Pages

Monday, June 20, 2011

Adab Tidur Di Dalam Islam

Sedar atau tidak, kita saban hari menghadapi kematian kecil. Jasad terbujur semasa kita tidur. Adakah ada sesiapa yang berani menjamin kita akan dibangkitkan kembali pada keesokan hari? Justeru, bersamalah bersiap sebelum 'kematian besar' menjemput kita dengan meningkatkan amalan soleh disamping berusaha menjauhi segala bentuk laranganNya.

Adab semasa tidur seringkali dipandang remeh oleh kebanyakan daripada kita. Amalan ini mujarab untuk yang punyai masalah tidur dan juga penawar daripada menjauhkan diri daripada gangguan syaitan. Kajian juga menyatakan tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu seseorang menjadi seorang yang berakhlak mulia.

Beberapa adab tidur yang ingin dikongsi untuk diamalkan;-

a) Tidak tidur terlalu lewat setelah solat Isya’ tanpa sebab yang munasabah: “Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘allaihi wasallam membenci tidur malam sebelum (solat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” [Hadith Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235)]

b) Berwudhu:“Apabila engkau pergi ke tempat tidur (untuk tidur) maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan solat.” (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)

c) Tidur mengiring di atas bahagian sebelah kanan tubuh: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

d) Menjadikan tangan kanan sebagai bantal: “Rasulullah s.a.w apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Daud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

e) Tidak tidur meniarap (bahagian perut dibawah): “Sesungguhnya (posisi tidur meniarap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih)

f) Membaca ayat-ayat Al-Qur’an (sebelum tidur), antara lain:

~ Membaca ayat kursi.

Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahwa syaitan tersebut berkata,

“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang Allah memberimu manfaat dengannya. Jika engkau berangkat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.”

Ketika Abu Hurairah r.a mencertikannya kepada Rasulullah s.a.w, beliau berkata:

“Sungguh ia telah jujur, padahal ia banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)

~ Membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqaroh.

“Dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah, siapa saja yang membacanya pada malam hari telah cukuplah dua ayat tersebut baginya.”(HR. Al-Bukhari, no. 4008, Muslim, no. 807)

~ Membaca Mu'awwidzatain (alFalaq & anNas).

“Apabila Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam hendak beristirahat di tempat tidurnya pada setiap malamnya beliau menyatukan dua telapak tangannya kemudian meniup kedua telapak tangannya yang dilanjutkan dengan membaca padanya ‘Qul Huwallahu Ahad’ dan ‘Qul A`udzu birabbil falaq’ serta ‘Qul A`udzu birabbinnas’, kemudian mengusapkan tangannya ke seluruh tubuh beliau yang sanggup beliau jangkau, dimulai dari bagian kepala kemudian wajah kemudian bahagian tubuh yang paling dekat dijangkau. Beliau Sallallahu ‘alaihi wa sallam melakukannya tiga kali.” (HR. Al-Bukhari, no. 5017)

~ Membaca Surah alMulk

~ Membaca Surah as-Sajdah.

“Rasulullah salallahu alaihi wassalam tidak tidur sebelum membaca Alif laam mim Tanzil (surat As-Sajadah) dan Tabaarakalladzi biyadihil-mulk (surat Al-Mulk)" (HR. Tirmidzi, hadits Shahih, lihat Shahihul Jami’ 4/255)

Menadah dua telapak tangan lalu ditiup dan dibacakan surat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Kemudian, dengan dua telapak tangan mengusap dua bahagian tubuh yang dapat dijangkau dengannya dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan, hal ini diulangi sebanyak 3 kali (HR. Al-Bukhari dalam Fathul Bari XI/277 No. 4439, 5016 (cet. Daar Abi Hayan) Muslim No. 2192, Abu Daud No. 3902, At-Tirmidzi)

h) Membaca doa tidur antaranya:

“Bismikarabbii wadho’tu jambii wa bika arfa’uhu in amsakta nafsii farhamhaa wa in arsaltahaa fahfazhhaa bimaa tahfazha bihi ‘ibaadakasshaalihiin.”

“Dengan Nama-Mu, ya Rab-ku, aku meletakkan sisi tubuhku. Dan dengan Nama-Mu pula aku bangun daripadanya. Apabila Engkau menahan rohku, maka berilah rahmat padanya. Tapi apabila Engkau melepaskannya, maka peliharalah, sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang shalih.” (HR. Al-Bukhari No. 6320, Muslim No. 2714, Abu Daud No. 5050 dan At-Tirmidzi No. 3401).

i) Apabila beralih posisi tidur bacalah:

 لا إ له إ لاالله الواحد القهار رب السماوات واﻷرض وما بينهما العزيز الغفار

“laa ilaha illallahu waahidulqahhaaru rabbussamaawaati wal ardhi wa maa baynahumaa ‘aziizulghaffaru.”

“Tidak ada Ilah yang berhak diibadahi kecuali Allah yang Maha Esa, Maha Perkasa, Rabb yang menguasai langit dan bumi serta apa yang ada diantara keduanya, Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun.” (HR. Al-Hakim I/540 disepakati dan disahihkan oleh Imam adz-Dzahabi)

j) Apabila terasa takut ketika tidur, bacalah :

أعوذ بكلمات الله التامات من غضبه و شرعباده ومن همزات الشيا طين وأن يحضرون

“A’udzu bikalimaatillahi attammati min ghadhabihi wa ‘iqaabihi wa syarri ‘ibaadihi wa min hamazaatisysyayaathiin wa ayyahdhuruun.”

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada murka-Nya, seksa-Nya, daripada kejahatan hamba-hamba-Nya, daripada godaan para syaitan dan dari kedatangan mereka kepadaku.” (HR. Abu Daud No. 3893, At-Tirmidzi No. 3528 dan lainnya)

k) Mengibas tempat tidur: “Jika salah seorang di antara kalian akan tidur, hendaklah mengambil potongan kain dan mengibaskan tempat tidurnya dengan kain tersebut sambil mengucapkan ‘bismillah’, kerana dia tidak tahu apa yang terjadi sepeninggalnya tadi.” (HR. Al Bukhari No. 6320, Muslim No. 2714, At-Tirmidzi No. 3401 dan Abu Daud No. 5050)

Sunnah selepas bangun daripada tidur

l) Bila bangun tidur, bacalah:

الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور

“Alhamdulillahilladzii ahyaanaa ba’damaa amaatanaa wa ilayhinnusyuur.”

“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan.” (HR. Al-Bukhari No. 6312 dan Muslim No. 2711)

m) Setelah bangun tidur, disunnahkan mengusap bekas tidur yang ada di wajah maupun tangan: “Maka bangunlah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dari tidurnya kemudian duduk sambil mengusap wajah dengan tangannya.” [HR. Muslim No. 763 (182)]

n) Bersiwak: “Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bangun (daripada tidur), baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (HR. Al Bukhari No. 245 dan Muslim No. 255)

o) Beristinsyaq dan beristintsaar (menghirup kemudian mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung): “Apabila salah seorang di antara kalian bangun daripada tidurnya, maka beristintsaarlah tiga kali kerana sesunggguhnya syaitan bermalam di rongga hidungnya.” (HR. Bukhari No. 3295 dan Muslim No. 238)

p) Mencuci kedua tangan tiga kali, berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila salah seorang di antara kamu bangun tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam gayung air, sebelum dia mencucinya tiga kali.” (HR. Al-Bukhari No. 162 dan Muslim No.278)

Apabila mengalami mimpi buruk:

Jika bermimpi buruk, jangan sekali-kali menceritakannya pada siapapun kemudian meludah ke kiri tiga kali (diriwayatkan Muslim IV/1772), dan memohon perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk dan daripada keburukan mimpi yang dilihat. (Itu dilakukan sebanyak tiga kali) (diriwayatkan Muslim IV/1772-1773).Hendaknya berpindah posisi tidurnya dari sisi sebelumnya. (diriwayatkan Muslim IV/1773). Atau bangun dan solat jika mahu. (diriwayatkan Muslim IV/1773

Wednesday, June 8, 2011

Pelihara Hati Kami, Wahai Allah...


Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. 

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

*  Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
*  Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
http://ondastreet.wordpress.com/2010/03/12/tazkirah-jumaat-kematian-hati-muslim/

Friday, May 27, 2011

Doa Solat Dhuha. Jom Amalkan.

Doa Solat Dhuha...
Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
 
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Tuesday, May 10, 2011

Far East - Aman


Yang dulu ramainya kita miliki bersama
Ke mana hilangnya hidup yang bahagia
Kelembutan dalam bermesra
Kemanisan dalam bicara
Seni pekerti insan dunia
Si kecil kini merana yang tua rasa sengsara
Dalam sedar atau lena tiada hidup bersama

Persaudaraan lesu, kasih sayang kelabu
Mencium berdebu menjadi candu nafsu
Membangkai sanubariku tidak lagi cinta diburu
Yang ada cemburu melulu membunuh hatiku
Cintaku rinduku, jiwaku pada-Mu
Doaku pohon restu kasih-Mu sayang-Mu
Rahmat-Mu Tuhan Yang Satu
Kurniaan-Mu untuk hamba-Mu oh...

Gegak gempita bila segala berubah hala
Sandiwara bermula bermadah kata nista
Yang mana harus aku percaya
Wajah yang jujur berkata dusta
Gila kuasa tamak haloba pengaut harta dan sakit jiwa
Ikut pak turut aku sanggah...
Katamu janjimu tak perlu
Aku sahut ku berpaut tidak hasut bukan takut
Ku bukan pak turut

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama
Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan sayang
Agar dunia aman sentosa

Sayu satu sendu aku tahu itu mengganggu
Syahdu pilu jiwaku
Kerna cinta hanya tiba bila rasa kecewa
Hiba tanpa dirinya
Usah resah rasa susah endah pada tak gundah
Tumpah darah tak kisah
Bukankah insan telah dicipta saling kasihan untuk teguhkan
Kemanusiaan dan peradaban bukan alasan

Bukan pengkhianatan tapi keikhlasan dan kejujuran
Bukan pergaduhan bukan peperangan

Adakah mungkin, ada pemimpin mampu memimpin
Kami ingin dipimpin
Dari yang pedih, perih dan jerih
Harapkan kasih, sayang bukan ditagih
Harap yang keruh juga yang rapuh menjadi teguh
Mampu kita berteduh
Kacau beralih kini berkasih, sayang beragih
Nikmat Tuhan pengasih
Kedamaian keamanan

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama
Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan sayang
Agar dunia aman sentosa

Dunia kini penuh dengan fitnah ujian penipuan. Segelintir pengguna dunia tidak lagi mengendahkan pengguna dunia yang lain bagaikan dia pemilik dunia. Nyawa dan maruah dijadikan mainan. Tindas sana tindas sini bagi mencari untung sendiri.  

Ayuh umat Islam yang beriman! Terus maju ke hadapan. Tonjolkan budi pekertimu yang luhur itu. Semoga menjadi contoh ikutan buat pengguna dunia seluruhnya...

Monday, May 9, 2011

Nota Untuk Kau & Aku Ke Syurga

“Aku cinta kepadamu kerana agamamu. Kalau hilang agamamu, hilanglah cintaku.”
 
Begitulah kata-kata Imam Al Ghazali kepada isterinya saat berbicara tentang cinta. Perkara ini dikupas lebih mendalam oleh Ustazah Qurratul Aein dalam Talkshow Nisa' WP baru-baru ini,` Kau & Aku ke Syurga'. Alhamdulillah, banyak yang dapat dipelajari daripada kedua-dua panelis kita yang sangat berkaliber dalam bidang masing-masing.
 
Berikut disertakan isi penting sepanjang forum berlangsung :
 
CARA KE SYURGA
 
Orang-orang beriman, bila masuk syurga, akan disatukan kembali dengan ahli keluarganya di sana. Selalunya orang berkahwin semata-mata kerana cinta, jarang yang berkahwin untuk ke syurga. Kalau suami yang jaga akidah dan syariat, tapi isteri tidak, suami sahaja ke syurga, dan begitulah sebaliknya. 
 
Cara untuk ke syurga:

o   Jaga akidah – berhati-hati dgn fahaman pluralisme, liberalisme, khurafat/bomoh serta pertikaian terhadap ketetapan hukum dan qada’/qadar Allah. Contoh: kaum perempuan yang berlebihan dalam menuntut kesamarataan sehingga mahukan kuasa talak, dan tidak mempersetujui hukum faraid
 
o   Jaga syariat – terutamanya solat, puasa dan zakat

CINTA SAMPAI SYURGA : REALITI ATAU MITOS? 
 
Cinta, atau ‘hubb’ dalam bahasa arab, adalah suatu perasaan yang letaknya jauh di dalam hati. Allah swt dan Nabi saw ada menyebut tentang rasa cinta:
o   Dijadikan pada manusia rasa suka kepada wanita & anak2
o   Hadis nabi: tidak beriman jika tidak mencintai orang lain seperti diri sendiri
Fitrah lelaki memang suka kepada ramai wanita (Jadi di syurga, setiap lelaki dijanjikan bidadari yang ramai, dengan rasa cinta yang kekal. Namun, secantik-cantik bidadari, yang paling cantik adalah wanita/isteri yang solehah.)

Panduan cinta yang membawa ke syurga:
o   Tidak mencintai seseorang/sesuatu lebih dari mencintai Rasulullah saw.
o   Mencintai seseorang kerana agamanya
 
FENOMENA CINTA ISLAMIK / `CINTA ENTA-ENTI'

Mencintai seseorang kerana agama dan kebaikannya, sifat waraknya, dan tinggi ilmunya adalah suatu kebaikan. Cinta yang mendorong kepada saling mengajak kepada kebaikan dan mencegah kejahatan juga adalah suatu kebaikan (amar ma’aruf nahi munkar). Namun harus berhati-hati dari maksiat, jangan berdua-duaan.

FENOMENA `PERIGI CARI TIMBA'
 
Menurut kajian, nisbah lelaki:perempuan berumur 19-49 tahun di Malaysia adalah lebih kurang sama. Namun nisbah lelaki:perempuan di pusat serenti dan penjara adalah 10:1. Jadi memang bilangan lelaki yang boleh dikahwini adalah kurang dari perempuan. Ini menyebabkan perempuan tidak lagi malu-malu untuk mencari timba. Namun sebenarnya tiada masalah perigi mencari timba. Yang lebih bermasalah adalah perigi cari perigi, timba cari timba. Gunakanlah orang tengah dan carilah pasangan tanpa langgar syariat.Bagi yang mengalami cinta pandang pertama, buatlah solat istikharah meminta panduan.

Sesi diskusi yang hangat diteruskan dengan sesi soal jawab bersama peserta.

Soalan  1 – Bagaimana menangani cinta pudar di hari tua?
-Wujudkan aktiviti-aktiviti bersama yang memupuk cinta sebagai tradisi dari awal perkahwinan. Kalau dah lama kahwin baru nak buat memanglah akan rasa janggal.
-Cari pasangan beragama kerana orang beragama akan saling menjaga dan tanggungjawab tetap akan dilaksanakan.

Soalan 2 – Ada perempuan yang gembira hidup membujang, adakah suatu kesalahan jika tidak berkahwin?
- Sabda nabi, bagi yang mampu berkahwin, berkahwinlah. Yang tidak mampu, berpuasalah
- Jadi yang lebih baik adalah tidak berputus asa mencari pasangan. Siti Khadijah berkahwin dan bercerai 2 kali dengan lelaki yang tidak baik sebelum dijodohkan dengan Rasulullah saw.

Soalan 3  - Nikah gantung- Nikah gantung adalah istilah melayu, di mana selalunya hanya dilakukan akad nikah, tetapi suami isteri tidak menjalani hidup seperti suami isteri sepenuhnya
- Dibuat kerana kenduri tidak dapat dibuat lagi atas sebab-sebab tertentu, atau untuk elakkan maksiat ketika berjauhan dari wali/penjaga (e.g. ibu bapa pergi umrah/haji)
- Sebenarnya tiada istilah ini di dalam Islam. Kalau sudah akad nikah, bermaksud sudah menjadi suami-isteri
 

Soalan 4 – Masalah suami yang tidak mencari nafkah menyebabkan isteri terpaksa bekerja dan menyebabkan isteri memukul suami
-Mencari nafkah adalah tanggungjawab suami dan merupakan suatu jihad.
-Dalam kes ini isteri boleh menuntut fasakh

Soalan 5 – Hubungan semasa tunang
- Semua yang diharamkan sebelum bertunang, tetap haram selepas bertunang
- Yang dibolehkan semasa bertunang hanyalah berkenalan.
- Sebaik-baiknya berkenalan melalui orang lain. Kalau berkenalan secara terus, perlu berusaha menjaga hati supaya tiada maksiat hati.
 
Akhir kata, sekalung terima kasih kepada para panelis dan para peserta yang hadir, serta ajk Nisa' se-Wilayah dan Masjid Asy-Syakirin, KLCC yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga halaqah ilmu seperti ini terus mendapat sambutan di masa akan datang. Nantikan siri Talkshow Nisa' Wp seterusnya ya!
 
- nisa' titiwangsa.

Friday, May 6, 2011

Hamba Allah Yang Mendapat KemuliaanNya di dalam Al-Furqan

sambungan...

Didalam surah al furqan ayat yang ke - 68, Allah swt turut melarang manusia membunuh jiwa yang tidak berdosa hatta orang kafir sekalipun yang memiliki ikatan perjanjian keamanan dengan kaum muslimin. 

Membunuh tanpa hak beerti merampas  hak Allah swt. Manusia diberi peluang oleh Allah swt untuk menjalani kehidupan diatas muka bumi ini bagi mencari bekalan di akhirat sana disamping tujuan utamanya mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa.

Didalam ayat ini juga, Allah swt mengutuk orang yang melakukan perbuatan zina dan menyediakan siksaan yang pedih keatas pelaku zina di akhirat sana. (masyaAllah, moga dihindari). Firman Allah di dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”

Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya, yang demikian adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa namapak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya…An-Nur ayat 30-31

Di dalam ayat yang ke 70-71 surah al-furqan, Allah swt berjanji akan menukarkan kejahatan yang dilakukan dengan kebaikan asalkan hambanya bertaubat dengan sebenar-benarnya memohon keampuan dari segala dosa yang dilakukannya, beriman dan mengejarkan amalan soleh. 

Juga disebut didalam surah Az-Zumar ayat 53 yang bermaksud: "Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah swt mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Ayat ini membukakan pintu dengan seluas-luasnya bagi seluruh orang yang berdosa dan melakuan kesalahan. Meskipun dosa mereka setinggi langit sekalipun. Seperti sabda Rasulullah Saw:

"Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian." (Hadist diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadits hasan dalam kitab sahih Jami' Shagir - 5235)

Allah swt menunjukkan ciri-ciri hambaNya yang mendapat kemuliaanya iaitu hamba yang  menjauhi diri daripada memberi persaksian palsu dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.  

Firman Allah swt didalam surah al-furqan ayat ke 72 yang bermaksud: Dan mereka yang tidak melakukan saksi palsu  , dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah mereka lalui sahaja dengan menjaga kehormatan dirinya. Dewasa kini, sumpah laknat mudah dilafazkan dengan harapan memperoleh keuntungan dunia yang sementara dan penuh dengan penipuan.


Hamba Allah yang sentiasa berfikir akan kejadian alam yang dipenuhi pelbagai hikmah dan tidak mudah menerima sesuatu perkara atau berita tanpa usul periksa dijamin akan peliharaan Allah swt didunia dan juga akhirat kelak. Sebagaimana firman Allah swt di dalam surah al-Furqan ayat 73  yang bermaksud: Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta. 

Dan sifat hamba Allah swt yang terakhir yang dijamin kemuliaannya di dalam surah al-furqan ini adalah hamba yang berdoa memohon dikurniakan isteri dan anak-anak yang soleh iaitu sebagai peneman, penguat semangat dalam menempuh hidup di dunia ini yang penuh dengan ujian. Juga berusaha menjadi imam sebagai tauladan kepada orang-orang yang bertakwa. (semoga memperoleh isteri dan anak-anak yang soleh, penyejuk dimata penenang dihati).

Bersama mengambil manfaat diatas perkongsian ini dan mudah-mudahan, kita tergolong didalam golongan hamba-hamba Allah yang mendapat kemuliaanNya. InsyaAllah.

Sunday, April 24, 2011

Hamba Yang Di Redhai di dalam Al-Furqan

Terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat semua berkaitan dengan kalam Allah pada penghujung surah al-furqan bermula ayat yang ke 63 hingga ayat ke 77 yang berkisarkan mengenai sifat-sifat orang yang mendapat redha dan kemuliaan dari Allah di dunia dan akhirat.

Diantara sifat-sifat hamba Allah s.w.t yang mendapat kemuliaanNya adalah yang mempunyai sifat tawaduk iaitu merendah hati, tidak bersifat sombong, riak dan angkuh. Sifat ini lahir daripada hati yang suci; keinsafan dalam melihat kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t, meyakini kebenarannya akan segala ajaran yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya umat Islam menghiasi diri dengan sifat tawaduk. Sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Pada ayat yang ke 64-65 surah Al-Furqan, Allah s.w.t memberi kemuliaan kepada hambanya yang sanggup mengorbankan sebahagian masa tidurnya di waktu malam untuk menunaikan solat tahjud semata-mata mendekatkan diri kepada Yang Maha Mencipta serta bermohon kepada Tuhannya agar dijauhkan dari azab siksaan neraka Jahannam.

“Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)

Pada ayat yang ke 67, Allah s.w.t. memberi kemuliaan kepada hambanya yang bersederhana dalam berbelanja tidak kikir dan tidak pula berlebih-lebihan. Harta yang Allah s.w.t. berikan kepada kita bukan semuanya milik kita, bahkan ada juga hak-hak tertentu buat umat Islam yang lain. Sebab itulah digalakkan memberi sedekah kepada golongan yang memerlukannya.

Juga disebut didalam surah al-israa' ayat 29 yang bermaksud: Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya karena itu kamu menjadi tercela dan menyesal. 

Hamba-hambaNya yang tidak mempersekutukan (syirik) kepada Allah s.w.t. dengan sesuatu apa pun dijamin mendapat kemuliaanNya. Adapun yang mempersekutkan Allah s.w.t, balasanya adalah berlipat kali ganda didalam neraka Jahannam. Syirik seperti men'dua' kan Allah s.w.t. dengan yang lain untuk dijadikan sembahan, terdapat beberapa kuasa yang setanding dengan kuasa Allah s.w.t. di namakan syirik akbar (besar).

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (Q.S. An-Nisaa: 48)

dan syirik asghar (kecil) seperti riya'; menunjuk-nujuk dalam mengejarkan amal ibadah untuk medapatkan perhatian dan bukan semata-mata mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t.

bersambung...

Friday, April 8, 2011

Taraf - Tauladan Uwais al-Qarni

Rasulullah s.a.w menutup khutbah haji wida'nya dengan sabdanya yang bermaksud: "Anda yang hadir di Arafah ini hendaklah menyampaikan sesuatu daripadaku kepada mereka yang tidak hadir, kerana mungkin mereka yang mendengar daripadamu lebih cerdik dan bijak daripada kamu yang mendengar daripadaku sendiri." 

Justeru itu, imam al-Ghazali r.a mengingatkan agar tidak pandang rendah terhadap sesiapa jua, kerana kita tidak tahu boleh jadi orang yang dipandang rendah lebih baik daripada kita akhirnya.

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Saiyidina Umar r.a dengan sabdanya yang bermaksud: "Jika kamu berjumpa dengan seorang dari Yaman yang bernama Uwais al-Qarni, hendaklah Uwais doakan kamu kerana doanya makbul. Uwais dikenali oleh ahli langit (para malaikat) walaupun tidak dikenali oleh ahli bumi (manusia).

Nabi s.a.w mengenalinya meskipun tidak sezaman dengannya, beliau wali Allah yang masyhur di kalangan para malaikat, kerana ketaatanya kepada ibunya dan kasih sayangnya kepada fakir miskin.

Sebagai pengembala unta, beliau mendapat upah beberapa dirham, sebahagian kecil untuk belanja makan dan minum diri dan ibunya dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin.

Pada malam harinya, beliau berdoa kepada Allah andai pada hari itu ada orang yang mati kelaparan, semoga Tuhan tidak meletakkan kesalahan dosa kepadanya, kerana ia sudah tiada apa-apa lagi kerana semuanya telah diberi kepada fakir miskin.

Pada zaman Abu Bakar as Siddik menjadi khalifah, Uwais tidak muncul sehingga Umar r.a sendiri menjadi khalifah, barulah dapat bertemu ketika Uwais menunaikan haji bersama kabilah dari Yaman. Beliau bertugas sebagai pengembala unta kenderaan kabilah tersebut.

Di kalangan kabilah dari Yaman ada yang merasa hairan bagaimana seorang Khalifah Amirul Mukminin yang mulia hendak bertemu dengan seorang pengembala unta yang mereka sifatkan sebagai kurang waras.

Sedangkan beliau seorang wali Allah yang masyhur dikalangan para malaikat, dikenali oleh Rasulullah s.a.w yang belum pernah bertemu dengannya, namun mengetahui bahawa doa Uwais amat mustajab dan berkat. Sayidina Umar sentiasa mencari-carinya setiap kali datang musim haji.

Justeru itu ditegah memandag rendah walaupun terhadap orang fasik. Sedangkan akhir hayat orang fasik mungkin ditakdirkan Allah swt jadi salih. Islam melarang perlekeh sesama insan, sebaliknya kepada orang yang fasik hendaklah diberi nasihat agar menjadi Muslim yang baik.

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase