Pages

Tuesday, August 24, 2010

Rabbani- Nun Di Sana


Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar besok kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah ikhtibar kalau mahu sedar

Nun disana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan

Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk kesana

Ayuh bersegeralah menuju Allah
Taatillah Dia minta ampun pada-Nya
  Mati bila-bila masa boleh tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia

Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah ikhtibar kalau mahu sedar

Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Bismillah

A001
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (As-Saff 61:1)

A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (As-Saff 61:2)

A003
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff 61:3)

A004
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saff 61:4) 


wahai pembela agama Allah, bersabarlah diatas ujian yang menimpa.kuatkan semangat kalian. yakinlah, kemenangan akan berpihak kepada pembela agama Allah...

Sunday, August 15, 2010

(K.K 12) Kau Pergi Jua; Kita Akan Pergi Jua


Tanggal 2 Ramadhan 1431H, selepas selesai menunaikkan solat maghrib, K menerima pesanan ringkas (sms) dari sahabat KIAS menyatakan kehilangan seorang teman seperjuangan akibat kemalangan jalan raya. Berita itu agak mengejutkan K. Sehari sebelum kejadian, K sempat berhubung dengan arwah berkaitan urusan waktu operasi di klinik KIAS sempena bulan ramadhan.

Pemergian arwah sukar diterima kerana arwah merupakan insan yang pemurah, senang berurusan dan ceria. Arwah merupakan anak bongsu. Hati ku mula berbisik, arwah meninggalkan dunia pada bulan yang mulia, pada hari yang baik (khamis malam jumaat). apakah sewaktu malaikat izrail menjemputku, adakah aku akan mati dalam keadaan beriman aau sebaliknya? Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Ajal maut tidak mengira umur, dimana dan bagaimana akan terjadi. ia tetap akan berlaku.

"Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" - (surah Ali Imran : ayat 185) 

Suatu janji yang pasti buat semua makhluk yang bernyawa. Kita milik-Nya, apabila tiba saat dan detik yang dijanjikan kita pasti pulang kepada yang Maha Pencipta. Tarikh kematian setiap makhluk tidak dapat diketahui oleh sesiapa pun termasuk para malaikat kerana ianya termasuk salah satu daripada lima perkara yang menjadi rahsia dan hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja. 

1. Saat berlakunya hari kiamat
2. Saat turunnya hujan
3. Apa yang terkandung dalam rahim ibu
4. Apa yang akan dilakukan oleh seorang hamba pada esok hari
5. Di bumi mana seorang hamba-Nya akan mati.

Pernah berpesan Nabi Muhammad SAW :
“Apabila seorang anak Adam (MANUSIA) mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara:

1. sedekah jariah
2. ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain
3. anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
 

Justeru itu, marilah bersama-sama mengambil kesempatan sisa-sisa masa yang masih ada untuk beramal dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Semoga Allah swt menerima amal buat kita dan menempatkan kita kedalam syurga yang telah dijanjikan untuk hamba-hambaNya yang soleh dan solehah.

al-fatihah buat allahyarham mohd syafiq masduki & allahyarhamah nur hidayah. 

semoga dirimu sahabat sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah...


Thursday, August 12, 2010

(K.K 11) Ramadhan Kareem

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi

suci bersih mata K bila melihat ramai jemaah memenuhi ruangan solat di masjid an-naim; subuh yang pertama didalam bulan Ramadhan. bisik hatiku, diharapkan K dan seluruh jemaah yang menunaikkan solat subuh disini sentiasa diberi Allah istiqamah untuk bersama-sama mengimarahkan rumah-rumah Allah sepanjang Ramadhan dan selepas Ramadhan.

Alhamdulillah, syukur K kehadrat Allah swt, dapat dipertemukan  lagi dengan bulan yang amat dinantikan oleh orang-orang yang mendambakan kasih sayang Mu, Allah. disini lah peluang untuk kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt dengan melaksanakan suruhan Nya serta dalam masa yang sama menjauhi segala laranganNya.

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” [ al-baqarah ayat 183].

Saidina Umar R.A pernah bertanya kepada sahabatnya Abdullah Bin Ka’ab tentang taqwa. Lalu Abdullah bin Ka’ab menjawab dengan memberikan persoalan kepada Saidina Umar dengan bertanyakan: “Pernahkah anda melalui satu jalan yang dipenuhi duri? Bagaimanakah anda melaluinya?” Maka dijawab oleh Saidina Umar “Ya, tentu sekali. Apabila aku melaui jalan yang dipenuhi duri, maka aku akan mengangkat sedikit pakaianku lalu aku berjalan dengan berhati-hati supaya tidak terpijak duri-duri itu”. “Maka, itulah taqwa.” Jawab Abdullah Bin Kaab. 

Sifat berhati-hati serta teliti semasa menjalani ibadah puasa merupakan prasyarat yang diutamakan untuk kita memperoleh darjah ketaqwaan Allah. Bukan hanya setakat menahan lapar dan dahaga, malah kita juga dituntut untuk menahan segala perkara yang tidak membawa faedah serta perkara yang membawa kepada kemaksiatan.


Kita digalakkan memperhebatkan lagi amalan-amalan sunat seperti mengejarkan solat sunat, berzikir, membaca al-Quran; bersesuaian dengan  hadith yang diriwayatkan Daripada Salman r.a. ia berkata: 

Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat.  

Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.

Allah mewajibkan keatas kita berpuasa pada bulan Ramadhan, mudah-mudahan, kita termasuk di dalam golongan orang yang bertaqwa. doa K, semoga bersama diberi kekuatan oleh Allah swt untuk terus istiqamah mengambil kesempatan terhadap ruang yang diberikan ini dengan menggandakan amalan-amalan yang melayakkan kita memperoleh redha dari Allah swt...

Monday, August 9, 2010

Haikal-Jauhnya Syurga


Ku cuba mengunyah keaiban di dalam diri ini
Yang tertuang dalam bekas kesedaran
Ku cuba menelan rasa cemas yang meracik hati dan jua perasaan ku
Di hening taubat dan penyerahan

Andai ditakdirkan waktu diundurkan kisah silam berulang
Pastinya kembali menganyan ilusi mewarnai mimpi
Selagi berpaut kepada impian yang entah terjadi
Menafikan takdir dan ketentuanNya merubahi nasib
Bukanlah ini kebetulan tapi suatu pertarungan
Diantara nafsu dengan keimanan

Ku sangka ku jumpa rupanya bayangan
Telah ku rentasi hutan penuh dosa
Mengapa ku ragu setelah dinyatakan
Kepastian yang belum ku temui
Sekian lamanya telah termateri suatu perjanjian
Jauhnya syurga untuk aku jejaki


syurga selayaknya dihuni oleh insan-insan yang mendambakan dirinya hanya kepada Allah semata-mata. dosa-dosa yang dilakukan adalah atas kejahilan diri yang melawan arus fitrah seorang hamba yang sepatutnya mentadbir diri menjadi seorang insan yang benar-benar bertaqwa. wahai Allah, pandulah diri ini kearah jalan yang engkau redhai...

Friday, August 6, 2010

Bilal Bin Rabah, Cintaku kepadaMu Kekasih Allah

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, saidina Bilal r.a antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah. 

Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama kekasih tercinta, Muhammad s.a.w. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan; sebuah tempat berdekatan Syam; untuk mengurangkan kesedihan hati.

Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh baginda s.a.w dalam mimpi. Baginda s.a.w berkata: 


“Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.

Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi s.a.w. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi s.a.w telah meletakkan cintanya kepada Rasulullah s.a.w melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.

Sesuai melepas rindunya kepada baginda s.a.w di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi s.a.w, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi. 


Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah s.a.w di masjid.”

Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi s.a.w kepadanya.

Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.

‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi s.a.w masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah.  


Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan?’.


Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda s.a.w. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan nabi s.a.w selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi s.a.w.

(Adaptasi daripada riwayat ibnu asakir daripada sanad junaid)

Pesan Imam Hassan al-Banna

“Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah s.a.w datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah s.a.w, patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”
 

 ‘Baginda Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’

petikan: iluvislam.com

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase