Pages

Tuesday, June 29, 2010

(K.K 5) Jom Beramal

Alhamdulillah, pada hujung minggu baru2 ini, K berkesempatan bersama sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan turun padang menjalankan khidmat kesihatan sempena program Sukaneka Rakyat di Pulau Kundor Dun Kijang pada hari Jumaat (25 Jun 2010) dan program Cakna Rakyat di Dun Demit pada hari Sabtu (26 Jun 2010).

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah pemeriksaan tekanan darah (bp), memeriksa tahap glukosa dalam darah, memberi ubat secara percuma kepada pesakit dan memberi khidmat nasihat mengenai gaya hidup yang sihat.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para doktor yang melapangkan masa bersama bagi menjayakan kedua-dua program tersebut. Semoga Allah membalas sumbangan tenaga yang telah dicurahkan. (Dr. Syed Khaliq, Dr. Shahril, Dr. Zuraizi, Dr. Rohayati, Dr. Azaharim, Dr. Suhana, Dr. Noraida dan Dr. Hidayah HRPZ II).

Diharapkan, sahabat PAPISMA Kelantan sentiasa bersedia untuk program khidmat kesihatan yang akan datang. beramal dan berbakti untuk kesejahteraan dunia dan akhirat...

(K.K 4) al- ahzab

K berkesempatan mendengar sedikit perkongsian ilmu pada program rancangan Tanyalah Ustaz yang telah disiarkan pada hari sabtu lepas, 26 Jun 2010 yang bertajuk TAQWA. Rancangan yang disiarkan melalui TV 9 ini semestinya perlu diikuti oleh semua lapisan masyarakat yang mencari kesempurnaan dalam memperoleh keindahan hidup bersyariat.

Ahli panel, xsilap dari UIA menyentuh beberapa perkara mengenai tugas kita sebagai khalifah Allah swt yang bertaqwa. Antaranya melihat, merenung serta berfikir kejadian isi alam. Juga disentuh isi kandungan didalam surah al-ahzab.

Surah al-ahzab yang mempunyai 73 ayat yang diturunkan di Madinah antara lain membincangkan mengenai peperangan al-Ahzab, iaitu peperangan yang dilancarkan oleh orang-orang Yahudi yang bersekutu dengan kaum munafik dan orang musyrikin terhadap orang-orang mukmin di Madinah.

Mereka telah mengepung rapat orang-orang mukmin sehingga sebahagian daripada mereka telah berputus asa dan menyangka mereka akan dihancurkan oleh musuh-musuh mereka.

Ini adalah ujian yang berat dari Allah swt untuk menguji keteguhan iman mereka. Akhirnya, Allah mengirimkan bantuan tentera yang tidak kelihatan dan angin taufan sehingga musuh menjadi kacau-bilau dan melarikan diri.

Ustaz juga meminta agar para pendengar menghayati isi kandungan surah al-ahzab ayat 68 sehingga ayat ke 73. Ini kerana, kata-kata Allah didalam ayat tersebut jelas menggambarkan kasih sayang Nya kepada hambaNya dengan memberi peringatan agar manusia sentiasa bertaqwa kepada Nya.

tafsir ayat 68 sehingga 73

[68]
“Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”

[69]
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah.

[70]
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara),

[71]
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
 

[72]
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

[73]
(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ya Allah ya Tuhan kami, maafkanlah segala dosa-dosa kami samada kami sengaja atau tidak. Janganlah wahai Allah, Engkau hukum kami diatas kesalahan dan kelalaian yang telah kami lakukan. Berilah ampunan Mu Allah dan sinarkanlah nur hidayah Mu kedalam hati kami. Sesungguhnya hanya Engkau tempat kami berserah dan meminta keampunan...

Wednesday, June 23, 2010

(K.K 3) Aura Rejab Menghampiri ku

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1.Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2.Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

3.Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(Surah Al Israa ayat 1).

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya."

Monday, June 21, 2010

(K.K 2) Khusyuk dalam Solat

K baru-baru ni berkesempatan menghadiri kuliah maghrib yang telah diadakan di Masjid an-Naim Sri Cemerlangg, Kota Bharu, Kelantan. Penceramah, ustaz Ramli menggunakan kitab 'fiqh solat' membincangkan rukun-rukun solat, cara-cara membaca al-fatiahah dengan sempurna.

Cara Rasulullah s.a.w membaca surah al-Fatihah di dalam solatnya, Baginda akan memberhentikan bacaan pada setiap akhir ayat.Begitulah yang dilakukan oleh Baginda sehingga sempurna membaca al-Fatihah. Ini adalah kerana setiap ayat yang dibaca didalam surah al-Fatihah ini ALLAH menjawab balik. Disini di sertakan maksud ayat al-Fatihah dan jawapan dari ALLAH kepada setiap ayat yang dibaca.



Bismillahirrahmanirrahiiimm...

Alhamdullilahhirabbil'alamin..
Maksud:
Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam
ALLAH menjawab: HambaKU telah memuji akan DAKU..

Arrahmanirahiiim..
Maksud:
MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.
ALLAH menjawab: HambaKU telah menyanjung DAKU

Malikiyaumiddiiin..
Maksud:
Yang menguasai hari pembalasan.
ALLAH menjawab: HambaKU telah mengagungkan DAKU..

Iyyakana'buduwaiyakanast'ain..
Maksud:
Hanya ENGKAUlah yang kami sembah dan hanya kepada ENGKAUlah kami memohon pertolongan
ALLAH menjawab:
Inilah tali penghubung antaraKU dengan hambaKU. Dan hambaKU itu boleh meminta apa sahaja.

Ihdinossiratolmustakim..
Maksud:
Tunjukkan kami jalan yang lurus..

Siratollazinaan'amta'alaihim,
ghairilmardhubialaihimwalloddhoooooolliin.

Maksud:
Jalan yang ENGKAU telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
ALLAH menjawab:
Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKU, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia pohon.

semoga Allah memberikan kekusyukan didalam solat.

Monday, June 14, 2010

Pemuda

Dalam perjuangan Islam, ada teori dan praktikal yang bergerak seiring antara satu sama lain untuk memastikan perjuangan itu diberkati dan mencapai matlamatnya dengan bersungguh-sungguh. Syed Qutb pernah menyatakan bahawa 'Yakinlah bahawa kebatilan tidak akan kekal selama-lamanya. Allah menjanjikan kemenangan untuk umatnya'.

5 rukun perjuangan yang gariskan ialah:

1. Dengar dan Taat
2. Percaya, wala' dan siqah dengan pimpinan
3. Ukhuwah fillah
4. Iltizam dan istiqamah
5. Infaq termasuk masa, harta, nyawa dan pengorbanan.

10 kriteria Pemuda yang dituntut oleh PAS.(Ucaptama Ust Nasruddin Hasan at-Tantawi,Ketua Dewan Pemuda PAS PUsat)

Pertama: Memiliki aqidah yang sohih
Kedua : Membina pemikiran [ fikrah ] yang syumul
Ketiga : Membentuk keperibadian yang soleh
Keempat : Menghayati Amal Tarbawi
Kelima : Memimpin bertunjangkan politik Islam
Keenam : Menggerakkan aktiviti Dakwah Islamiah dengan berkesan , hikmah serta bestari
Ketujuh : Bekerja secara jamaei atau kolektif dan memuktamadkan keputusan berasaskan syura
Kelapan : Membina wibawa dan karisma kepimpinan
Kesembilan : Menjadi agent perubah
Kesepuluh : Bertanggungjawab mengisi dan mengawal kemenangan.

Thursday, June 3, 2010

(K.K 1) TaMRiN '2010

Alhmdulillah, baru-baru ini, K dipilih menyertai program Tarbiah dan Amal Masyarakat Orang Asli di Kg. Dakoh, Pos Balar, Gua Musang (TaMRiN '2010).

Xpdc TaMRiN '2010 anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berjaya diadakan pada 27-29Mei 2010. Lokasi ini dipilih adalah kerana terdapat masyarakatnya yang beragama Islam dan sentiasa ramah apabila bertemu tetamu. K mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibn Sina Malaysia, PAPISMA Kelantan mula berkumpul seawal jam 4.00pagi di Masjid Kota Darul Naim. Kami bertolak ke tempat program pada pukul 5.30pagi dengan menaiki Hilux Jabatan Hutan. PAPISMA turut diwakili Dr. Zakuan Zainy dari USM, Dr Nik Azrizie dari HRPZ II, Sdr Tengku Ahmad Damitri pegawai sains dari USM dan Tengku Ahmad Akram, pelajar USM.

Wahai umat manusia sesungguhnya Kami tela menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)(surah al hujuraat ayat 13)


Perjalanan ke perkampungan orang asli Kg. Dakoh sejauh 90km dari bandar Gua Musang memakan masa selama 3 jam. K diberi peluang menaiki Hilux extream. Satu pengalaman yang baru. Sebelum itu, kami berkumpul di Masjid Gua Musang untuk sarapan pagi. Sebelum itu, K sempat menjamah roti yang Opah bekalkan. Kami dihidangkan nasi 'tangga' (nasi berlauk) special di Gua Musang oleh pihak penganjur.

Jalan menuju ke perkampungan orang asli berliku-liku, berlubang-lubang, mendaki dan menuruni bukit dan merentasi tiga anak sungai. satu pengalaman baru!!!. selamat K dapat seorang pemandu yang cekap. Abg X berpengalaman sebagai pemandu pelancong selama 3 tahun. sumber ekonomi masyarakat orang asli kg. Dakoh ialah memungut hasil hutan seperti rotan,pokok gaharu, pokok-pokok herba seperti tongkat ali dan kacip fatimah dan menangkap ikan.

Menurut Abg X, majoriti masyarakat orang asli di kg. Dakoh adalah beragama Kristian. Terdapat dua buah gereja yang terletak disitu. mubaligh-mubaligh kristian acap kali memasuki perkampungan Dakoh (setiap minggu pada hari jumaat). mereka hadir membawa makanan dan juga sejumlah wang disamping menyampaikan ajaran kristian. Rombongan TaMRin '2010 bermalam di sebuah surau yang dibina di kg. Dakoh sumbangan daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Tidak terlepas tanggungjawab setiap dari kita menyampaikan dakwah kepada sekalian manusia. K bersyukur kerana dipilih menyertai program dakwah ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah program ziarah rumah ke rumah, kelas fardhu ain, memberi khidmat kesihatan percuma, sukaneka seperti bermain bola beracun, pertandingan mewarna, membuat anyaman dan banyak lagi. Alhamdulillah, program kali ini berjaya mengislamkan seorang penduduk kg. Dakoh yang dikenali sebagai Angah. angah merupakan pemuda di kg. dakoh. isterinya sudah lama memeluk agama Islam.

PAPISMA diberi kepecayaan oleh pihak penganjur bagi mengadakan khidmat kesihatan secara percuma kepada masyarakat orang asli di Kg. Dakoh ini. K sempat bersama membantu pegawai kesihatan memberi rawatan dan ubat-ubatan kepada maysarakat orang asli di Kg. Dakoh ini. hasil pemerhatian mendapati, kebanyakan masyarakat disini mengalami cirit-birit. ini mungkin disebabkan oleh keracunan makanan. disamping itu, K membantu pegawai perubatan memberi ubat 'cacing' kepada kanak-kanak orang asli di Kg. Dakoh tersebut. Kami juga sempat mengadakan home visit bagi memeriksa tahap kesihatan masyarakat asli di kampung tersebut.

Kami juga tidak melepaskan peluang bermandi manda di sebatang sungai di kg. Dakoh. airnya yang sejuk dan jernih serta terhindar dari pencemaran menjanjikan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sebelum pulang ke Kota Bharu, pihak penganjur memberi sedikit sumbangan kepada masyarakat orang asli yang beragama Islam.

Moga-moga saudara K di Kg. Dakoh sentiasa istiqamah dan diberikan kekuatan oleh Allah dalam mengerjakan ibadah kepada Nya. InsyaAllah...

Halwa Telinga

 
Copyright 2009 Rimbunan Taqwa. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase