.
iii. Renew Roadtax
- Sistem pembaharuan cukai jalan dengan kemudahan MYEG
secara ekspress ke alamat kediaman anda.
iv. Kemudahan memeriksa harga Pasaran, saman, NCD dan
bengkel panel.
v. Prinsip berlandaskan hukum syara'
vi. Cabutan bertuah untuk pelanggan bertuah 2011
sahabat semua tidak perlu bersusah payah beratur menunggu
giliran di mana2 tempat untuk renew insurans. juga tidak perlu terperangkap
dengan kesesakan lalu lintas. jadi, bersama2 renew takaful
insurans kenderaan anda melalui Takaful
Amal Medic, Saluran Takaful Anda.
justeru itu, hubungi saya, syakir: 019-9009321 untuk renew
insurans n roadtax kereta anda.
cuma berikan maklumat kenderaan anda:
1.nama:
2. no. K/P:
3. no. Tel:
4. alamat rumah:
5. no. plat kenderaan
6. no. enjin
7. no. chasis
8. model
9. cc
10. tahun dibuat
11. harga pasaran
atau send softcopy geran,
juga boleh isi online di :
kami akan hantar quotation kepada anda. insyaAllah siap
segera.
jimat MASA,
TENAGA, MINYAK melalui Takaful Amal Medic.
sebarang pertanyaan, boleh maklum pada ana t.kasih.
ahmad syakir mohamad pic takaful amal medic (kenderaan).
ahmad syakir mohamad pic takaful amal medic (kenderaan).
hidup beerti dengan memberi,
ahmad syakir mohamad
suk papisma kelantan
019-9009321
http://www.papisma-kelantan.blogspot.com/
http://kaersalahuddin.blogspot.com/
__._,_._
Friday, September 23, 2011
Iktibar daripada Sebatang Pensel
Artikel didalam Solusi 35 ini menarik minat Kir untuk dikongsikan dengan teman-teman seperjuangan.
Hidup yang dilalui diatas muka bumi Allah ini tidak terlepas daripada ujian Sesuai dengan firman Allah s.w.t didalam surah al-mulk ayat 2 yang bermaksud:
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup
(kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara
kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu),
lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentag siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu, iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang
pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?""Ya, ibu."
Pertama
Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam
hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel,ada tangan yang memegangnya.
Makan, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu
Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.
Kedua
Ketika menulis pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk
mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya
ia akan menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku
dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi
sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh
memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan
kepada anak ibu ini, sentiasa memperbaiki kesalahan dalam hidup.
Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.
Keempat
Tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini?
Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu,
berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan
hindarilah.
Kelima
Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan.Begitu juga kamu, apa
sahaja yang kamu buat pasti sahaja meninggalkan kesannya pada diri atau
pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak
dalam bertindak.
Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang
positif. Pengajaran berguna buat kita yang bergelar manusia mukmin.
Wednesday, September 21, 2011
Saujana - Nota Cinta
Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri
Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu, Kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan, menuju ke Syurga
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya
Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta
Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri
Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu, Kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan, menuju ke Syurga
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya
Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta
Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah
Thursday, August 4, 2011
Bentuk Peribadi Islam Melalui Tadarus Al-Quran
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya:
Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda." (Hadis riwayat Bukhari).Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah - mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka - melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya." (Hadis riwayat Abi Daud).
Menurut Mohd Shamsul Haqqil 'Azim, penulis kitab Aunul Ma'bud, maksud tadarus dalam hadis di atas ialah berkongsi membaca al-Quran di antara satu sama lain.Jelasnya, tadarus al-Quran adalah merupakan syiar yang diamalkan semenjak zaman awal Islam. Hasil daripada syiar inilah terbentuknya keperibadian Islam yang sebenarnya. Antara ciri-ciri keperibadian Islam adalah mempunyai akidah yang benar, ibadat yang betul, akhlak yang mulia, teratur dalam setiap urusannya, disiplin menggunakan waktu dan bermanfaat kepada orang lain.
Justeru, seseorang yang mempunyai keperibadian Islam tidak akan meninggalkan syiar tadarus ini. Ia adalah merupakan amalan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bahkan diberikan kelebihan yang banyak oleh Allah SWT. Ketenangan dan limpahan rahmat daripada Allah hasil daripada tadarus ini menjadikan seseorang itu mempunyai keperibadian yang istimewa dan tersendiri berbanding dengan mereka yang tidak bertadarus.
Dengan bertadarus, seseorang akan lebih rapat dengan al-Quran. Ia menjadi temannya yang akrab, menunjukkan jalan yang lurus dan menegurnya jika melakukan kesalahan. Generasi para sabahat r.a. lahir daripada keakraban ini. Bermula dengan keruntuhan akhlak dan moral sehingga digelar hidup dalam masyarakat jahiliyyah akhirnya menjadi peribadi insan yang mulia yang digelar sebagai generasi al-Quran yang unik.Pun begitu, bertadarus tanpa beramal dengan isi kandungan al-Quran merupakan satu penyakit yang wujud di kalangan umat Islam yang merosakkan keperibadian muslim. Mereka tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
Firman Allah yang maksudnya: Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai". (Al-Furqan: 30).Sebagai contoh kesan daripada bertadarus al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud: “Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,menyucikan ( jiwa ) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah ( sunnah ),meskipun sebelumnya,mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
Ayat ini menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. dalam keadaan ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis akhirnya apabila alQuran diturunkan nabi membaca dan mengajar kepada sahabat-sahabatnya maka kesan daripada tindakan itu lahir satu generasi seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan, Ali bin Abi Talib dan AbdurRahman bin Auf. Walaupun mereka itu pada zaman jahiliyah tergolong dalam golongan yang sesat.
Oleh kerana itulah tadarus al-Quran merupakan satu amalan yang dituntut untuk diamalkan oleh seluruh umat Islam khususnya para pendokong pejuang Islam supaya memahami tuntutan Islam itu melalui al-Quran itu sendiri.Ustaz Harun Taib
Tuesday, July 26, 2011
Riak, Orang Pertama di Campak ke Dalam Neraka Allah
Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin 'Umar bin Khahtab r.a., ia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya. "
Tersentuh apabila membaca satu riwayat hadis mengenai amalan-amalan yang dikerjakan diatas muka bumi Allah s.w.t ini disangkakan menggunung tinggi pahalanya tetapi alangkah ruginya, tidak mendapat apa-apa balasan pahala pun daripada Allah s.w.t.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia yang pertama diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan dihadapan Allah, lalu diingatkan akan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya dan orang tersebut mengakui akan nikmat tersebut.
Allah bertanya: " Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini? ". Orang itu menjawab: " Aku berjuang dijalanMu sehingga terbunuh syahid."
Allah berfirman: " Engkau berdusta! Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani. dan sememangnya orang ramai telah menyebutnya." Orang itu lalu diseret diatas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.
Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang itu dihadirkan dihadapan Allah, lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.
Allah bertanya: " Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini? ".Orang itu menjawab: " Aku mempelajari ilmu, lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."
Allah berfirman: " Engkau berdusta! Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz). Dan sememangnya orang ramai telah menyebutnya. Orang itu lalu diseret diatas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.
Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang itu dihadirkan dihadapan Allah, lalu disebutkan kepadanya nikamt-nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.
Allah bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini? " Dia menjawab: "Aku membelanjakannya ditempat-tempat yang engkau kehendaki."
Allah berfirman: "Engkau dusta! Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan. Dan sememangnya orang ramai telah menyebutnya. Orang itu lalu diseret diatas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.
Hadis diatas menyebut mengenai orang yang pertama dicampakkan kedalam neraka Allah adalah mereka yang suka menipu agama Allah.
Mereka beribadah adalah semata-mata untuk menujuk-nujuk kepada manusia, si fulan seorang yang rajin beribadah dan bukan diniatkan kerana Allah. Semoga Allah memberikan keikhlasan didalam hati-hati kita dan dijauhkan daripada sifat riyak yang terkeji ini.
Allah bertanya: " Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini? ". Orang itu menjawab: " Aku berjuang dijalanMu sehingga terbunuh syahid."
Allah berfirman: " Engkau berdusta! Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani. dan sememangnya orang ramai telah menyebutnya." Orang itu lalu diseret diatas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.
Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang itu dihadirkan dihadapan Allah, lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.
Allah bertanya: " Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini? ".Orang itu menjawab: " Aku mempelajari ilmu, lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."
Allah berfirman: " Engkau berdusta! Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz). Dan sememangnya orang ramai telah menyebutnya. Orang itu lalu diseret diatas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.
Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang itu dihadirkan dihadapan Allah, lalu disebutkan kepadanya nikamt-nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.
Allah bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini? " Dia menjawab: "Aku membelanjakannya ditempat-tempat yang engkau kehendaki." Allah berfirman: "Engkau dusta! Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan. Dan sememangnya orang ramai telah menyebutnya. Orang itu lalu diseret diatas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.
Hadis diatas menyebut mengenai orang yang pertama dicampakkan kedalam neraka Allah adalah mereka yang suka menipu agama Allah.
Mereka beribadah adalah semata-mata untuk menujuk-nujuk kepada manusia, si fulan seorang yang rajin beribadah dan bukan diniatkan kerana Allah. Semoga Allah memberikan keikhlasan didalam hati-hati kita dan dijauhkan daripada sifat riyak yang terkeji ini. Friday, July 15, 2011
Kasih Allah & Kasih Sesama Manusia
Permulaan di pagi jumaat ini diharapakan lebih mendatangkan kebaikan daripada jumaat-jumaat yang sebelumnya. Amalan-amalan sunat yang dituntut dimulai dengan solat subuh berjemaah, sujud sajadah, solat dhuha, ibadah bersedekah, pergi awal ke masjid untuk bersolat jumaat..... dan diakhiri solat dengan solat witir insyaAllah akan di usahakan.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat:Allah : Wahai manusia, Aku sakit tetapi kamu tidak menjenguk - Ku.
Manusia : Bagaimana aku dapat menjenguk -Mu sedangkan Engkau Tuhan Semesta Alam?
Allah : Tahukah kamu bahawa hamba - Ku, fulan bin fulan sakit tetapi kamu tidak menjenguknya. Padahal seandainya kamu menjenguknya, nescaya kamu mendapati -Ku di sisinya.
Wahai manusia, Aku minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberi makan kepada ku.
Allah : Tidakkah kamu tahu bahawa hamba - Ku, fulan bin fulan meminta makan kepadamu, tetapi kamu tidak memberi makan kepadanya. Tahukah kamu, sekiranya kamu memberi makan kepadanya, nescaya kamu mendapat pahala di sisi - Ku.
Wahai manusia, Aku meminta minum daripadamu tetapi kamu tidak memberi minum kepadaku.
Manusia : Bagaimana aku boleh memberi minum -Mu sedangkan Engkau Tuhan Semesta Alam?
Allah : Tahukah kamu bahawa hamba - Ku, fulan bin fulan meminta minum daripadamu tetapi kamu tidak memberinya minum. Padahal seandainya kamu memberi minum kepadanya, nescaya kamu mendapati pahala di sisi -Ku." (Riwayat Muslim)
Sudahkah kita meng infaq' nikmat yang Allah berikan kepada kita pada hari ini?
Monday, June 27, 2011
Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
kini merebaklah nyala unggun itu.
http://samadsaid.wordpress.com./
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
Sunday, June 26, 2011
Mirwana- Kembali PadaMu
Terpanggilku ke sini suatu tika
Kutiba di kota bersama cita-cita
Lantas hati terpaut pada maya pesona
Percaya segalanya indah sempurna
Masa berlalu menduga kesetiaan
Kealpaan diri menuju kehancuran
Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia
Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah
Inginku kembali padaMu oh Kekasih
Tak ingin kutempuh hidup sebegini
Resah keliru mengaburi mata hatiku
Tiada ketenangan ku rasakan di jiwa ini
Tanpa cahayaMu aku terus terjatuh
Kurayu redhaMu
Sambutlah tanganku
Kutiba di kota bersama cita-cita
Lantas hati terpaut pada maya pesona
Percaya segalanya indah sempurna
Masa berlalu menduga kesetiaan
Kealpaan diri menuju kehancuran
Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia
Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah
Inginku kembali padaMu oh Kekasih
Tak ingin kutempuh hidup sebegini
Resah keliru mengaburi mata hatiku
Tiada ketenangan ku rasakan di jiwa ini
Tanpa cahayaMu aku terus terjatuh
Kurayu redhaMu
Sambutlah tanganku
Daku yang lena lemah terdaya
Sering terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia
Daku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa CintaMu daku gelisah
Terus menjauh tiada arah
Kekasih kupohon kemaafanMu
Kekasih kudamba keampunanMu
Monday, June 20, 2011
Adab Tidur Di Dalam Islam
Sedar atau tidak, kita saban hari menghadapi kematian kecil. Jasad terbujur semasa kita tidur. Adakah ada sesiapa yang berani menjamin kita akan dibangkitkan kembali pada keesokan hari? Justeru, bersamalah bersiap sebelum 'kematian besar' menjemput kita dengan meningkatkan amalan soleh disamping berusaha menjauhi segala bentuk laranganNya.
Adab semasa tidur seringkali dipandang remeh oleh kebanyakan daripada kita. Amalan ini mujarab untuk yang punyai masalah tidur dan juga penawar daripada menjauhkan diri daripada gangguan syaitan. Kajian juga menyatakan tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu seseorang menjadi seorang yang berakhlak mulia.
Beberapa adab tidur yang ingin dikongsi untuk diamalkan;-
a) Tidak tidur terlalu lewat setelah solat Isya’ tanpa sebab yang munasabah: “Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘allaihi wasallam membenci tidur malam sebelum (solat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” [Hadith Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235)]
b) Berwudhu:“Apabila engkau pergi ke tempat tidur (untuk tidur) maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan solat.” (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)
c) Tidur mengiring di atas bahagian sebelah kanan tubuh: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)
d) Menjadikan tangan kanan sebagai bantal: “Rasulullah s.a.w apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Daud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)
e) Tidak tidur meniarap (bahagian perut dibawah): “Sesungguhnya (posisi tidur meniarap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih)
f) Membaca ayat-ayat Al-Qur’an (sebelum tidur), antara lain:
Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahwa syaitan tersebut berkata,
“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang Allah memberimu manfaat dengannya. Jika engkau berangkat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.”
Ketika Abu Hurairah r.a mencertikannya kepada Rasulullah s.a.w, beliau berkata:
“Sungguh ia telah jujur, padahal ia banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)
~ Membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqaroh.
“Dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah, siapa saja yang membacanya pada malam hari telah cukuplah dua ayat tersebut baginya.”(HR. Al-Bukhari, no. 4008, Muslim, no. 807)
~ Membaca Mu'awwidzatain (alFalaq & anNas).
“Apabila Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam hendak beristirahat di tempat tidurnya pada setiap malamnya beliau menyatukan dua telapak tangannya kemudian meniup kedua telapak tangannya yang dilanjutkan dengan membaca padanya ‘Qul Huwallahu Ahad’ dan ‘Qul A`udzu birabbil falaq’ serta ‘Qul A`udzu birabbinnas’, kemudian mengusapkan tangannya ke seluruh tubuh beliau yang sanggup beliau jangkau, dimulai dari bagian kepala kemudian wajah kemudian bahagian tubuh yang paling dekat dijangkau. Beliau Sallallahu ‘alaihi wa sallam melakukannya tiga kali.” (HR. Al-Bukhari, no. 5017)~ Membaca Surah alMulk
~ Membaca Surah as-Sajdah.
“Rasulullah salallahu alaihi wassalam tidak tidur sebelum membaca Alif laam mim Tanzil (surat As-Sajadah) dan Tabaarakalladzi biyadihil-mulk (surat Al-Mulk)" (HR. Tirmidzi, hadits Shahih, lihat Shahihul Jami’ 4/255)
Menadah dua telapak tangan lalu ditiup dan dibacakan surat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Kemudian, dengan dua telapak tangan mengusap dua bahagian tubuh yang dapat dijangkau dengannya dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan, hal ini diulangi sebanyak 3 kali (HR. Al-Bukhari dalam Fathul Bari XI/277 No. 4439, 5016 (cet. Daar Abi Hayan) Muslim No. 2192, Abu Daud No. 3902, At-Tirmidzi)
h) Membaca doa tidur antaranya:
“Bismikarabbii wadho’tu jambii wa bika arfa’uhu in amsakta nafsii farhamhaa wa in arsaltahaa fahfazhhaa bimaa tahfazha bihi ‘ibaadakasshaalihiin.”
“Dengan Nama-Mu, ya Rab-ku, aku meletakkan sisi tubuhku. Dan dengan Nama-Mu pula aku bangun daripadanya. Apabila Engkau menahan rohku, maka berilah rahmat padanya. Tapi apabila Engkau melepaskannya, maka peliharalah, sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang shalih.” (HR. Al-Bukhari No. 6320, Muslim No. 2714, Abu Daud No. 5050 dan At-Tirmidzi No. 3401).
i) Apabila beralih posisi tidur bacalah:
لا إ له إ لاالله الواحد القهار رب السماوات واﻷرض وما بينهما العزيز الغفار
لا إ له إ لاالله الواحد القهار رب السماوات واﻷرض وما بينهما العزيز الغفار
“laa ilaha illallahu waahidulqahhaaru rabbussamaawaati wal ardhi wa maa baynahumaa ‘aziizulghaffaru.”
“Tidak ada Ilah yang berhak diibadahi kecuali Allah yang Maha Esa, Maha Perkasa, Rabb yang menguasai langit dan bumi serta apa yang ada diantara keduanya, Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun.” (HR. Al-Hakim I/540 disepakati dan disahihkan oleh Imam adz-Dzahabi)
j) Apabila terasa takut ketika tidur, bacalah :
أعوذ بكلمات الله التامات من غضبه و شرعباده ومن همزات الشيا طين وأن يحضرون
“A’udzu bikalimaatillahi attammati min ghadhabihi wa ‘iqaabihi wa syarri ‘ibaadihi wa min hamazaatisysyayaathiin wa ayyahdhuruun.”
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada murka-Nya, seksa-Nya, daripada kejahatan hamba-hamba-Nya, daripada godaan para syaitan dan dari kedatangan mereka kepadaku.” (HR. Abu Daud No. 3893, At-Tirmidzi No. 3528 dan lainnya)
k) Mengibas tempat tidur: “Jika salah seorang di antara kalian akan tidur, hendaklah mengambil potongan kain dan mengibaskan tempat tidurnya dengan kain tersebut sambil mengucapkan ‘bismillah’, kerana dia tidak tahu apa yang terjadi sepeninggalnya tadi.” (HR. Al Bukhari No. 6320, Muslim No. 2714, At-Tirmidzi No. 3401 dan Abu Daud No. 5050)
Sunnah selepas bangun daripada tidur
l) Bila bangun tidur, bacalah:
الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور
“Alhamdulillahilladzii ahyaanaa ba’damaa amaatanaa wa ilayhinnusyuur.”
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan.” (HR. Al-Bukhari No. 6312 dan Muslim No. 2711)
m) Setelah bangun tidur, disunnahkan mengusap bekas tidur yang ada di wajah maupun tangan: “Maka bangunlah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dari tidurnya kemudian duduk sambil mengusap wajah dengan tangannya.” [HR. Muslim No. 763 (182)]
n) Bersiwak: “Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bangun (daripada tidur), baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (HR. Al Bukhari No. 245 dan Muslim No. 255)o) Beristinsyaq dan beristintsaar (menghirup kemudian mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung): “Apabila salah seorang di antara kalian bangun daripada tidurnya, maka beristintsaarlah tiga kali kerana sesunggguhnya syaitan bermalam di rongga hidungnya.” (HR. Bukhari No. 3295 dan Muslim No. 238)
p) Mencuci kedua tangan tiga kali, berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila salah seorang di antara kamu bangun tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam gayung air, sebelum dia mencucinya tiga kali.” (HR. Al-Bukhari No. 162 dan Muslim No.278)
Apabila mengalami mimpi buruk:
Jika bermimpi buruk, jangan sekali-kali menceritakannya pada siapapun kemudian meludah ke kiri tiga kali (diriwayatkan Muslim IV/1772), dan memohon perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk dan daripada keburukan mimpi yang dilihat. (Itu dilakukan sebanyak tiga kali) (diriwayatkan Muslim IV/1772-1773).Hendaknya berpindah posisi tidurnya dari sisi sebelumnya. (diriwayatkan Muslim IV/1773). Atau bangun dan solat jika mahu. (diriwayatkan Muslim IV/1773






















