Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (Q.S. An-Nisaa: 48) Sunday, April 24, 2011
Hamba Yang Di Redhai di dalam Al-Furqan
Terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat semua berkaitan dengan kalam Allah pada penghujung surah al-furqan bermula ayat yang ke 63 hingga ayat ke 77 yang berkisarkan mengenai sifat-sifat orang yang mendapat redha dan kemuliaan dari Allah di dunia dan akhirat.
Diantara sifat-sifat hamba Allah s.w.t yang mendapat kemuliaanNya adalah yang mempunyai sifat tawaduk iaitu merendah hati, tidak bersifat sombong, riak dan angkuh. Sifat ini lahir daripada hati yang suci; keinsafan dalam melihat kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t, meyakini kebenarannya akan segala ajaran yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya umat Islam menghiasi diri dengan sifat tawaduk. Sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)
Pada ayat yang ke 64-65 surah Al-Furqan, Allah s.w.t memberi kemuliaan kepada hambanya yang sanggup mengorbankan sebahagian masa tidurnya di waktu malam untuk menunaikan solat tahjud semata-mata mendekatkan diri kepada Yang Maha Mencipta serta bermohon kepada Tuhannya agar dijauhkan dari azab siksaan neraka Jahannam.
“Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)
Pada ayat yang ke 67, Allah s.w.t. memberi kemuliaan kepada hambanya yang bersederhana dalam berbelanja tidak kikir dan tidak pula berlebih-lebihan. Harta yang Allah s.w.t. berikan kepada kita bukan semuanya milik kita, bahkan ada juga hak-hak tertentu buat umat Islam yang lain. Sebab itulah digalakkan memberi sedekah kepada golongan yang memerlukannya.
Juga disebut didalam surah al-israa' ayat 29 yang bermaksud: Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya karena itu kamu menjadi tercela dan menyesal.
Hamba-hambaNya yang tidak mempersekutukan (syirik) kepada Allah s.w.t. dengan sesuatu apa pun dijamin mendapat kemuliaanNya. Adapun yang mempersekutkan Allah s.w.t, balasanya adalah berlipat kali ganda didalam neraka Jahannam. Syirik seperti men'dua' kan Allah s.w.t. dengan yang lain untuk dijadikan sembahan, terdapat beberapa kuasa yang setanding dengan kuasa Allah s.w.t. di namakan syirik akbar (besar).
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (Q.S. An-Nisaa: 48) dan syirik asghar (kecil) seperti riya'; menunjuk-nujuk dalam mengejarkan amal ibadah untuk medapatkan perhatian dan bukan semata-mata mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t.
bersambung...
Friday, April 8, 2011
Taraf - Tauladan Uwais al-Qarni
Rasulullah s.a.w menutup khutbah haji wida'nya dengan sabdanya yang bermaksud: "Anda yang hadir di Arafah ini hendaklah menyampaikan sesuatu daripadaku kepada mereka yang tidak hadir, kerana mungkin mereka yang mendengar daripadamu lebih cerdik dan bijak daripada kamu yang mendengar daripadaku sendiri." Justeru itu, imam al-Ghazali r.a mengingatkan agar tidak pandang rendah terhadap sesiapa jua, kerana kita tidak tahu boleh jadi orang yang dipandang rendah lebih baik daripada kita akhirnya.
Rasulullah s.a.w berpesan kepada Saiyidina Umar r.a dengan sabdanya yang bermaksud: "Jika kamu berjumpa dengan seorang dari Yaman yang bernama Uwais al-Qarni, hendaklah Uwais doakan kamu kerana doanya makbul. Uwais dikenali oleh ahli langit (para malaikat) walaupun tidak dikenali oleh ahli bumi (manusia).
Nabi s.a.w mengenalinya meskipun tidak sezaman dengannya, beliau wali Allah yang masyhur di kalangan para malaikat, kerana ketaatanya kepada ibunya dan kasih sayangnya kepada fakir miskin.Sebagai pengembala unta, beliau mendapat upah beberapa dirham, sebahagian kecil untuk belanja makan dan minum diri dan ibunya dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin.
Pada malam harinya, beliau berdoa kepada Allah andai pada hari itu ada orang yang mati kelaparan, semoga Tuhan tidak meletakkan kesalahan dosa kepadanya, kerana ia sudah tiada apa-apa lagi kerana semuanya telah diberi kepada fakir miskin.Pada zaman Abu Bakar as Siddik menjadi khalifah, Uwais tidak muncul sehingga Umar r.a sendiri menjadi khalifah, barulah dapat bertemu ketika Uwais menunaikan haji bersama kabilah dari Yaman. Beliau bertugas sebagai pengembala unta kenderaan kabilah tersebut.
Di kalangan kabilah dari Yaman ada yang merasa hairan bagaimana seorang Khalifah Amirul Mukminin yang mulia hendak bertemu dengan seorang pengembala unta yang mereka sifatkan sebagai kurang waras.Sedangkan beliau seorang wali Allah yang masyhur dikalangan para malaikat, dikenali oleh Rasulullah s.a.w yang belum pernah bertemu dengannya, namun mengetahui bahawa doa Uwais amat mustajab dan berkat. Sayidina Umar sentiasa mencari-carinya setiap kali datang musim haji.
Justeru itu ditegah memandag rendah walaupun terhadap orang fasik. Sedangkan akhir hayat orang fasik mungkin ditakdirkan Allah swt jadi salih. Islam melarang perlekeh sesama insan, sebaliknya kepada orang yang fasik hendaklah diberi nasihat agar menjadi Muslim yang baik.
Tuesday, March 22, 2011
Ayah - Tegasmu Dalam Kelembutan
Semoga Allah memelihara kehidupanmu di dunia dan akhirat.Semoga kita semua didalam petunjuk, rahmat dan kasih sayangNya..,
Wahai Allah, peliharalah diriku dan kedua ibu bapa ku serta ahli keluarga ku dari bahan bakaran api nerakaMu. Semaikanlah kasih sayang antara kami sekeluarga...
Wednesday, March 16, 2011
Selamat Hari Lahir Mak Yang Ke-51
16 Mac 1960, lahirlah seorang insan istimewa, menemaniku dikala duka, memberi semangat dikala ku kelemahan, mengajarku 'spelling' dari markah ku 10/20 terus ke 20/20, memberi 'layanan' first class kepada kami sekeluarga, yang menyayangi diriku, ayahku, kak tia, kak sa, pik, ming dan ajim, masakan mu sangat istimewa buat kami semua. Dialah emak ku, Siti Mariam Binti Ariffin. Banyak lagi jasamu tiada tandingan... Jauh telah langkahku jelajah
Dakapmu lama yang kurindu
Luas sudah kulihat dunia
Senyum mu ukiran terindah
Tiap perilaku dan budimu
Tiap airmata tumpah darah
Menjadi perlambangan sejati
Kasih tak bersyarat
Ibu redup matamu
Memayungi bahagiaku
Hanya di tapak kakimu
Terletaknya syurga buatku
Dakapmu lama yang kurindu
Luas sudah kulihat dunia
Senyum mu ukiran terindah
Tiap perilaku dan budimu
Tiap airmata tumpah darah
Menjadi perlambangan sejati
Kasih tak bersyarat
Ibu redup matamu
Memayungi bahagiaku
Hanya di tapak kakimu
Terletaknya syurga buatku
semoga dirimu sentiasa kuat menghadapi mehnah dunia yang penuh cabaran dan dugaan. Semoga Allah memanjangkan umurmu didalam amal kebajikan, memurahkan rezekimu dan memelihara dirimu didunia dan akhirat.
Wahai Allah, peliharalah hidup kami sekeluarga...
anakmu yang mengasihimu
Saturday, March 12, 2011
Qanaah Sifat Mulia
Sempat K hadiri usrah pemuda yang antaranya turut membincangkan sifat-sifat mulia yang perlu ada pada setiap diri yang bergelar mukmin sejati iaitu sifat qanaah yang semakin hari sifat ini semakin terhakis pada diri.
Oleh Dr Abdul Rashid Ahmad: QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.
Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti. Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata, “Orang yang bijaksana itu mengurus urusan dunianya dengan qanaah, urusan akhiratnya dengan bersegera, ilmu dan bersungguh-sungguh.”
Allah berfirman yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengerjakan amal salih, baik lelaki, mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.” (Surah al-Nahl, ayat 97)
Majoriti ahli tafsir mengatakan bahawa kehidupan yang baik di dunia ialah dengan qanaah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ulama sudah mengemukakan beberapa cara untuk memiliki sifat mulia ini antara lain ialah pertama, berjimat dalam perbelanjaan dan merancang perbelanjaan. Kedua, percaya bahawa dengan qanaah mendatang kemuliaan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Apabila seseorang itu bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya, maka dia tidak akan bersifat bakhil dan kedekut menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Tegasnya, dia menjadi seorang yang pemurah dalam masyarakatnya.
Dalam sejarah umat Islam, tercatat beberapa kisah mereka yang murah hati antaranya, diceritakan bahawa Abdullah bin `Amir membeli sebuah rumah kedai daripada Khalid bin `Uqbah dengan harga 90,000 dirham.
Tiba-tiba pada malam itu, dia mendengar anak isteri Khalid menangis. Lalu dia bertanya kepada isterinya: “Apa hal mereka itu?” Kemudian dia diberitahu bahawa mereka menangis kerana rumah mereka yang dijual.
Lantas Abdullah berkata kepada pembantunya: “Pergi dan suruh mereka datang ke sini.” Selepas mereka datang lalu dia terus menyatakan bahawa ambillah rumah itu kembali dan duit itu juga untuk kamu.
Dalam situasi dan ekonomi yang dihadapi umat manusia hari ini, alangkah beruntungnya umat Islam yang mendapat bimbingan daripada ajaran agamanya yang suci supaya tidak mengurus urusan dunia ini dengan kacamata keinginan nafsu semata-mata sebaliknya menjadi pengguna yang bijak , berhemat dan tidak tamak.
Jadikanlah sifat qanaah yang mulia ini sebagai senjata untuk menghadapi ujian dan cabaran hidup dunia sementara ini.
Sunday, March 6, 2011
As-Saufee - Rintihanku
Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti
Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan
Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa
Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya CintamuSungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi
Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan
Saturday, March 5, 2011
Masjid Bukan Alasan
Hidayah adalah milik Allah swt. Membimbing mempermudahkan dan menggerakan hati dan diri mendekatkan diri kepada Allah. Terkadang tertewas dengan pujukan duniawi. Segera merayu kepada Yang Maha Mengasihi agar ditetapkan hati berada di landasan yang benar.
“Tujuh Golongan yang akan dinaungi oleh Allah dibawah Naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya iaitu pemimpin yang adil, pemuda yang senantiasa rajin beribadah kepada Allah swt, laki-laki yang hatinya selalu terpaut dengan masjid, 2 orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah hanya kerana Allah. Laki-laki yang diajak berzina oleh perempuan yang berkedudukan tinggi lagi berparas cantik lantas ia berkata “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT”, Laki-laki yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan laki-laki yang senantiasa berdzikir kepada Allah hingga mengalir deras airmatanya”.
( Hadist Riwayat Bukhari-Muslim )
Muda-mudi pada zaman fitnah ini menganggap meniggalkan solat sebagai perkara yang ringan. Bukankah solat merupakan ibadah yang difardhu kan keatas umat Islam yang ber'akal'? Sekiranya solat bersendirian telah di pandang ringan, apatah pula solat yang dilakukan secara berjemaah??? Semoga Allah lindungi kita daripada termasuk di dalam golongan yang dimurkai Allah.
Sesetengah pula melengahkan waktu bersolat dengan pelbagai alasan; seperti kain yang dipakai berpeluh, tak jumpa masjid atau surau yang proper dan berbagai lagi alasan.
![]() |
| Bersolat di Sebalik Tembok |
| Di atas Tanah |
![]() |
| Berpayungkan sekaki Payung |
| Kawasan Luas |
| Berkaki Palsu |
| No Parking, Yes Solah |
![]() |
| Bersolat di Tepi Teksi |
![]() |
| Di Jalan Raya |
![]() |
| Sekatan Polis |
![]() |
| Kedai Pakaian |
![]() |
| Di Tepi Sampan |
![]() |
| Diatas Padang |
![]() |
| Di stesen keretapi |
![]() |
| Diatas Tangga |
Alangkah rugi nya umat nabi Muhammad yang melenggah dan meninggalakan solat. Betapa perlunya syafaat pertolongan Mu, di akhirat sana. Syafaatkan kami ya Rasul Allah.
Tuesday, March 1, 2011
Analogi Taqwa
Para sahabat utama Rasulullah s.a.w juga ada memberikan pengertian taqwa dengan pelbagai pendekatan:" Ubay bin Ka’ab memberi satu analogi yang sangat jelas apabila beliau ditanya oleh Sayidina Umar r.a tentang taqwa. Ubay menjawab: “Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?” Umar menjawab “Ya pernah.” Ubay menyambung: “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab: “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata: “Maka demikian juga taqwa.
" Abu al-Darda r.a perrnah berkata: “Kesempurnaan taqwa itu adalah apabila seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah (suruhan dan larangan) walaupun dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekali pun kerana takut jatuh dalam perkara yang haram"
Kata-kata sahabat Rasulullah s.a.w ini selaras dengan hadis Baginda yang bermaksud : " Tidak akan sampai seorang hamba kepada darjat orang yang bertaqwa sehingga dia meninggalkan hal kecil yang mugkin tidak mengapa kerana bimbang takut jatuh dalam perkara yang ditegah oleh Allah." (Riwayat al-Bukhari, Ahmad)
solusi 27
solusi 27
Saturday, February 26, 2011
Bebas Palestin
ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﷲ
ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
Hentikan penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara (3x)
Tuesday, February 22, 2011
al - Balad- Jalan Kebaikkan
2. Sedang Engkau (Wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
3. Demi manusia Yang melahirkan zuriat, dan zuriat Yang dilahirkannya;
4. Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
5. Patutkah manusia Yang demikian keadaannya (terpedaya Dengan kekuasaan Yang ada padanya dan) menyangka Bahawa tidak ada sesiapapun Yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
6. Manusia Yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah Dengan kekayaannya dan) berkata: “Aku telah habiskan harta benda Yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).
8. (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -
11. Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
12. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui: apa Dia amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
14. Atau memberi makan pada hari kelaparan -
15. Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
16. Atau kepada orang miskin Yang terlantar di atas tanah.
17. Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang Yang beriman dan berpesan-pesan Dengan sabar serta berpesan-pesan Dengan kasih sayang.
19. Dan (sebaliknya) orang-orang Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan kami, merekalah golongan pihak kiri. -
20. Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka Yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
3. Demi manusia Yang melahirkan zuriat, dan zuriat Yang dilahirkannya;
4. Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
5. Patutkah manusia Yang demikian keadaannya (terpedaya Dengan kekuasaan Yang ada padanya dan) menyangka Bahawa tidak ada sesiapapun Yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
6. Manusia Yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah Dengan kekayaannya dan) berkata: “Aku telah habiskan harta benda Yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).7. Adakah ia menyangka Bahawa tidak ada sesiapapun Yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
8. (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -
10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
11. Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
12. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui: apa Dia amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
14. Atau memberi makan pada hari kelaparan -
15. Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
16. Atau kepada orang miskin Yang terlantar di atas tanah.
17. Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang Yang beriman dan berpesan-pesan Dengan sabar serta berpesan-pesan Dengan kasih sayang.
18. (Ketahuilah! Bahawa orang-orang Yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
19. Dan (sebaliknya) orang-orang Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan kami, merekalah golongan pihak kiri. -
20. Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka Yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
Saturday, February 12, 2011
Hijjaz - Engkau Insan Sempurna
Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga
Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta
Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku
Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela
Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang
Menghadiahkanku seorang
Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa
Friday, February 11, 2011
Cintai Rasul - Berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W
Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya di pandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.
Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).


Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah.































