wahai pembela agama Allah, bersabarlah diatas ujian yang menimpa.kuatkan semangat kalian. yakinlah, kemenangan akan berpihak kepada pembela agama Allah...
Tuesday, August 24, 2010
Rabbani- Nun Di Sana
Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal
Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar besok kita tidak kekesalan
Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah ikhtibar kalau mahu sedar
Nun disana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan
Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk kesana
Ayuh bersegeralah menuju Allah
Taatillah Dia minta ampun pada-Nya
Mati bila-bila masa boleh tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia
Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah ikhtibar kalau mahu sedar
Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (As-Saff 61:1)
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (As-Saff 61:2)
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff 61:3)
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saff 61:4)
wahai pembela agama Allah, bersabarlah diatas ujian yang menimpa.kuatkan semangat kalian. yakinlah, kemenangan akan berpihak kepada pembela agama Allah...
Sunday, August 15, 2010
(K.K 12) Kau Pergi Jua; Kita Akan Pergi Jua
Tanggal 2 Ramadhan 1431H, selepas selesai menunaikkan solat maghrib, K menerima pesanan ringkas (sms) dari sahabat KIAS menyatakan kehilangan seorang teman seperjuangan akibat kemalangan jalan raya. Berita itu agak mengejutkan K. Sehari sebelum kejadian, K sempat berhubung dengan arwah berkaitan urusan waktu operasi di klinik KIAS sempena bulan ramadhan.
Pemergian arwah sukar diterima kerana arwah merupakan insan yang pemurah, senang berurusan dan ceria. Arwah merupakan anak bongsu. Hati ku mula berbisik, arwah meninggalkan dunia pada bulan yang mulia, pada hari yang baik (khamis malam jumaat). apakah sewaktu malaikat izrail menjemputku, adakah aku akan mati dalam keadaan beriman aau sebaliknya? Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.Ajal maut tidak mengira umur, dimana dan bagaimana akan terjadi. ia tetap akan berlaku.
"Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" - (surah Ali Imran : ayat 185)
Suatu janji yang pasti buat semua makhluk yang bernyawa. Kita milik-Nya, apabila tiba saat dan detik yang dijanjikan kita pasti pulang kepada yang Maha Pencipta. Tarikh kematian setiap makhluk tidak dapat diketahui oleh sesiapa pun termasuk para malaikat kerana ianya termasuk salah satu daripada lima perkara yang menjadi rahsia dan hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja. 1. Saat berlakunya hari kiamat
2. Saat turunnya hujan
3. Apa yang terkandung dalam rahim ibu
4. Apa yang akan dilakukan oleh seorang hamba pada esok hari
5. Di bumi mana seorang hamba-Nya akan mati.
Pernah berpesan Nabi Muhammad SAW :
“Apabila seorang anak Adam (MANUSIA) mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara:
1. sedekah jariah
2. ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain
3. anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
Justeru itu, marilah bersama-sama mengambil kesempatan sisa-sisa masa yang masih ada untuk beramal dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Semoga Allah swt menerima amal buat kita dan menempatkan kita kedalam syurga yang telah dijanjikan untuk hamba-hambaNya yang soleh dan solehah.al-fatihah buat allahyarham mohd syafiq masduki & allahyarhamah nur hidayah.
semoga dirimu sahabat sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah...
semoga dirimu sahabat sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah...
Thursday, August 12, 2010
(K.K 11) Ramadhan Kareem
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi
suci bersih mata K bila melihat ramai jemaah memenuhi ruangan solat di masjid an-naim; subuh yang pertama didalam bulan Ramadhan. bisik hatiku, diharapkan K dan seluruh jemaah yang menunaikkan solat subuh disini sentiasa diberi Allah istiqamah untuk bersama-sama mengimarahkan rumah-rumah Allah sepanjang Ramadhan dan selepas Ramadhan.
Alhamdulillah, syukur K kehadrat Allah swt, dapat dipertemukan lagi dengan bulan yang amat dinantikan oleh orang-orang yang mendambakan kasih sayang Mu, Allah. disini lah peluang untuk kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt dengan melaksanakan suruhan Nya serta dalam masa yang sama menjauhi segala laranganNya.“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” [ al-baqarah ayat 183].
Saidina Umar R.A pernah bertanya kepada sahabatnya Abdullah Bin Ka’ab tentang taqwa. Lalu Abdullah bin Ka’ab menjawab dengan memberikan persoalan kepada Saidina Umar dengan bertanyakan: “Pernahkah anda melalui satu jalan yang dipenuhi duri? Bagaimanakah anda melaluinya?” Maka dijawab oleh Saidina Umar “Ya, tentu sekali. Apabila aku melaui jalan yang dipenuhi duri, maka aku akan mengangkat sedikit pakaianku lalu aku berjalan dengan berhati-hati supaya tidak terpijak duri-duri itu”. “Maka, itulah taqwa.” Jawab Abdullah Bin Kaab.
Sifat berhati-hati serta teliti semasa menjalani ibadah puasa merupakan prasyarat yang diutamakan untuk kita memperoleh darjah ketaqwaan Allah. Bukan hanya setakat menahan lapar dan dahaga, malah kita juga dituntut untuk menahan segala perkara yang tidak membawa faedah serta perkara yang membawa kepada kemaksiatan.
Kita digalakkan memperhebatkan lagi amalan-amalan sunat seperti mengejarkan solat sunat, berzikir, membaca al-Quran; bersesuaian dengan hadith yang diriwayatkan Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat.

Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.
Allah mewajibkan keatas kita berpuasa pada bulan Ramadhan, mudah-mudahan, kita termasuk di dalam golongan orang yang bertaqwa. doa K, semoga bersama diberi kekuatan oleh Allah swt untuk terus istiqamah mengambil kesempatan terhadap ruang yang diberikan ini dengan menggandakan amalan-amalan yang melayakkan kita memperoleh redha dari Allah swt...
Monday, August 9, 2010
Haikal-Jauhnya Syurga
Ku cuba mengunyah keaiban di dalam diri ini
Yang tertuang dalam bekas kesedaran
Ku cuba menelan rasa cemas yang meracik hati dan jua perasaan ku
Di hening taubat dan penyerahan
Andai ditakdirkan waktu diundurkan kisah silam berulang
Pastinya kembali menganyan ilusi mewarnai mimpi
Selagi berpaut kepada impian yang entah terjadi
Menafikan takdir dan ketentuanNya merubahi nasib
Bukanlah ini kebetulan tapi suatu pertarungan
Diantara nafsu dengan keimanan
Ku sangka ku jumpa rupanya bayangan
Telah ku rentasi hutan penuh dosa
Mengapa ku ragu setelah dinyatakan
Kepastian yang belum ku temui
Sekian lamanya telah termateri suatu perjanjian
Jauhnya syurga untuk aku jejaki
syurga selayaknya dihuni oleh insan-insan yang mendambakan dirinya hanya kepada Allah semata-mata. dosa-dosa yang dilakukan adalah atas kejahilan diri yang melawan arus fitrah seorang hamba yang sepatutnya mentadbir diri menjadi seorang insan yang benar-benar bertaqwa. wahai Allah, pandulah diri ini kearah jalan yang engkau redhai...
Friday, August 6, 2010
Bilal Bin Rabah, Cintaku kepadaMu Kekasih Allah
Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, saidina Bilal r.a antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah.
Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama kekasih tercinta, Muhammad s.a.w. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan; sebuah tempat berdekatan Syam; untuk mengurangkan kesedihan hati.
Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh baginda s.a.w dalam mimpi. Baginda s.a.w berkata:
“Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.
Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi s.a.w. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi s.a.w telah meletakkan cintanya kepada Rasulullah s.a.w melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.
Sesuai melepas rindunya kepada baginda s.a.w di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi s.a.w, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi.
Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah s.a.w di masjid.”
Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi s.a.w kepadanya.
Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.
‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi s.a.w masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah.
Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan?’.
Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda s.a.w. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan nabi s.a.w selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi s.a.w.
(Adaptasi daripada riwayat ibnu asakir daripada sanad junaid)
Pesan Imam Hassan al-Banna
“Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah s.a.w datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah s.a.w, patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”
‘Baginda Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’
petikan: iluvislam.com
Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama kekasih tercinta, Muhammad s.a.w. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan; sebuah tempat berdekatan Syam; untuk mengurangkan kesedihan hati.
Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh baginda s.a.w dalam mimpi. Baginda s.a.w berkata:
“Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi s.a.w. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi s.a.w telah meletakkan cintanya kepada Rasulullah s.a.w melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.
Sesuai melepas rindunya kepada baginda s.a.w di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi s.a.w, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi.
Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah s.a.w di masjid.”Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi s.a.w kepadanya.
Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.
‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi s.a.w masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah.
Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan?’.
Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda s.a.w. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan nabi s.a.w selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi s.a.w.Pesan Imam Hassan al-Banna
“Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah s.a.w datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah s.a.w, patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”
‘Baginda Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’
petikan: iluvislam.com
Friday, July 23, 2010
All One - Arah
Ku sendirian di himpit sepi
Mencari arah di alam mimpi
Adakah masih ku kesampaian
Atau terputus di tengah jalan
Mendamba kasihMu Tuhan
Sanggupkah aku menahan siksa
Menanggung dosa yang ku lalui
Ku serah diri padaMu Tuhan
Terima segala taubatku
Dengarlah rintihan hatiku
Menanggung dosa yang ku lalui
Ku serah diri padaMu Tuhan
Terima segala taubatku
Dengarlah rintihan hatiku
Ke mana arah yang harus aku lalui
Adakah masih di sini
Perit tak terhingga
Aku mengharap padaMu Tuhan
Bawalah jalan menuju cahaya
Sesal tak terkata
Kerdilnya diriku di sisiMu
Bawalah jalan menuju cahaya
Sesal tak terkata
Kerdilnya diriku di sisiMu
Thursday, July 22, 2010
(K.K 10) Warkah Amalanku Didalam Nisfu Syaaban
Sekiranyan dipanjangkan umur usia, insyaAllah kita akan dapat bertemu suatu detik barangkali ramai masyarakat tidak menyedari dimana buku catatan amalan seseorang anak adam ditutup, diangkat ke langit dan buku catatan amalan yang baru di buka. " apabila tiba bulan Syaaban, berniatlah untuk memperbanyakkan amal ibadat"
Detik yang dinamakan nisfu syaaban untuk tahun 2010 ini bermula sebaik sahaja masuk waktu solat fardhu maghrib pada hari Isnin ini; 26 Julai 2010 (14 Syaaban 1431H) dimana buku catatan amalan selama setahun diangkat kelangit dan digantikan dengan buku catatan amalan yang baru bermula sebaik sahaja masuk waktu solat fardhu maghrib.
"Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk minta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan pada bulan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa".
Ada sesetengah pihak memandang cara-cara sebahagian besar umat manusia di Malaysia menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca yassin sebanyak 3 kali adalah bid'ah dan taksub. Pandangan K pula, amalan membaca surah Yassin sebanyak 3 kali adalah baik (bid'ah hassanah) dan bukannya melakukan perkara-perkara yang lagha (sia-sia). Perkara yang mendekatkan diri kepada Allah sepatutnya perlu di perhebatkan bukan di litupi dengan percanggahan yang tidak tepat.
Kelazimannya, menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan amalan membaca surahYaasin sebanyak tiga kali selepas sembahyang fardu maghrib dan setiap kali lepas membaca Surah Yaasin,disertakan bacaan doa.
Pada bacaan surah Yaasin pertama diniatkan dengan memohon di panjang umur dalam mengerjakan taat kepada perintah dan tegahan Allah, pada bacaan kali kedua diniatkan agar di murah rezeki yang halal dan berkat dan pada bacaan kali ketiga diniatkan dengan memohon agar ditetapkan iman dan islam didalam diri dan meninggalkan dunia didalam keadaan beriman.
![]() |
Terdapat 6 golongan dimana Allah tidak akan menghiraukan permohonan ampunan dosa mereka pada malam Nisfu Sya'aban. Semoga kita dijauhi daripada 6 golongan tersebut. Antaranya:-
1. Orang yang kekal meminum arak.
2. Orang yangmenderhakai kedua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam berzina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan penjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Tuesday, July 20, 2010
Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan
Rasulullah saw bersabda : "Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah ."(HR Muslim)
Bagaimana agar sentiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain:- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yang bagus untuk kesihatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa rapi; bersih. Setiap hari Khamis atau Jumaat baginda mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan memakai minyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)
TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN.
Sabda Rasulullah saw : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
GEMAR BERJALAN KAKI.
Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.TIDAK PEMARAH.
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah semata-mata, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
- Membaca Ta'awwuz, kerana marah itu dari Syaitan.
- Segeralah berwudhu'.
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA.
Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.
TAK PERNAH IRI HATI.
Untuk menjaga kestabilan hati, kesihatan jiwa serta menjaga mentaliti, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.
Sunday, July 18, 2010
FarEast - Saat Lafaz Sakinah
Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
sudahkah diriku dan dirimu bersedia? besarnya tanggungjawab menanti diriku dan dirimu. adakah hubungan yang bakal dibina kekal hingga ke syurga? lafaz yang bakal diucapkan bukan sekadar lafaz biasa tetapi lafaz yang akan dipikul bersama hingga ke syurga. semoga dirimu dapat mengenali sifat dan tingkah laku ku agar dapat bersama melayari bahtera hidup sehingga ke syurga...
Saturday, July 17, 2010
(K. K 9) masihkah ada ruang untukku???
"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarlah mengenainya perumpamaan itu. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. amat lemahlah yang menyembah dan amatlah lemah (pulalah) yang disembah." (al-hajj: 73)
K K bangun bangun, subuh doh. K K bangun, subuh doh. suara pok jieb mengejutkan ku di pagi jumaat. syukur, Allah masih beri peluang untuk ku meneruskan kehidupan. dapat menghirup udara, suatu nikmat yang tiada tandingan masih diberi hidup dalam keadaan iman dan islam. K bergegas ke bilik air dengan harapan dapat mengerjakan solat subuh berjemaah di mussala seberang jalan.
ternyata Allah masih sayang kan K, walaupun penuh dosa-dosa semalam, K masih diberi Allah kesempatan sujud sajaddah bersama Cikgu Lah (imam). bacaan surah sajjadah oleh Cikgu Lah amat terasa. dahulu K hafal surah ni, tetapi sekarang perlukan bimbingan. Ya Allah, adakah ini balasan kepada dosa-dosa semalam???
Seperti biasa, selepas solat subuh di mussala an-naim Berek 12, akan diadakan sedikit bacaan risalah taalim oleh Cikgu Lah. Pagi jumaat selalunya diisi dengan amalan-amalan sunat seperti ziarahi pusara tok ayah, che, tok aki dan saudara yang lain di kubur tanjong bersama opah. tetapi hajat kami terbatas. pusara di kubuir tanjong dipenuhi rumput, lalang yang tebal. agak sukar untuk kami masuk. begitu cepat sekali rumput-rumput ni tumbuh, bisik hati K...
Selepas menziarahi perkuburan, kami pulang ke rumah untuk bersiap-siap ke medan ilmu. disana seperti biasa, medan ilmu dipenuhi oleh segenap lapisan rakyat kelantan mendengar pengisian daripada ahli-ahli agama anataranya tok guru. alhamdulillah, tok guru masih sihat.
"wahai tuhan, ajarkan kami ilmu yang berguna. Ingatkan kami apa yang kami lupa"
itulah doa yang dimulakan oleh tok guru, sebelum memulakan kuliah. antara yang disebut di dalam kuliah tersebut, tok guru menyentuh mengenai kelebihan bulan syaaban. menurut tok guru, Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadah puasa sunat lebih kerap daripada berpuasa pada bulan-bulan lain. ada seorang sahabat bertanyakan mengapa Baginda berpuasa lebih? Nabi menjawab, pada bulan syaaban, malaikat silih berganti menaikkan buku amalan kita. harapan, Allah dapat menghapuskan dosa-dosa K dengan amalan-amalan sunat yang dikerjakan.
Nabi juga mengandakan amalan puasa sunat didalam bulan syaaban adalah bagi menghidupkan amalan-amalan sunat yang dikerjakan didalam bulan isra' mikraj (Rejab) dan sebagai persiapan menyambut bulan puasa (Ramadhan). Kesimpulan dari kuliah pagi, tok guru berpesana agar menitik beratkan kepada tiga perkara.
nikmat Allah berikan kepada K terlalu luas. tetapi adakah ada secebis rasa syukur dihati? terbayang dosa-dosa semalam. masihkah ada ruang untukku? dosa dilakukan tiada bertepi. adakah cukup bekalan untuk hari mendatang?
"wahai Allah, berilah kekuatan iman kepada kami melawan hasutan syaitan dan nafsu yang membunuh. jauhilah diri kami dari sifat munafik. sesungguhnya hanya engkau tempat memohon pertolongan"
"...... maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu kepada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-bik penolong." (al-hajj: 78)
K K bangun bangun, subuh doh. K K bangun, subuh doh. suara pok jieb mengejutkan ku di pagi jumaat. syukur, Allah masih beri peluang untuk ku meneruskan kehidupan. dapat menghirup udara, suatu nikmat yang tiada tandingan masih diberi hidup dalam keadaan iman dan islam. K bergegas ke bilik air dengan harapan dapat mengerjakan solat subuh berjemaah di mussala seberang jalan.ternyata Allah masih sayang kan K, walaupun penuh dosa-dosa semalam, K masih diberi Allah kesempatan sujud sajaddah bersama Cikgu Lah (imam). bacaan surah sajjadah oleh Cikgu Lah amat terasa. dahulu K hafal surah ni, tetapi sekarang perlukan bimbingan. Ya Allah, adakah ini balasan kepada dosa-dosa semalam???
Seperti biasa, selepas solat subuh di mussala an-naim Berek 12, akan diadakan sedikit bacaan risalah taalim oleh Cikgu Lah. Pagi jumaat selalunya diisi dengan amalan-amalan sunat seperti ziarahi pusara tok ayah, che, tok aki dan saudara yang lain di kubur tanjong bersama opah. tetapi hajat kami terbatas. pusara di kubuir tanjong dipenuhi rumput, lalang yang tebal. agak sukar untuk kami masuk. begitu cepat sekali rumput-rumput ni tumbuh, bisik hati K...Selepas menziarahi perkuburan, kami pulang ke rumah untuk bersiap-siap ke medan ilmu. disana seperti biasa, medan ilmu dipenuhi oleh segenap lapisan rakyat kelantan mendengar pengisian daripada ahli-ahli agama anataranya tok guru. alhamdulillah, tok guru masih sihat.
itulah doa yang dimulakan oleh tok guru, sebelum memulakan kuliah. antara yang disebut di dalam kuliah tersebut, tok guru menyentuh mengenai kelebihan bulan syaaban. menurut tok guru, Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadah puasa sunat lebih kerap daripada berpuasa pada bulan-bulan lain. ada seorang sahabat bertanyakan mengapa Baginda berpuasa lebih? Nabi menjawab, pada bulan syaaban, malaikat silih berganti menaikkan buku amalan kita. harapan, Allah dapat menghapuskan dosa-dosa K dengan amalan-amalan sunat yang dikerjakan.
Nabi juga mengandakan amalan puasa sunat didalam bulan syaaban adalah bagi menghidupkan amalan-amalan sunat yang dikerjakan didalam bulan isra' mikraj (Rejab) dan sebagai persiapan menyambut bulan puasa (Ramadhan). Kesimpulan dari kuliah pagi, tok guru berpesana agar menitik beratkan kepada tiga perkara.
i) menunaikan solat fardhu dengan cermat. berusaha untuk mengetahui maksud bacaan agar memperoleh kekusyukan,
ii) beriman kepada benda ghaib. yakini bahawa malaikat sentiasa mencatit amal perbuatan kita. menyakini bahawasanya akan ada dhari pengadilan dan
iii) menyalurkan harta yang diperoleh secara halal dengan kaedah yang betul seperti menafkah kan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan.
nikmat Allah berikan kepada K terlalu luas. tetapi adakah ada secebis rasa syukur dihati? terbayang dosa-dosa semalam. masihkah ada ruang untukku? dosa dilakukan tiada bertepi. adakah cukup bekalan untuk hari mendatang?"wahai Allah, berilah kekuatan iman kepada kami melawan hasutan syaitan dan nafsu yang membunuh. jauhilah diri kami dari sifat munafik. sesungguhnya hanya engkau tempat memohon pertolongan"
"...... maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu kepada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-bik penolong." (al-hajj: 78)
Wednesday, July 14, 2010
Melayu : Marilah bersatu dengan tali Allah
http://episodeperjuangan.blogspot.com/
1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Ali Imran ayat 103 - 105 .
dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .
dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .
dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .
2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .
3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]
4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :
dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .
5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .
6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau waddah yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :
Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .
7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .
8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .
9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .
10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia .

Tuesday, July 13, 2010
Castury - Sandaran Harapan
Aku putus harapan
Keliru memikirkan pada siapa harus kusandarkan
Bicara hati ini yang sangat merunsingkan
Pada-Mu oh Tuhan ku mohon pimpinan
Telah sekian lama kusemaikan
Cinta dan kesetiaan hanya pada insan
Namun kini yang ku tuai hanyalah kesedihan
Dilukai oleh cinta yang memeritkan
Aku diburu kenangan silam
Di kala leka dibuai percintaan
Tiada ku sedar apa yang aku lakukan
Semuanya tersasar dari landasan
Ya Allah telah kumungkiri janji-janji pada-Mu
Ya Allah telah kukhianati segala amanah-Mu
Bagaimanakah untuk ku kembali kembali pada-Mu
Mendapatkan kepercayaan Mu oh Tuhan
Sunday, July 11, 2010
(K.K 8) meriah di tanjong mas
Seperti biasa, PAPISMA diberi tugasan mengendalikan khidmat kesihatan percuma dan khidmat nasihat mengenai gaya hidup yang sihat kepada pengunjung yang menghadiri program tersebut.
Pelbagai aktiviti disusun oleh urusetia penganjur dan diantaranya ialah persembahan disetiap UPU seprti pertandingan gerai tercantik, pertunjukan rebana ubi, silat cekak, pertandingan tarik tali, pertandingan melukis, sukaneka rakyat, pameran gerai jualan, jamuan rakyat, pertandingan pakaian beragam, pertandingan bayi sihat, dikir barat, ceramah agama, khidmat kesihatan dan banyak lagi.Segala jasa sumbangan tenaga yang dikerahkan didahului ucapan terima kasih. Hanya Allah swt yang mampu membalasnya. InsyaAllah, kita berjumpa didalam program akan datang. Semoga ukhwah diantara kita tetap utuh... amin.
Thursday, July 8, 2010
(K.K 7) berkatilah rezekiku
zerufffff...... zerufffff. bunyi pusingan roda...
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (al-Baqarah ayat: 261)
Itulah ayat yang sering K perhatikan selepas selesai mengerjakan solat isyak di Masjid An-Naim, Sri Cemerlang. Kota Bharu. Ayat itu dilekatkan bersama-sama tabung masjid bergerak. K mula terlintas sesuatu dan perasaan yakin pada Allah semakin menebal. Maha Suci Allah, yang ayat-ayat yang diturunkan adalah amat betul. ia betul-betu terjadi pada diri K sendiri.Alhamdulillah, rezeki K di sini agak murah. Walaupun gaji yang diperoleh tidak terlalu tinggi, tetapi ia dapat menampung kehidupan K disini. Amalan bersedekah walaupun dengan nilai yang sedikit tetapi ikhlas membawa kepada keberkatan.
Percaya dan yakin dengan kata-kata Allah, K cuba meletakkan diri dalam keadaan beristiqamah, bersedekah seikhlas mungkin. walaupun dengan wang kertas seringgit yang agak konyot. dengan harapan bahawa sedekah yang dikeluarkan diterima Allah. teringat pesan Mak, ape-ape yang kita sedekahkan, niatkan juga untuk ahli keluarga yang masih hidup dan yang telah meninggalkan kita.
Terlintas hadis Rasulullah yang diriwayatkan daripada Muslim bermaksud : “Daripada Abi Zar r.a, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat Rasulullah s.a.w berkata kepada baginda: Ya Rasulullah! Orang-orang yang mempunyai harta (kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami). Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang dan mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka.Rupa-rupanya, banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk bersedekah. senyum itu juga merupakan satu sedekah. Mengamalkan solat sunat dhuha 2 rakaat juga dapat melapangkan rezeki kita. SubhanAllah, Maha Suci Allah. Betapa besarnya nikmat Allah kepada hamba-hambanya...
Saturday, July 3, 2010
(K.K 6) tanda Nabi SAW tidak akan lama di Mekah
Isra' dapat diertikan perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekkah ke Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis di Palestin, sementara Mikraj pula dapat diertikan perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid Aqsa di Baitulmaqdis merentasi tujuh lapisan langit hingga ke Sidratul Muntaha dimana perjalanan ini tidak mampu tercapai oleh akal fikiran manusia apatah lagi ianya hanya berlaku pada satu malam.
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1)
Peristiwa agung ini berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita selepas kehilangan dua insan yang amat dikasihi iaitu isterinya, Saidatina Khadijah Binti Khuwailid dan bapa saudaranya, Abu Talib. Kedua-dua insan ini amat membantu baginda dalam permulaan proses menyebarkan agama Allah kepada seluruh manusia. Baginda dicerca, ditindas dan dipulau oleh seluruh masyarakat kafir quraisy. ugutan bunuh dikeluarkan kepada baginda oleh pemimpin kafir quraisy. Disaat kesedihan yang amat sangat, Jibril mendatangi baginda membawa khabar gembira untuk di isra' dan mikraj bertemu Maha Pencipta. Disini dapat diambil beberapa pengajaran yang berguna sempena peristiwa agung tersebut. Antaranya:
i) Kewajipan umat Nabi Muhammad SAW melaksanakan solat lima waktu sehari semalam.
- Begitu kasihnya Nabi kepada umatnya yang mana baginda memberanikan diri memohon kepada Allah swt agar diringankan bilangan waktu solat daripada 50 waktu kepada 5 waktu.
Kewajiban ibadah solat ini adalah disampaikan Allah terus kepada Nabi saw tidak seperti ibadah-ibadah yang lain seperti puasa dan zakat yang diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril. Ini menunjukan betapa penting dan istimewanya ibadah solat yang merupakan tiang agama.

Walaupun bilangan waktunya dikurangkan kepada 5 waktu tetapi pahalanya menyamai 50 waktu solat. Beza antara orang Islam dan orang kafir adalah menunaikan solat. Cuba kita lihat pada zaman sekarang, ramai orang yang bergelar diri mereka Islam tetapi meringan-ringankan ibadah solat.
Tidakah mereka meyakini bahawa solat dapat mencegah diri daripada perkara keji dan mungkar? Tidakah mereka mengetahui bahawa solat dapat melapangkan rezeki seseorang? Alangkah kufurnya mereka terhadap nikmat yang Allah kurniakan??? Semoga Allah melindungi kita dari ujian-ujian yang tak mampu kita tempuhi.

ii) Menguji tahap keimanan kepada Allah dan RasulNya.
-Perjalanan Rasulullah SAW dalam peristiwa itu mencabar pemikiran manusia secara keseluruhannya. Hanya manusia yang beriman dan meyakini kekuasaan Allah saja yang dapat menerima kejadian itu sebagai kebenaran dan lambang kekuasaan Allah.
Bayangkan kita berada di zaman tersebut, kuatkah hati kita sebagaimana kuatnya hati para sahabat Nabi yang tiada secebis pun perasaan syak curiga keatas kata-kata yang disampaikan oleh Rasul Allah yang tidak tercapai akalnya? masihkan kita curiga mengenai kehadiran hari berbangkit? apakah kita tahu bahawa setiap amal perbuatan kita dicatit oleh malaikat dan diperhatikan oleh yang Maha Pencipta?
Bayangkan kita berada di zaman tersebut, kuatkah hati kita sebagaimana kuatnya hati para sahabat Nabi yang tiada secebis pun perasaan syak curiga keatas kata-kata yang disampaikan oleh Rasul Allah yang tidak tercapai akalnya? masihkan kita curiga mengenai kehadiran hari berbangkit? apakah kita tahu bahawa setiap amal perbuatan kita dicatit oleh malaikat dan diperhatikan oleh yang Maha Pencipta?Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya dapat dijadikan benteng diri daripada hasutan syaitan dan nafsu disamping dapat meningkatkan keimanam terhadap perkara ghaib dan meyakini bahawa Al-Qur’an dan Hadith sebagai petunjuk, panduan dan penyelesai kepada setiap masalah hidup manusia.
"Ya Allah, tetapkan iman kami kejalan yang Engkau redhai. Wahai Allah, peliharalah diri kami, peliharalah ihsan kami agar kami meyakini setiap gerak geri kami diperhatikan oleh Mu. Wahai Allah, maafkanlah segala dosa-dosa kami, sesungguhnya kami telah banyak melampaui batas... amin."