Pages

Tuesday, May 22, 2012

Sahaja Aku Mencintai Mu


Ku cinta pada-Mu
Lebih dari segala-gala
Mampukah kupertahankan cinta ini
Dalam mengabdikan diri pada-Mu

Andai ada kata yang lebih baik
Dari ucapan terima kasih
Pastikan kuucap setulus hati
Tanda cintaku pada-Mu

Lailahaillallah, Allahu Rabbi
Lailahaillallah, Allahu Akbar!

Andai ada hadiah yang lebih baik
Dari melodi syukurku
Semestinya kupersembahkan pada-Mu
Tanda cintaku, tanda cintaku...
Pada-Mu!

Hasbi Rabbi jallallah
Mafi Qalbi ghairullah
Nur Muhammad Sallallah

Setiap hela nafas
Setiap gerak tangan
Setiap degup jantung
Setiap gerak kaki

Takkan pernah bermakna
Tanpa cinta-Mu..

Pencipta lagu dan lirik: Ajwad Du'a
Artis: Du'a feat Ustaz Amal
Music Arrangement : Bro Kautsar (Kalsa Studio)
Third/ Backup voice: Amad


Monday, May 14, 2012

Memo Pengantin Buat Syakir



Assalamualaikum buat pengantin baru…

Barakallahulakum. Tahniah kerana berjaya melangkah ke alam perkahwinan, alam penuh kenikmatan, keberkatan dan kedewasaan. Sebelum melangkah jauh dalam alam rumahtangga, sebaiknya suami isteri kembali merenung. Kenapa kita berkahwin ? Kenapa awak yang saya pilih sebagai pasangan hidup saya ? 

Jika kita berkahwin kerana mencari redha Allah dan memilih pasangan hidup berdasarkan agamanya. Maka ia adalah permulaan bahagia yang membawa kita bercinta hingga ke Syurga. Jika kita berkahwin hanya kerana cinta, darjat, harta dan rupa, maka kembalilah berniat agar pernikahan ini adalah jalan mencapai redhaNya.

Agama adalah tiang kepada setiap pernikahan. 

Tanpa agama, sebuah pernikahan gagal untuk bertahan lama dalam mengharungi samudera kehidupan yang cukup mencabar ini. Teruslah mempersiapkan iman menjadi suami soleh dan isteri solehah kerana kalian bakal mendidik generasi yang soleh solehah mendepani zaman mereka yang penuh godaan. Bukan senang dan jaga dan didik anak ni tau :)

“Jagalah dirimu dan keluargamu daripada azab api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar lagi keras serta mentaati segala perintah Allah” (66:6)

Komunikasi dan tolak-ansur

Lelaki dan wanita mempunyai cara berkomunikasi yang berbeza. Adalah sangat baik untuk kalian mendalami ilmu berkomunikasi lawan jantina. Kegagalan dalam berkomunikasi mampu mencetuskan masalah dalam rumahtangga. Sebagai individu yang dibesarkan dalam 2 dunia berbeza, suami isteri tentunya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, tolak-ansur dan saling membantu sangat perlu untuk kerukunan rumahtangga. Jangan lupa untuk bawa-bawa berbincang kerana setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya.

Pesanan khas untuk baitul Dakwah,
Ambillah sedikit ruang untuk kalian saling mengenali pasangan, keluarga pasangan dan kehidupan baru yang sedikit berbeza berbanding dulu. Tetaplah menjaga iman, harakah dan dakwah. Belajarlah menjadi manusia matang yang tidak terlalu mengharap kesempurnaan kerana setiap dari kita punya kelebihan dan kekurangan.

Akhir kata, pernikahan adalah dunia kita merasa erti pengorbanan ibubapa kita yang telah mendidik kita sedewasa ini. Belajarlah dalam mengharungi dunia baru yang penuh tanggungjawab ini, bersabarlah dengan setiap musibah yang menimpa dan bertawakkallah hanya kepadaNya. Setiap saat adalah ibadah jika diniatkan kerana Allah.

Semoga nukilan ini menjadi titipan berharga sebagai bekal bahtera pernikahan kalian mengharungi samudera kehidupan ini. Ucapan maaf kerana tidak dapat hadir ke hari bahagia tersebut. Wassalam…

Ikhlas daripada:
Ummu Uswah sekeluarga

Saturday, May 12, 2012

Warkah Terbuka Buat Syakir


salam buat saudaraku syakir...

dikala tinta ini menulis, saya pasti akhi telah bergelar seorang suami...yang pasti mempunyai tanggungjawab baru,semangat baru,mimpi baru & baju baru...kalau dulu akhi sibuk ke hulu ke hilir bersama papisma ...tapi kini kesibukan itu bertambah lagi dengan peranan yang baru. Sungguh akhi...telah menyempurnakan separuh drp agama, maka separuh lagi adalah taqwa kepdaNYA.

saudaraku syakir...alam rumahtangga cukup indah & manis kerana dialah peneman dikala kita sedih & gembira...jadilah nakhoda yang berjatidiri bawalah bahtera ke tempat yang diredhai...

bro kir...

akhir kalam...marilah sama2 kita mengingati pesan Almarhum Syed Qutb...kalau kita hidup utk diri kita sendiri maka kita akan merasa sempitnya dunia ini tetapi kalau kita hidup demi perjuangan yang suci kita akan merasakan betapa luasnya rahmat Allah dibumi ini..

Selamat pengantin baru buat kalian berdua...

Regards

'treating patient not disease'

Dr hashairi usm @ kaktus berduri 1433H
Sent from Yahoo! Mail on Android

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase