Pages

Sunday, October 17, 2010

Are Buddy - Lukisan Rindu

 

Pada tangisan atau jua pada air mata,
Hadir rasa yang tak bisa ku lari dari nya,
Lukisan rindu yang terlakar di wajah ku,
Hadir dari hati yang di himpit perasaan,
Dirimu ku rindu, oh kekasih Allah,
Walau kita tak pernah bersua,

Mengalir mutiara suci di pipi ku,
Sambil di bibirku berselawat mengingati mu,
Kerinduan bertamu tak bisa lagi ku bendung,
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah,

Ku harapkan rahmat Allah,
Ku harapkan syafaat mu,
Agar bisaku bersama mu,
Oh Rasulullah...

Ku baca sirah mu,
Ku hayati kata-kata mu,
Betapa indah akhlak mu,
Betapa erat ukhuwwah mu dan sahabat,

Ku andaikan diriku,
Berada disisi mu,
Namun ku langsung terpana,
Betapa hinanya aku disamping mu,

Aku yang banyak berdosa,
Mengharap maghfirah Allah,
Aku malu pada mu,
Duhai Rasulullah,

Lukisan rindu pada mu,
Penuh berwarna.

diri ini mendambakan syafaat dan kasih sayangmu wahai kekasih Allah. syafaatkan kami di hari dimana umat sibuk dengan diri masing-masing. semoga dapat bertemu mu ya Rasulullah di akhir sana...
 

Tuesday, October 12, 2010

Memotong Kuku, Amalan Sunnah

Dari Saidatina Aisyah bermaksud: Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur. (Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud: Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam. (Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid. 
 
Daripada Rasulullah saw: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya. (Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud: Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya:-
 
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; 


Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut. 

Kerat kuku bukan sebarang kerat tetapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah.

Mulakan mengerat kuku tangan mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mula kerat  kuku jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian kuku jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan yang terakhir ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

rujukan: http://ahmadzaki.wordpress.com/2008/06/11/potong-kuku-cara-islam-sunnah/

Monday, October 11, 2010

(JSM 1) Janji Seorang Muslim

Kepada Siapa Aku Berjanji? Bilakah Aku Berjanji? Apakah Janjiku? Adakah Aku Mentaati atau Memungkiri Janji-janji Tesebut?

Kerana tidak peduli siapa pun manusia itu, orang kaya atau miskin, orang senang atau susah, orang berpangkat atau jelata. pemimpin atau yang dipimpin, raja atau rakyat tanpa kecuali; harus mengakui bahawa pada dasarnya semua umat manusia yang lahir kedunia dengan izin Allah itu selalu ingi selamat didunia dan di akhirat kelak. Dan satu hal yang pasti, manusia akan kembali ke tempat asal dari mana manusia itu datang. Cepat atau lambat. Manusia pasti akan pulang.

Kerana itu alangkah baiknya jika kita, manusia memiliki bekalan yang cukup, bekal yang menghantar manusia kearah keselamatan didunia dan akhirat, kerana pada waktunya kelak tiap-tiap diri manusia itu akan diminta pertanggungjawabkan atas seluruh perbuatannya didunia dimana tanggungjawab itu tidak boleh ditimpakan kepada orang lain.

Dan satu hal yang mesti di ingat bagi Allah yang Maha Pencipta dan Maha Menguasai itu, semua manusia adalah sama. Yang membezakan tiap-tiap diri manusia adalah amal ibadahnya, yang jika memenuhi syarat, akan membawanya kepada kebahagiaan didunia mahupun di akhirat kelak.

Buku Janji Seorang Muslim karangan Naseer Ahmad, K perolehi di kedai Buku Jaffar Rawas, Kota Bharu. MasyaAllah, isi kandungannya amat baik untuk hamba yang ingin mendekatkan diri kepada Khalid nya.

Jangan terkejut dengan harganya iaitu RM2.00 sahaja. Mungkin kita tidak sedar akan kesalahan yang telah dilakukan, dengan harapanan Allah ampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.

Kandungannya membincangkan method bagi memenuhi janji pada Allah, amal perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah dan kisah nasihat nabi Muhammad s.aw kepada umatnya tidak kira lelaki mahupun perempuan.

" sesungguhnya, kami ciptakan manusia dengan setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (perintah dan larangan) kerana itu kami jadikan ia mendengar dan melihat"(al-insan ayat:2)

Alangkah cemerlangnya kita sekiranya mendapat redha dan kasih sayang Allah. teguran dan nasihat amat ku dambakan agar menjadi insan yang taat akan perintahnya. semoga Allah memberi bimbingan kepada insan yang mengharapkan syurgaMu Allah...

Monday, October 4, 2010

Point Ijtima' Pemuda

satu point menarik nak kongsi dari ustaz nik zawawi dalam forum tarbawi....

katanya : jangan ingat lepas kita dah kalahkan musuh kita iaitu **NO dalam pru-13 kita dah berjaya dan boleh bergembira, kerana bila kita memegang Malaysia, kita  akan berhadapan dengan musuh yang lebih besar seperti Amerika dan sekutu-sekutunya... maka persiapkanlah diri kita dengan tarbiyah untuk menghadapi musuh2 kita ini

point dari dato' bentara setia tuan guru haji nik abdul aziz nik mat

Tok Guru meninggalkan pesanan untuk pemuda supaya mengamalkan 3 perkara ini iaitu

1. baca quran setiap hari 
2. qiamulaill
3. solat dhuha

point dari ustaz yahya othman, murabbi parti Islam pusat

tarbiyah adalah usaha yang dilakukan oleh murabbi kepada murid-muridnya

pengisian tarbiyah adalah usrah, mukhayyam, qiamulaill, durus khususi

pemuda hendaklah
1. memastikan boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat
2. naqib memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, **NO akan terus memerintah

pesanan kepada pemuda 
1. mesti berilmu
2. mesti mengamalkan ilmu
3. bercakap benar
4. bermaaf-maafan
5. baca quran

point dari ustaz nasharuddin mat isa , timbalan presiden parti Islam

kita hendaklah bangga menjadi orang mukmin yang duduk di dalam parti Islam

pemuda hendaklah memastikan tidak ada satu hari berlalu tanpa membaca Al-Quran!

kunci beramal dengan quran
1) membaca al-quran
2) melihat terjemah al-quran
3) melihat tafsir quran
4) beramal dengan al-Quran
5) istiqamah dengan Al-Quran

Khalid Mesyal (hamas, palestin) kata akan belajar dengan Parti Islam atas penubuhan DHPP , jadi , berbanggalah menjadi ahli Parti Islam!

point dari ustaz nasrudin hasan at-tantawi, ketua pemuda parti Islam pusat

berintima' dalam parti Islam ini ada kerana beberapa perkara, antaranya kerana

1. syakhsi (peribadi) : kerana peribadi tokoh2 tertentu
2. gharawi ( kecenderungan) : kerana minat pada kopiah orang2 pas
3. istijali ( kebetulan ) : lahir dalam keluarga pas

tetapi yang perlu ialah kita mestilah intima kerana aqidi  (aqidah)

point dari ustaz ahmad yahya, ketua pemuda parti Islam kedah

tarbiyah adalah jantung, dan perlu diletakkan di tempat utama dalam organisasi

rahsia utama bagaimana kedah boleh menang dalam pru12 kerana kita buat post mortem pada 2004 dan mendapati bahawa tarbiyahlah kunci utama untuk menang

soalan untuk semua? apa yang dirasai selepas solat?
jika kata rasa lega kerana telah menunaikan kewajipan, ianya masih tidak mencukupi ....

point dari ustaz zulkifli ismail, ketua dewan ulama pas melaka

pemuda parti Islam hendaklah menguasai 

1.fiqh marhali
2. fiqh aulawiyay
3. takzim al waqt (memuliakan waktu)
4. membelakangkan keuntungan peribadi , mazhab dan aliran serta pandangan peribadai untuk memastikan kepentingan jemaah diutamakan

point dari ustazah nuridah salleh, ketua dewan muslimat pas pusat

pemuda hendaklah memastikan isteri-isteri mereka tidak dibiarkan di rumah sahaja, hendaklah memastikan isteri turut serta mengambil bahagian dan memegang jawatan dalam parti Islam

point dari tuan guru dato seri hj hadi, presiden parti Islam

abdullah b mubarak menulis surat kepada fudhail b iyad, meminta supaya meninggalkan tempat beribadatannya  dan pergi ke medan jihad

berjihad ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sanggup menghadapi dugaan/cubaan/dugaan

 rujukan: Hakim; Bandar Sri Iskandar, Perak

Friday, October 1, 2010

Sahabatku, Kau Pergi Jua


Kau Pergi Jua (Nazrey,Munif & Rabbani)

Wajahmu seindah serinya pelangi nan indah
Seharum bunga putih kembang
Wajahmu masih terbayang serinya di mataku
Sehingga terkenang di dalam doaku

Sahabatku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Terhimpunnya seribu doa nan suci
Sesungguhnya walau hilang mu jauh dari mataku
Tetap kuabadikan dalam jiwaku

Sepinya harapan yang selama ini ku bawa
Jatuh berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Ketika perjuanganmu membara
Belum puas ku menatap wajahmu
Kau pergi tak kembali

buat allahyarham ustaz asri rabbani, akhi syafiq masduki, ukhti nor hidayah dan ustaz chek hashim adun Galas. semoga Allah tempatkan ntum di kalangan orang-orang yang soleh. al-fatihah...

Monday, September 27, 2010

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

 

Monday, September 20, 2010

(K.K 16) Benteng Diri Menghadapi Tipu Daya Syaitan

Terkadang ku tidak sedar akan kesalahan diri. Ku alpa dengan dosa-dosa yang telah dilakukan. Ku lupa balasan yang sedia menanti dari Tuhan kepada hambanya yang zalim terhadap diri sendiri dan orang lain dan tidak segan melakukan maksiat kepadaMu, ya Tuhan. Maafkan kesalahan dan kejahilan ku.

K pernah mendengar tazkirah daripada ustaz-ustaz  semasa menuntut di IPT dahulu, orang yang beriman lebih diuji oleh Allah. Allah uji hambanya adalah untuk meningkatkan martabat keimananya. Adakah ku layak tergolong di dalam golongan orang-orang yang beriman?

Sebagai seorang yang masih waras, iman sebesar zarah, berfitrah diri agar menjauhkan diri daripada kebinasaan, kita meyakini bahawa setiap amal buat kita diperhatikan oleh Allah, dicatit setiap pekerjaan oleh dua malaikat yang setia disisi kita. Kita juga percaya, musuh sejak nabi Adam a.s sentiasa cuba merosakkan iman kita, membawa kita kearah kebinasaan.

"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?"(Yassin, 36:62).

Usaha untuk membentengkan diri daripada godaan bisikan syaitan perlu bagi memastikan kita terselamat dari siksaan api neraka Allah dan mendapat kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah:-

1. Mengambil wuduk

Rasulullah s.a.w bersabda : " sifat marah itu dari syaitan.Syaitan dicipta dari api.Satu-satunya benda yang boleh memadamkan api hanyalah air.Oleh yang demikian, jika seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah segera mengambil wudhu' { HR Abu Daud - sahih }
 
Nabi Muhammad SAW juga pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.

2. Membaca Bismillah 

Rasulullah s.a.w bersabda : " Jika seseorang masuk ke dalam rumah lalu berzikir kepada Allah ( membaca basmallah ) menjelang memasukinya dan ketika hendak makan, maka syaitan berkata; aku tidak dapat tidur dan makan bersamamu.Jika masuk ke rumah tanpa didahului berzikir kepada Allah ( membaca basmallah ) semasa ingin memasukinya, syaitan berkata; aku akan tidur bersamamu.Jika tidak berzikir kapada Allah ( membaca basmallah ) menjelang makan, syaitan berkata; aku akan tidur dan makan bersamamu " { HR Muslim }

 3. Membaca Ta'aawuz

Apabila salah seorang daripada kita membaca ayat al-Qur'an, maka hendaklah dimulakan dengan membaca kalimah taawwuz, iaitu suatu lafaz untuk mengingatkan diri kita sendiri agar tidak terpesong fikiran daripada memahami al-Qur'an.

Dan sebagai kebiasaannya, urusan memesongkan fikiran dan niat ini banyak sekali terkait dengan bisikan syaitan. Hal ini sesuai sekali dengan saranan daripada Allah s.w.t sendiri sebagai yang termaktub di dalam al-Qur'an.

"Maka apabila kamu membaca Al-Qur'an, maka hendaklah kamu memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk." (An-Nahl: 98). 

Diriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As katanya :Dia telah pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata;Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan menghampiriku di antara daku dan solatku serta bacaanku.Dia menggangguku.Rasulullah s.a.w lalu bersabda: ( Itulah Syaitan yang dipanggil dengan nama Khanzab.Sekiranya kamu merasai kehadirannya mohon berlindunglah kamu dengan Allah daripadanya dan ludah ke arah kiri sebanyak tiga kali) Dia berkata;Aku melakukan seperti yang disuruh nabi s.a.w dan Allah telah menjauhkan syaitan itu dariku.

4. Membaca Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia." 

maksud ayat kursi: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

5. Membaca Surah al-Baqarah

Diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a katanya :Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti kubur.Sesungguhnya syaitan tidak memasuki rumah-rumah yang dibacakan padanya surah al-Baqarah.
 
Diriwayatkan daripada al-Nu’man bin Basyir katanya, Nabi s.a.w.bersabda : Sesungguhnya Allah telah menulis kitab 2000 tahun sebelum menciptakan makhluk. Diturunkan dua ayat daripadanya diakhir surah al-Baqarah. Jika tidak dibaca kedua-duanya didalam rumah melebihi 3 hari akan didekati syaitan.

6. Sujud selepas membaca ayat sajjadah

“Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang anak Adam itu membaca ayat sajadah lalu sujud maka syaitan akan menjauhkan diri dengan menangis dan berkata,wahai celakanya dia. dalam riwayat lain wahai celakanya aku- Anak Adam telah diperintah agar sujud maka dia sujud lalu baginya syurga sedangkan aku diperintahkan agar bersujud tetapi aku enggan dan bagiku neraka”

7. Berada didalami rumah sebelum waktu hampir malam

Dari Jabir r. : dari nabi saw , beliau bersabda : “ Apabila hari telah malam atau mulai malam, laranglah anak-anakmu di luar, kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran pada waktu itu. Apabila lewat waktu isyak, suruhlah mereka tidur dan tutuplah pintumu dan sebutlah nama Allah. Padamkanlah lampu dan sebutlah nama Allah, tutuplah bejanamu ( bekas makanan ) dan sebutlah nama Allah, biarpun engkau letakkan saja barang sesuatu di atasnya”.

8. Tahan Menguap

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw, beliau bersabda : “ Menguap itu dari syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah ditahannya sedapat mungkin. Sesungguhnya jika seseorang kamu mengatakan “ ha” lantaran tertawa , tertawalah syaitan.


9.  Membersihkan Hidung 

Apabila seseorang daripada kamu

bangun daripada tidurnya, lalu dia berwuduk, maka hendaklah menyemburkan air dari hidung
membersihkan )hidungnya) tiga kali , kerana sesungguhnya syaitan bermalam pada lubang
hidungnya”.


10. Perbanyakkan Berdoa 

Dari Abu Hurairah r.a. : Nabi saw bersabda : Apabila kamu mendengar kokok ayam, maka pohonlah beroleh kurnia kepada Tuhan, kerana sesungguhnya ia melihat malaikat. Apabila kamu mendengar bunyi( ringkik) keldai, maka mohonlah perlindungan kepada Tuhan dari bahaya syaitan, kerana sesungguhnya ia melihat syaitan. 

Semoga kita diberi Allah kekuatan untuk melawan godaan syaitan. " Aku berlindung diri kepada Allah daripada bisikan godaan syaitan yang direjam"
 
sumber: 
http://www.scribd.com/doc/13622626/Menjauhi-godaan-syaitan-ed
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18139&Itemid=99999999
http://bahrulilmi.blogspot.com/2010/07/perisai-kita.html 

Thursday, September 16, 2010

UNIC - Jalan Ku Pulang


Tundukku malu didepanMu
Keranaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku
Apakah kan Kau terima

Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
Terpaut aku tak berpaling

Ku Bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepas dahaga

Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala kiasan indah cintaMu

Ku Bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
Bimbang Kau singkirkan taubatku
Ku rayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku Bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara 
Buatku melepas dahaga

Tak Ku temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

Wednesday, September 15, 2010

(K.K 15) Hikmah Puasa Enam Syawal

Ramadhan telah meninggalkan kita. Di Kota Bharu, tanggal 1 Syawal 1431H, hujan turun membasahi bumi menangisi pemergian bulan yang amat istimewa itu. Hatiku sayu memikirkan apakah dapat kutemui Ramadhan untuk kesekian kali? Kini Syawal mula menyingsing. Golongan kanak-kanak antaranya yang bergembira menanti dan menyambut kehadiran Aidilfitri.

Didalam kesibukan kita pergi berziarah sanak saudara, meraikan tetamu yang hadir kerumah, diharapkan amalan-amalan sunat yang dilakukan sewaktu berada didalam bulan Ramadhan dapat terus di istiqamah.

Antara amalan yang dituntut ketika berada didalam bulan Syawal ialah mengejarkan puasa enam Syawal. Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun.

Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan atau kecacatan itu.

Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang yang baik kepada mereka untuk menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat. Ia juga dapat mengelakkan budaya atau sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadhan hampir menjelang pada tahun akan datang.

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. " (HR. Al-Bazzar)

Puasa enam didalam bulan Syawal boleh dikerjakan bermula 2 Syawal sehingga akhir bulan tersebut pada tahun yang sama.
 
 Diantara hikmah berpuasa enam di dalam bulan Syawal adalah: 

1. Pelengkap Pahala menyamai Setahun Penuh Berpuasa.
Amalan-amalan sunat akan menampung kecacatan amalan wajib yang telah dilakukan.Walaupun hukum berpuasa enam dibulan Syawal adalah sunat, tetapi ia memberi banyak fadhilatnya. Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban).

2.  Mendidik Kesabaran Diri.
Hikmah puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa. Ia juga akan memberi kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga.

3. Mendekatkan Diri kepada Allah.
Selepas mengharugi bulan Ramadhan, mengejarkan amalan-amalan sunat seperti berpuasa didalam bulan Syawal dapat mendekatkan diri kita kepada Allah serta terhindar dari keseronokan dunia yang menipu.

 4. Tanda Bersyukur.
Hikmah berpuasa pada bulan Syawal dapat menzahirkan diri kita; bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah, iaitu bulan Ramadhan yang didalam nya terkabulnya doa apabila hambaya memohon, didalamnya amalan digandaka, di dalamnya terdapat malam lailatulqadar, malam yang terbaik dari seribu bulan, malam yang mana al-quran diturunkan. Juga menzahirkan rasa syukur di  panjangkan usia menyambut Aidilfitri (kembali kepada fitrah).
 
Justeru, marilah bersama-sama mengambil ruang yang masih ada didalam bulan Syawal ini dengan mengerjakan ibadah puasa sunat enam Syawal. Moga Allah memberi kemudahan kepada kita untuk mengerjakannya. 

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu...amin.

Sumber: http://intim.wordpress.com/2008/10/03/rahsia-dan-hikmah-puasa-enam/
http://secretwhisper.net/2010/09/hikmah-puasa-6-di-bulan-syawal/

Tuesday, September 7, 2010

(K.K 14) Adab Menyambut Hari Raya

Sedar tak sedar,  malam ini merupakan malam yang ke-28 di dalam bulan Ramadhan. Hujan turun renyai-renyai membasahi bumi Kelantan. Apakah malam lailatul qadar sudah berlalu atau masih belum kunjung tiba? JANGAN putus asa mencarinya kerana kita masih berbekalkan 3 hari lagi untuk melipatgandakan amalan masing-masing.

Bandar Kota Bharu kini dibanjiri dengan ribuan kenderaan. Mengikut jangkauan JPJ Kelantan, anggaran kenderaan yang akan memasuki negeri Kelantan mencecah hampir 600,000 buah. Anak perantau sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Di dalam kita sibuk membuat persiapan menyambut hari raya, disini ingin dikongsikan beberapa amalan-amalan sunat yang di galakan semasa menyambut hari lebaran. Antaranya:-
 
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidil-Fitri.

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya". 

2) Menjamah makanan sebelum keluar

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya AidilFitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidil-Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain
 
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
 
5) Memakai pakaian terbaik yang ada
 
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
 
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi. 
 
Disini juga disenaraikan beberapa kesilapan yang sering dilakukan semasa merayakan hari lebaran.

1) Sentuhan - Berjabat tangan diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram ketika menziarahi sanak-saudara sering dilakukan.
 
2) Aurat - Aurat diantara saudara mara, ipar duai. Contohnya; kebanyakan kaum hawa melepaskan rambut ketika berada di rumah tanpa menghiraukan tetamu lelaki yang datang berkunjung ke rumah. tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita - Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. 

4) Pakaian Wanita - Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
 
5) Kubur - Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin) 

6) Meninggalkan solat - kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
 
7) Dosa Bertempoh - Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. 

semoga dapat diambil pengajaran atas perkongsian yang diberi.  Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

petikan: http://www.zaharuddin.net/

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase