Pages

Wednesday, December 15, 2010

Ayuh Bertukar Kepada Dinar & Dirham

Syukur masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah; masih diberi kesempatan menghirup oksigen didalam fitrah Islam dan Iman. Syukur di rafa' kan kepada Allah memberi hidayah, menggerakkan hati  dengan berlandaskan  dua mukjizat teragung, al-Quran dan Hadith sebagai pembimbing hati di sepanjang jalan menuju ke negeri yang kekal abadi. InsyaAllah...

Perbincangan mengenai mataawang syariah iaitu dinar dan dirham kembali hangat diperkatakan. Masyarakat mula menunjuk minat terhadap sistem dan konsep matawang Islam. Perbincangan Antarabangsa; Langkawi Islamic  Financial Economics (LIFE 2010) yang berlangsung kini turut menyentuh mengenai kepentingan penggunaan dan penyimpanan matawang dinar dan dirham menggantikan penggunaan wang kertas pada masa akan datang. 

Ada kemungkinan suatu hari nanti matawang dollar Amerika jatuh menjunam dan matawang syariah kembali menguasai dunia. Apakata kita mempersiapkan diri dengan kemungkinan-kemungkinan ini.

Terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W berkaitan dinar.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. "(Hadis)

"Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)

Sedikit penerangan ringkas yang boleh dikongsi bagi memudahkan kefahaman sahabat semua mengenai kelebihan penggunaan matawang syariah ini:

1.Sahabat cuba ambil sekeping wang kertas dan potong wang kertas itu beberapa keping. Bawa salah satu kepingan wang kertas tersebut ke pasar untuk beli barang. Laku tak? tak kan? Sekiranya emas dinar di potong-potong, tetap ada nilainya!

2. Baru-baru ini berlakunya inflasi yang hebat di negara Vietnam. Cetakan wang kertas dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh Kerajaan Junta , namun rakyat lebih arif  dan mereka telah bersedia dengan simpanan emas!

3.Jika perang berlaku , duit kertas x de harga! emas dan perak juga menjadi urusan jual beli.

4. Negara mana yang paling banyak mengumpul emas ? Jawabnya Israel dan US. Mereka giat mengumpul emas dan menjual wang kertas kepada negara-negara lain..amacam bijak tak?

5. Kalau simpan duit dalam bank dapat apa? nilaian dinar dikatakan setiap hari ada kenaikkannya. http://www.publicdinar.com/.
 
Tahukah sahabat semua koin dinar dan dirham “nilainya” berada ada sukatan berat timbangan logamnya? Ini bermakna bahawa “nilai” koin-koin ini berada pada zatnya. Berbeza dengan wang-wang kertas dimana “nilainya” hanyalah pada angka tulisan yang dicetak atas kertas tersebut semata!


Ini juga bermakna koin dinar dan dirham “nilainya” ditentukan oleh Allah SWT pada salah satu namaNya yang Maha Agung- Allah adalah Ar Razak ( Allah SWT Pemberi Rezeki). Allah SWT sendirilah yang menentukan banyak manakah emas dan perak mampu digali oleh manusia. Sebaliknya wang-wang kertas; “nilainya” ditentukan oleh pihak berkuasa atau pemerintah! Ini bererti pihak berkuasa menandingi kuasa Allah SWT dalam memberi rezeki?

Spesifikasi dinar emas Kelantan

Piawaian dinar dan dirham Kelantan adalah dipantau oleh World Islamic Mint (WIM) dan piawaian yang ditetapkan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a iaitu : setiap keping 1 dinar ialah keberatan mithqal yang bersamaan dengan 4.25 gram emas berketulenan 22 karat (97.66% emas). Piawaian ini menetapkan hubungan antara dinar dan dirham sebagai berat 7 dinar bersamaan dengan berat 10 dirham. Ini bererti 1 keping dirham ialah 2.975 gram atau (7/10) daripada 1 mithqal emas. 

Sama-sama kita fikirkan...

Monday, December 13, 2010

Luasnya Neraka Allah

Yazid Ar-Raqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya.

"Maka ditanya oleh Nabi S.A.W.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka? "Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api Neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahwa Neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
 
Lalu Nabi S.A.W. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat Jahannam. "Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya seperti pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: yaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibril:

1. "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

2. Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
 
3. Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

4. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

5. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

6. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya:

7. "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi S.A.W. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi S.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar Nabi S.A.W bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi S.A.W menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi S.A.W. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadits Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKu itu:
  1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
  2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
  9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandung lautan racun yang hitam pekat.
  10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
  11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Monday, December 6, 2010

Are Buddy - Faqirnya Aku




Ya Allah aku hamba yang maha faqir
Sentiasa mengharap akan kekayaanMu
Aku hamba yang maha lemah
Sentiasa mengharap kepada bantuanMu

Ya Allah bagaimana ku ingin ku mengadu padaMu
Sedangkan ia tidak pernah tersembunyi dari Mu
Bagaimana ku ingin jelaskan segala urusanku
Sedangkan segala-galanya dariMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau Tuhan yang Maha Perkasa
Yang menguasai isi alam semesta
Segala pujian hanyalah untukMu
Rahmatilah diriku ini

Oh Tuhanku alangkah dekatnya Engakau kepadaku
Tetapi jauhnya aku daripadaMu
Oh Tuhanku alangkah kasihnya Engkau kepadaku
Tetapi sering ku lupa segala kurniaanMu

Engkau yang telah menjadikan diriku
Aku hambaMu berada digengamanMu
Ku berlidung dari kejahatan
Yang telah ku lakukan
HanyaMu Tuhan pengampun segala dosa

Kau Maha Pengasih... 

Ampunilah dosa-dosa kami wahai Allah. Tak terkira dosa-dosa yang telah kami lakukan. Hanya padaMu diri ini berserah diri...

Sunday, December 5, 2010

Ibnu Abbas Bersedekah Dengan Matanya

Ibnu Abbas penterjemah Al-Quran serta lautan dan dakwat umat, dia menangis takutkan Allah sehingga buta kedua-dua matanya lalu salah seorang mengatakan agar bersabar atas apa yang menimpanya, lalu Ibnu Abbas melaungkan:

Jika Allah mengambil cahaya kedua-dua mataku;
Maka dalam hatiku ada cahaya dari keduanya.
Hatiku cerdik dan akalku tidak bengkok;
Dan mulutku tajam bagaikan pedang yang terhunus.

Dalam hadith Qudsi: Sesiapa yang Aku uji dengan dua kekasihnya (dua matanya) lalu bersabar, Aku menggantikan keduanya dengan syurga! Sa'id bin Al-Musayyab Iman tabi'in menangis dengan cinta yang benar sehingga hilang penglihatannya untuk mencari keredhaan Allah, demikian juga Yazid bin Harun muhaddis terkenal buta kerana terlalu banyak menangis, lalu dikatakan kepadanya di mana dua mata yang indah itu? Katanya: keduanya telah dihilangkan - demi Allah - oleh tangisan diwaktu sahur!

Adapun salah seorang penyair maka dia menangisi kekasihnya lalu buta matanya, maka dia berkata:

Adakah dua mataku buta dari hatiku maka sesungguhnya ia;
Termasuk kezaliman dua orang berusha membunuh seseorang.
Sungguh mataku telah buta dari banyaknya tangisan
Kerana perpisahan kekasih atau mengingati yang hilang.

Maka Ibnu Abbas hilang penglihatanya kerana mencari keredhaan Allah maka balasannya syurga, sedang mereka ini hilang penglihatannya kerana fulanah maka balasannya ialah kemuflisan, penyelesaian dan kerugian.

Dr. Aidh Abdullah al-Qarni - Penyinaran

Saturday, December 4, 2010

Ayuh Berhijrah, Perbaiki Diri

26 Zulhijjah, tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita melabuhkan tirai tahun 1431 Hijrah. Banyak yang telah dilalui dalam tempoh tahun tersebut. Ada yang baik dan sebaliknya, tetapi apa yang penting masa yang berlalu itu sebenarnya menandakan bahawa umur kita semakin meningkat dewasa dan semakin tua. Sedar atau tidak, kita semakin hampir dijemput Allah disisi-Nya sebagai hamba yang diamanahkan segenap tanggungjawab semasa hidup didunia.

Hijrah adalah satu peristiwa yang besar dan agung didalam sejarah Islam. Semua orang Islam wajib mengetahuinya. Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat ke Madinah al-Munawarrah telah menjadikan dakwah Islam berpindah ke satu tahap yang baru dan lebih mencabar. Muslimin juga boleh beribadah dengan lebih selamat dan terbuka kerana akhirnya mereka meiliki negara tersendiri.

Daripada Aisyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidak ada hijrah selepas pembukaan (Mekah), tetapi jihad dan niat (yang baik). Apabila kamu disuruh bersiapsedia, maka bersedialah." [Hadis Riwayat Muslim].

Imam Nawawi berkata didalam kitabnya Riyadus Solihin dengan maknanya; "Tidak ada hijrah dari Makkah(selepas pembukaan Makkah), kerana telah wujudnya negara Islam.

Hijrah adalah sunnah para anbiya'. Hijrah bukan sahaja berlaku keatas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja malah telah terdahulu daripadanya para anbiya' seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa dan Yusuf a.s. Ia berlaku kerana penentangan yang amat keras dikalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.

Perkara Sunat yang boleh dilakukan pada bulan Muharam

1. Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharam.
2. Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharam.

Pengajaran daripada Peristiwa Hijrah

1. Hijrah pada waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai dikalangan kita sedang seronok tidur.

2. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi penunjuk jalan ke Madinah.

3. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.

4. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada golongan belia dan beliawanis dalam kerja-kerja dakwah. Contohnya, baginda mengarahkan Saidina Ali Abi Talib menggantikan tempat tidurnya.

Sesugguhnya setiap daripada individu Muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jemaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar termampu. Ini tidak lain adalah bagi memastikan Islam sentiasa berada ditempat yang paling tinggi dalam kehidupan mereka.

Friday, December 3, 2010

Apabila Bumi Bergegar


AL-ZALZALAH

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

PADA HARI BERBANGKIT, MANUSIA MELIHAT BALASAN PERBUATAN BIARPUN SEBESAR ZARAH

1. apabila bumi digegarkan dengan gegarannya yang dahsyat.
2. dan bumi mengeluarkan beban-beban berat yang dikandunginya,
3. dan manusia bertanya, “Mengapa bumi (menjadi begini)?”
4.Pada hari itu, bumi menceritakan beritanya,
5. kerana sesungguhnta Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu kepadanya.
6. Pada hari itu, manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.
7. Sesiapan yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya
8. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

Adakah kita bersedia menghadapinya? Cukupkah bekalan yang hendak dibawa bagi menyelamatkan kita dihari yang dashat itu? Ayuh manfaatkan masa yang ada dengan amal soleh. Moga Allah pelihara kita.

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase