Tuesday, January 24, 2012
Andainya Kematian Kau Tangisi
Andainya
kematian kau tangisi
Pusara
kau siram dengan air matamu
Maka
di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Kematianku
hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi
panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Puaka
kegelapan pastikan lebur
Fajarkan
menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Sempatkah aku melihat Malaysia ditadbir menggunakan sistem
perundangan Islam? Ya Allah, sampaikanlah aku pada saat kemenangan Agama Mu di
Tanah Air ku sendiri... Amin.
Sunday, January 22, 2012
Resah Seorang Gadis
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke
dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung
kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah
menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang
ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah,
sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan
mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis
tadi.
"Jika tidak jadi
keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula
tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam
neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia
amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar
kerana kekeringan sekelip mata."
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya
dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai
tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk
bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus
mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni
syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang
amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai
ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin
membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut
perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua
penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada
isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika
didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima
oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu
dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka
telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan
mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa
engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil
airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan
tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon
petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka
disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut
sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan
segala dosanya terampun.